MAKAN DI TENGAH SAWAH PADI

Suasana desa menjadi salah satu produk pelancungan  di Bukit Tinggi. Antaranya ialah makan di tengah sawah padi.  Rombongan kami sempat dibawa makan tengahari  di tengah sawah padi. Masakannya ialah masakan Minang juga. Naik jemu dibuatnya. Dalam  hal ini orang Minang terlalu rigid dengan budayanya. Ha ha.  Masuk hari kedua, Mansor dah jemu makanan Minang dan merindui asam pedas Melaka  pula. Wooo


ALAHAI KAWANKU

Hebat juga komen di posting "minum-minum Februari nanti". Yang tak syoknya sampai ada  komen yang terlalu "personal". Bukan tujuan itu blog ini dilahirkan. Tak salah berhujah secara akademik  dan tidak menuju kepada seseorang. Kita bincang sesuatu  isu  atau subjek tanpa merujuk kepada mana-mana induvidu Rakan Munshi 78. Elok-elok kita berukhwah, kok berkecil hati pula antara kita satu sama lain.  nanti.   Komen dengan menggunakan samaran "anon" juga  menyebabkan kita  bersyak wasangka   kepada seseorang.

Sebenarnya Nabi memulakan dakwah dengan mengajak kawan atau jiran  sekeliling dengan majlis makan-makan. Ketika makan, barulah kita masuk jarum apa yang sepatutnya. Ha ha. Itulah yang saya lihat ketika majlis reunion di Pengkalan Balak pada tahun lalu. Dr Majezan sedap aja mengasak pandangannya. Hj Hamda pun "menaruk"  sama. Mokhtar tukang provok. Yahya sinis aja ideanya. Yang bagi orang gelak ialah Zek. Apapun kita mulakan dengan minum-minum. Selepas itu banyak perkara yang kita boleh cakapkan dan bincangkan.

Saya sedari dahulu memang tak suka dakwah secara "taqiyyah" atau secara "sirr".  Saya pun tak suka dakwah amar makruf sahaja tanpa nahi mungkar. Lantaran itu saya tak memilih wadah Abim Perlis atau jamaah Tabligh. Namun saya meghormati sesiapun yang aktif dengan Abim Perlis dan Jamaah Tabligh. Banyak sekali sumbangan mereka ini dalam masyarakat. Saya orang terbuka, maka saya  tak berkenan sangat dengan penggunaan "anon" dalam blog ini. Ha ha. Tetapi apakan daya dalam blog ini boleh komen dengan nama "anon". Nak jadi jantan, biarlah jantan sejati ya.

Yang tak syoknya ada pula yang gunakan bahasa berbau porno. Tak payahlah sebut hal ini fasal semua orang tahu sendiri. 

Bagi saya nak bincang isu ringan atau berat dalam blog ini, ok sahaja. Tetapi gunakan bahasa yang baik. Bak kata Imam Shafie, hilang seorang kawan macam hilang 1,000 0rang!!!


KE TENANG SAT

Hari ini nak bermalam di Tenang. Kok ada Adam, bolehlah saya mengeteh bersama. Sesekali syok juga menonton pesta politik. Umur macam sekarang ni setakat menonton le. Masa muda dulu, Tok Mat pun kita orang sorakkan. Ha ha.

Selepas Mac ini, jika ada wakil rakyat yang menuju ke alam barzakh, pilihan raya tidak akan diadakan dan dibiarkan kekosongan sehingga pilihan raya umum. Tak ada peluanglah Dr Majezan nak bertanding. Ha ha.

Saya tak suka membawa laptop ketika urusan luar. Leceh nak mengendongnya. Maka tak berinternetlah saya beberapa hari.

