KAMBING BAKAR

Sejak berhenti kerja dari Jabatan Kerajaan pada 1993, saya tak menghadapi masalah kesesakan jalan raya apabila ke pejabat. Apa ke tidaknya, pergi kerja hanya selepas jam 12. tengahari.   Ha ha. Tetapi  pagi ini saya keluar ke Shah Alam pada jam 8.30 pagi. Apa lagi, saya terpaksa joint  bersama dalam kesesakan. Woo. Namun, syok pula kerana bila buka radio, ada macam-macam celoteh oleh DJ radio tu. Saya jarang buka radio di rumah.

Sebenarnya sesekali kita kena merasai perjalanan hidup yang berlainan dari kebiasaan kita. Atau sesekali kita menghimbau perjalanan yang pernah kita lalui masa muda-muda lalu. Ha ha, macamlah dah  tua sangat sekarang ini.  Saya ke Kelantan pada minggu lalu  kerana sudah lama saya tak joint suasana Pilihan Raya Kecil. Wooo. Oleh kerana isteri saya ikut sama, maka terpaksalah saya bermalam di Hotel. Kalau saya  seorang  sahaja,   sudah  tentu saya  akan menginap di Markas Pas atau  di  masjid  atau surau sahaja.  Walaupun saya bukan  Ahli  Tabligh, macam Aziz kita tu, saya syok bermalam di masjid. Lain macam syoknya. Hai, kekadang bila iktikaf di masjid, terasa  nak karang  sajak semacam Hamzah Fansuri lak. Ha ha, mesti Dr Majezan nak ikut sekali nanti...

Bulan November dan Disember ini tak ada majlis walimatul urus. Issh, jika sesiapa geng Melaka sanggup  jadi tuan rumah untuk  buat kambing bakar, saya boleh sponsor kambing. Wooo. Sapa sanggup, sila angkat tangan. Kita bersantai habissss...


18 comments:

majezan said...

kalau tak nak jam,maka kena sokong harga minyak naik sampai RM10/liter,sprti cadangan negara ekonomi berpendapatan tinggi.

Mansor said...

Kan kite dah rancang nak bersantai kat Padang pada Disember ni... bawa aje kambing yang nak disponsor tu ke Padang, dan kite bakar dan makan sama-sama... amacam tuan ...setuju ke..

maznah said...

mansor...bagi le peluang pada kwn2 yang tak pergi ke Padang...mkn kat sini 1 ekor..kan Pak Ali nak sponsor 2 ekor....

Anonymous said...

Bayangkan nak nyeberang laut bawak kambing...

basir said...

Kambing di Padang lagi murah, yang Ali nak sponsor hnag Maznah uruskan n kita bakar je di kedai makan dekat rumah Sy Nuri.Nanti aku maklum Rosham Nor sponsor seekor Lembu sempena AidilAdha.

maznah said...

Tuan Basir..setuju..nanti aku bincang dengan Pah dan Mastura ye....

Mansor said...

Oklah Maz.... yang satu ekor tu kau kendurilah ramai-ramai ngan geng Munshi78... tapi yang satu ekor lagi tu kita orang share ngan geng Padang... kau orang jangan beraduh rebut kambing udah... Tok penghulu jauh kat Padang ... porak peranda nanti sape nak damaikan...

maznah said...

Mansor..Tok Penghulu tak ada..mak2 datin kat sini boleh selesaikan..yg penting hang semua happy kat Padang...

mastura said...

Geng2 nak ke Padang pastikan tak ada gunung berapi ye.. Asapnye boleh jadi tanggang tau Mansor. Mudah2an selamat semuanya. Saya pulan nak ke Tasik Kenyir naik bot seramai 18 org. Nanti saya tengok kalau ada yang berminat, kita pergi geng2 munsyi pulak.. saya kena bayar hanya 120 sahaja siap makan dan tempat tinggal.. sapa kaki pancing sesuai sungguh.

ALI MAIDIN said...

Yang naik bot tu jangan lupa pakai jaket keselamatan lak. Tasik kenyir tu dalam setinggi pokok balak oi.

hero tampin said...

kau org pasal mkn hidup,ingat2 cikit yg ada berjenis2 penyakit

mastura said...

Mencari makan dengan mencari ubat semuanya kena duit.. seimbangla. Jangan hidup ni tak merasa semuanya sudahlah.. sedang2 je makan tu. Da umor 5Oan memang semua ada, penyakit pun da mula ada. sepatutnya da bersedia untuk duit perubatan. Tak gitu Dr Majezan.

Mansor said...

Kenapa kos perubatan la ni naik berdesup.... dulu penyakit tak banyak dan kosnya pun murah... la ni semakin banyak penyakit, semakin tinggi pulak kosnya... teori apa pulak yang dipakai oleh pengamal perubatan... Dr. M boleh tolong jawab tak?

majezan,the hated most said...

Mansur,kau kena tanya UMNO/BN.
Yg aku tau kalau PR naik,kos perubatan jadi O,sbb kita ada bnyak wang,cuma sekarang bocor kekantung puak2 BN.
Sory,jawapan ni org makan gaji dgn kerajaan tak suka dengar,sbb ianya kebenaran,cuma utk jogging minda saja.

mastura said...

Betullah Mansor, kadang kala beratus2 kos perubatan. Anak saya tu lagi pulak setiap bulan ke Hospital.. beratus2 kena. Kerja dengan kerajaan pun tak de makna kena juga bayar..Belum lagi klinik swasta atau hospital swasta. Mereka bznes bukan nak membantu sangat.

Hayati said...

Mas, wpun kita keja kerajaan, ada had umur anak2 utk dpt free kos perubatan i.e. anak yg umur bwh 18 tahun atau 21 tahun jika masih belajar. Maknanya kalau tak masuk kategori tu, kena bayar, kecuali anak2 OKU tiada batas umur - tapi bukti anak OKU kena daftar dgn pejabat kebajikan masyarakat. Nasib baik Pah tak amalkan prosedur ni, kalau tak... eemmm makin meningkatlah incometax, makin banyaklah Pah dapat bonus.

sharifah nuri said...

Salam,
Yati,Memang incometax amalkan OKU mesti ada kad dari Jabatan Kebajikan Masyarakat.Alat sokongan yg dituntut untuk ibubapa,anak dan suami mesti ada kad tersebut-cuba baca nota penerangan pengisian borang.Kita orang ni kena capai target kalau tak capai macam mana nak bayar gaji k/tgn kerajaan,nak baiki jalan dll.Bonus masih kelabu tp kerja pegi jam 6.45 pagi, balik hampir 7.00 mlm nak bukak blok pun tak sempat nasib baik hb tak merungut.

majezan said...

Pendapat Masturah ada gak salahnya,bukan semua org fiqir bsnss jer,ada juga servis.
Kos perubatan naik sb kesedaran perubatan naik.Cara hidup makan minum mamak restoran 24jam pun main peranan,klu nk jg kesihatan ,maka halau mamak ni semua buka restoran di negeri asal masing2.Kumpulkan perokok tegar kepulau Bedong utk kurangkan penyakit.(You are what you eat,Democritus).
Kurangkan kebocoran ekonomi dgn halang projek mega yg tidak berdaya saing.
Selamat menyambut Muharam