DI MANA 11 NOV INI?

Sebulan lagi 11hb November 2011 atau 11.11.11.  Yang suka keindahan nombor akan membuat sesuatu yang istimewa. Kita nak buat apa ya?

Kenapa Hayati tak ambil tarikh berkenaan buat kenduri kahwin anaknya? Ha ha. Biar anak yang kahwin, jangan ayah yang kahwin. Betul tak Zek? Woooo
Hayati Harun menjemput kita semua ke kenduri perkahwinan anak perempuannya,   pada 17hb Disember 2011, jam 11 pagi - 4 petang di KM 12, Jalan Masjid, Kg Bukit Kechil, Paya Dalam, Melaka.

Pelan rumah akan di susuli  kemudian supaya orang Melaka tak sesat di bumi sendiri macam saya. Ha ha.  

Menurut berita angin, ada lagi kenduri kahwin sahabat yang lain pula. Tetapi saya tak menerima jemputan secara muktamad.

Maka jangan ada sesiapa yang buat kenduri lain pula pada 17hb Disember    agar kita dapat bersantai lebih  lama di kenduri Hayati nanti. Kueh "bakau" jangan lupa tau.

4 comments:

hayati said...

Terima kasih Ali kerana papar dalam blog. Insyaallah pelan lokasi akan diberi kemudian. Selain kueh bakau dan tapai, sambal goreng jawa pun akan disediakan.

hang tuah anak melaka said...

wooooo,....ha ha

tuah dan teja , melaka said...

datang naik vios ...woooo ..dan juga dtg naik altis...wooooo

Anonymous said...

saya tumpang orang je..