NORSIAH MENINGGAL DUNIA

Juwita melapurkan kepada saya pada dini hari tadi bahwa Puan Norsiah Wahab, bekas Tingatan 6 Sastera 1  telah pun meningglkan kita buat selama-lamanya pada tengah malam tadi. Beliau meninggal di Hospital Melaka.

Jenazah beliau selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi di Kg Gelam,  Melaka.

Moga Allah mengampunkan dosanya dan menghimpunkan ke golongan solihin jua. Al Fatihah untuknya. Amin.

Allahyarhamah Norsiah sekeluarga mulai berpindah dari Klang ke Kg Gelam, Melaka semula sejak 1hb Oktober  2011. Beliau  dirawat di Hospital Melaka sejak seminggu lalu  Demikian berita yang dilapurkan oleh Maznah  dari Juwita yang sempat menziarahi jenazahnya pada pagi tadi.

3 comments:

suhdi said...

semoga roh beliau di tempatkan bersama-sama para solehah -al - fatihah

Anonymous said...

tn ali maidin beliau meningal pada 14/10/2011 bukan 14/10/2012 sebagaimana tertera digambar arwah. sila tuan memperbetulkan tarikh tersebut - wassalam

Menjaring Mimpi said...

DIA YANG PERGI...
setelah pemergian salam sambut pasti tiada lagi

semilir meniup kenangan yang entah bila hadir

pasti menggingatkan kembali saat-saat kehadiran

senyum ramah dan tawa hanya wajah yang terbias

pada cermin kehidupan.


pastinya rakan yang pergi hanya

meninggalkan pelabuhan hidup

yang berpindah dari pelabuhan dunia

ke pulau kekal abadi

dan tasbih yang mampu bergerak

ke dalam balang kaca barzah

yang menjaganya adalah ketentuan Allah.


kita yang tinggal akan meneruskan perjalanan

pada layaran yang tak tahu sempurnanya

atau terkoyakkah pada perjalanan musafir duniawi

menuju lorong dan lohong

dalam fikrahkah atau luar jendela



yang tahu hanya Rabbulizzati.


Amin!

(Puisi ini saya titipkan setelah salah seorang rakan semasa bersekolah menemui Illahi)

Selamat Bersemadi Rakanku

Moga Allah mengampuni.