Awal Februari  akan ke utara lagi untuk menghadiri majlis perkawinan anak jiran saya di KL dahulu. Jiran saya ini, macam ibu dan ayah angkat Fatimah, anak saya.  Ketika saya sibuk berkempen pilihan raya pada 1995, beliaulah yang menjaga Fatimah. Tetapi Pada 1999, Fatimah sudah menjadi  sebahagian  jentera pilihan raya saya. Ha ha. Tahun 2004 dan 2008, saya menjadi Pengarah Pilihan Raya Pas Tampin. Suhdi pula menjadi pendengar utama ceramah Pas di Tampin. Ha ha. Nasib tak kena tukar 24 jam. Wooo. Selepas balik dari Kedah nanti, kita minum di Central Market ya. Banyak menu yang best di sini sekarang.  Saya belanja le kalau Yahya Ghani tak datang untuk membayarnya. Ha ha.

PRU 13 nanti, saya bercadang bertugas di utara tanah air. Harapnya, ini pilihan raya terakhir saya bertugas. Lepas ini mau pencen politik pilihan raya dan join kelab tarekat dengan Zek pulak. Ha ha. Jika Dinar naik, nak round dunia setahun. Round dengan keretapi. Apa cam, mau joint ke?. Woooo.

MINUM-MINUM FEBRUARI NANTI

Sebenarnya sepanjang Januari ini, kita menghabiskan kerja bulan Disember lalu yang  tak habis  lagi  dan membuat perancangan bagi tahun 2011.  Mulai Februari ini,  kita  nak mulakan minum-minum dengan kekawan.  Sahara sudah lama tak merasa lempeng ubi Restoran Haslam. Si Mokhtar dah ajak  kita  pekena kueh udang di Masjid Tanah. Hayati pula masih menuntut tawaran kambing bakar saya pada tahun lalu. Ha ha. Tawaran kan ada tarikh tutupnya. Dr Majezan masih sibuk berfacebook hinggakan tak sempat singgah di Jalan Pahang, KL.

Beberapa komen politik saya padamkan dalam blog Munshi ini. Perang politik  sesuai dalam blog politik sahaja. Ha ha. Jika kita perang politik dalam blog ini, rasanya tak jumpalah kita semua nanti. Ha ha. Walaupan saya tahu Zakaria berpura-pura tak main politik, tetapi hakikatnya beliau  adalah orang setia Ali Rustam. Ha ha.  Namun Zakaria yang paling spoting dengan saya yang tegar Pas  ini. Wooo. Kalau dengan Dr Majezan, jangan cuba bermain dengannya. Bapa mertuanya pun dihujjahnya  akan  hal Umno tu. Lama kelamaan bapa mertuanya   menjadi ahli Pas tegar di Johor pula. Ha ha.

Yang kerja kerajaan lagi, simpanlah kuku dulu. Dah pencen nanti bolehlah saya rekemenkan jadi calun Pas. Wooo.

7 MALAM DI MERLIMAU

Wah, saya berpeluang untuk bermalam di Melaka selama 7 malam. Tunggu SPR mengistiharkan pilihanraya kecil Merlimau sahaja. Moga-moga tak bertembung dengan YB Mat Sirat. Bolehlah saya mengeteh   setiap hari dengan suami Hayati, Hj Hamda. Ha ha.

Satu lagi, harapan saya ialah agar  Adam pun tak bertugas di Merlimau. Leceh betul kalau  dia kacau majlis ceramah saya. Dah lama tak naik pentas politik. Mesti panas punya bib. Wooo.

Dr Majezan pun akan menyusul kot. Entah-entah jadi calun. 

SHOPING SAKAN

Tentunya agenda shoping menjadi agenda selingan apabila berjalan di luar negara.  Bagi orang lelaki kenalah sabar dan relax untuk bagi peluang kaum hawa menghabiskan wang di dompet. Ha ha. Kalau tak cukup juga, kaum lelaki kena menghulur. Woo.
Mansor dan isteri pantang jumpa telekung

Pah dan suaminya sama hobi - perabis RM supaya tak berat bawa balik duit Malaysia. Ha ha.


