Teringat saya pada awal 2009 apabila kita sama-sama menjejak bekas pelajar Tinglatan Enam Atas SMMA 1978. Antaranya ialah Rani Embi, sahabat pertama yang saya jumpa ketika mendaftar diri di Munshi pada awal Januari 1978. Terpegun saya apabila mendengar kesah beliau dan isterinya melanjutkan pelajaran secara jarak jauh di USM selepas menjadi guru. Saya memang kagum dan bangga dengan sesiapa sahaja yang sanggup belajar lagi selepas zaman bekerja. Zakaria Osman, Maria Ibrahim dan Kharis Bahari adalah orangnya yang saya tahu. Ya lah terpaksa meninggalkan anak-anak ketika hadir kuliah di hujung minggu, bebanan tugas dan bebanan kewangan dalam pengajian.
Tetapi dalam kes Rani Embi, bukan itu yang melucukan saya. Ha ha. Lucunya ialah Rani tidak mesra IT.pada awal 2009. Puisi yang dia hantar saya bukan dihantar melalui emel tetapi secara pos. Sajaknya ditaip melalui typewritter, bukannya dengan laptop atau komputer. Gambar yang dihantar pun yang ori punya, bukan di scan macam Mansor atau Basir lakukan.
Namun kini, Rani bukan Rani 2009. Beliau telah ada blognya sendiri untuk merakam puisi-puisinya. Jom kita layari sajaknya di sini. Syabas Raniku!!!!! Bolehlah Juwita melawan sajak Rani ini. Woooo.
.
8 comments:
Tahniah untuk mereka...tapi bg kami golongan bukan gru..ade cita2 nak lanjut pelajaran jugak..tapi peluang kerjaya kami terhad...klu guru peruntukan memang dah ada...................
Aku percaya Juwita dah tak ada masa untuk berpuisi. Silap2 blog ni pun dah lama dia tak tinjau. Dia selalu sebuk dengan bidang keusahawanannya. Namun aku sangat menghurmati kekuatan jiwa dan pendiriannya. Dalam diam kejayaan demi kejayaan diraih. Syabas Juwita!
entah-entah dah ada 1000 puisi yang dikarang oleh Juwita. hanya mereka yang tahu sahaja yang tahu. wooo
Apa, glgn bukan guru tak de peluang. Hai apa cerita ni, peluang byk dah kerajaan sediakan. Bukan untuk satu-satu golongan aje. jangan lah nak cari alasan kalau malas belajar. Biasanya org yg beri alasan tu untuk bela kendiri. Tak logik.
Bila aku baca puisi A Samad Said, hati aku lantas bergegar menatapi bait-bait puisi yang penuh semangat. Kadang-kadang malas nak baca puisi yang lain, terutama yang bunyinya mendayu-dayu. Lemas dengan puisi yang shahdu kerana itu karanglah puisi yang membakar semangat dan jiwa. Gunakanlah bait-bait puisi yang mengisi kemerdekaan untuk pembangunan jiwa rohani yang menuju kejayaan. Maaf jika ada yang terasa.
golongan guru peruntukan dan peluang dah tersedia....klu sambung belajar gred terus di naikkan dan mengajar sek yg sama....itu saja..tidak timbul masaalah malas belajar atau tidak untuk kami yg bukan golongan guru..............tetap bersyukur dengan nikmat allah.........
Ha ha, dah betul lah glgn yg malas belajar mempunyai seribu satu alasan. Apakah cabaran yg diberi hanya menukil alasan lain ke. Ayuh rakan-rakan masa masih ada untuk anda tingkatkan kelayakan. Kan pepatah ada mengata Tuntutlah ilmu walau sampai ke liang lahat. Ramai lah rakan yg bukan guru sudah pun tamat belajar. Anda bagaimana, ayuh jgn cari alasan lain lagi. Bangkit, bangkit, bangkit. Tak dgr ke ada org dah umur 90 tahun pun baru dapat ijazah. Bagi yg dah lama ada ilmu anda sudah out of date. Kena belajar lagi. Jangan marah kawan.
Memang ada benarnya kaum guru mudah untuk sambung belajar.Baru-baru ni Guru Besar saya hantar nama staf lagi untuk sambung belajar,belajar dalam paksa..pengsiswazahan untuk guru umur 47 ke bawah je..Umur macam kita ni menuju bersara je le...
Post a Comment