 
Had ini shoping keropok. Macam-macam keropok yang tak ada di Malaya. Wooo

Kalau ada Maznah dengan Yati, rasanya habis keropok ini diborong agaknya. Kita tengok aksi di Vetnam nanti.

DI RUMAH KELAHIRAN PAK HAMKA


Kami sempat ke rumah kelahiran Pak  Hamka ketika lawatan ke Bukit Tinggi pada 17-21 Disember lalu. Kami bertuah kerana anak saudara Pak Hamka yang seiras dengan wajah Pak Hamka, sempat menyampaikan kesah hidup Pak Hamka.

Jalan menuju ke kampong kelahiran Pak Hamka terpaksa  melalui kawasan Keluk 44, satu destinasi yang cukup indah, di samping  jalan yang bengkang bengkuk dan curam yang agak bahaya.   Pandangan dari atas  perjalanan, kami dapat  melihat sawah padi  yang menghijau dan sebuah  tasik  yang luas. Tak sangka Pak Hamka  lahir di  sebuah  kampong yang  jauh dari bandar tetapi  menjadi seorang  ulama tersohor  di nusantara.

Kami sempat bergambar dengan sanak saudara   Pak Hamka di Perpustkaan Pak Hamka - foto bawah sekali.

KE UTARA SAT

Sabtu lalu saya ke utara. Bermalam di Kangar dan pada hari Ahad bermalam di Jitra, Kedah. Petang kelmarin singgah di Bukit Merah untuk  melihat projek ternakan ikan arowana atau kelisa. Hebat dan rancak sekali projek ini di sekitar Bukit Merah. Ramai dah jadi  OKB di sini. Ha ha.

Selepas 25 tahun saya meninggalkan daerah Kubang Pasu, amat rancak sekali pembangunan di sini. Kebanjiran  pelbagai institusi pendidikan di daerah ini mempercepatkan arus pembangunannya. Jika di banding dengan kawasan sekitar KL, Kubang Pasu adalah lebih maju lagi atau paling kurang setanding dengannya. Harga tanah seekar sudah melampaui RM 200,000.00 hingga RM 400,000.00.

Yang syoknya apabila berjumpa dengan kawan lama, ramai yang dah pencen. Ha ha. Tak sedar diri rupanya saya ini,   kalau kerja kerajaan pun sudah boleh pencen.  Umur berlalu tanpa disedari. Tengok muka hari-hari kat  cermin macam tak berubah aja. Wooo. Bila tengok Adam baru sodar diri, yang kita pun dah lebih separuh abad.  Ha ha.

"Adam, jom ke Bukit Merah, baik punya projek". Jika mejadi, tahun dopan boleh hantar surat pencen. Tak payah kojar den lai masa demo. Wooo.


POTRET BUKIT TINGGI - 4

Dalam perjalanan Padang ke Bukit Tinggi, kami melalui sebuah kawasan air terjun yang agak tinggi. Indah pemandangannya. Sejuk rasanya. Sempat saya dan Mansor main air dan bergambar seketika sambil merendek dengan isteri. Jangan jealous ye. Wooo



Nama tempat ini ialah Cagar Alam Lembah Anai Air Mancur.








Mansor dan Cikgu Zainal dari Klang


















Saya dengan isteri lama. Yang baru belum ada lagi. Entah bila Zek nak tolong carikan. Wooo














Mansor sedang buat posting yang terbaik sambil menyanyi  lagu Hindustan tu. Ha ha

MAZHAB PERPATIH DAN MAZHAB TEMENGGONG

Kononnya cerita asal usul Raja Minangkabau telah berpecah membawa dua aliran ke Semenanjung Tanah Melayu. Pertama  yang  membawa mazhab Perpatih  di Negeri Sembilan. Tetapi Mansor bukanlah dari keturunan tersebut kerana beliau berdarah Jebat. Ha ha
Keduanya yang membawa mazhab  Temenggong yang ramai di Melaka. Tetapi Sharifah  Nuri bukanlah dari mazhab tersebut kerana beliau berasal   dari darah Perak yang berketurunan Panglima Gantang.















Tengoklah segaknya Raja-Raja palsu tu. Woo

Sesekali menyamar, rasa seronok pulak. Naik pecah perut saya melihat gelagat dua pasangan ini. Tak sangka suami Sharifah Nuri, spoting orangnya.   Wajib join di lain destinasi   pula

BASIR DI SABAH

Pada akhir tahun 2010, kita semua habiskan cuti balik kampong tetapi Basir ke Sabah kerana tugas sambil bersantai.  Sempat beliau hantar emel ke pada kita semua:                                                       Salam Ali selamat menyambut tahun baru semuga kita sentiasa sihat dan usaha diberkati. Aku kini nun jauh di negeri bawah bayu, ada tugas sambil santai.



POTRET BUKIT TINGGI - 2


Destinasi pertama singgahan kami ialah di Rumah Gadang. Sempat Mansor dan Sharifah suami isteri berpakaian adat ala Minangkabau. Tak taulah samada mereka  berwajah Raja-Raja Melayu atau  Raja Sehari. Ha ha.

SELAMAT TINGGAL 2010.

Berlalu sudah 2010. Banyak peristiwa manis dan tawar yang terjadi.  Ada yang mendapat cucu baru. Ada yang dapat menantu baru. Dan ada orang yang tersayang meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Ramai diantara kita yang menjadi johan  dalam tahun 2010. Zakaria johan  berfacebook. Paling aktif sekali. Dr Majezan tidak kurang aktifnya. Mungkin tahun ini Dr Majezan  pula yang  johan facebook. Ha ha.

Maznah johan penyambung silaturahim. Beliau rajin menghubungi rakan-rakan yang "tidur" dalam berblog.

Ramlah johan ziarah ke rumah sahabat-sahabat Munshi. Beliau menziarahi  Juwita,  Rohana Hashim, Fauziah, Mastura,  dan Sharifah.

Hidayah johan bertandang ke rumah pengantin baru kekawan Munshi. Rasanya beliau hadir semua jemputan. Hebat-hebat.
Hayati johan berkursus. Sekejap di KL. Sekejap di Kota Bharu. Sekejap di Miri. Round Malaysia  macam Kasim Selamat  dalam filem "ibu mertuaku". Saingan utama Hayati ialah Norsir. Norsir pun kaki kursus. Ke KL macam balik kampong aja.  Ha ha.

Basir johan out station. Ke Ipoh le. ke Pulau Sipadan le. ke Pahang le. ke Patani le. Ke Singapura le. Wau, syok kerja macam tu. Rasa nak minta kerja macam Basir pulak. Wooo

Johan penyengap   tetap Anuar 6 Sastera 1. 

Group Mak Cik Munshi yang kerap jumpa untuk sembang-sembang dan makan   bersama  ialah Mastura, Maznah dan Sharifah Nuri.

Yang paling  rajin hantar emel ke saya ialah Yahaya Ghani. Macam-macam kesah menarik.

Yang paling jauh melancong ialah Mansot - ke Paris tu.

Yang paling banyak makan capati bersama ialah saya dengan Dr Majezan di kedai mamak. Wooo

Demikianlah 2010 yang berlalu meninggalkan kita semua.

Reunion 2012 akan kita buat pada bulan Jun. Kita jumpa jam 12 tengahari hingga 4 petang sahaja. Tak payah bermalam. Kita makan tengahari, solat, dan minum petang  sahaja. Kat mana?  Sila beri cadangan di hotel mana yang murah dan best masakannya. Kali ini biar Zakaria yang uruskan lokasinya. Kita bawa mulut dan perut aja. Ha ha.

Sila beritau  program anda pada 2011  untuk saya senaraikan dalam blog ini, khususnya yang bakal menerima menantu baru. Saya nak ke Veitnam  pada musim cuti sekolah   akan datang Siapa nak ikut. Tambang bayar sendiri  ya. Ha ha.