Di rumah Hayati

Sempat bergambar dengan pengantin dan ibu bapa pengantin. TK Hayati!!!!

Apa yang istimewa  agaknya ya. Sekeping gambar, 1000 cerita bib...


BAPA PENGANTIN PALING SEGAK




Ketika kenduri di rumah Hayati  minggu lalu, saya mengatakan  kepada kekawan yang hadir  bahwa bapa pengantin Munshi yang paling segak setakat ini  ialah Suhdi Abdulllah. Malangnya beliau  masih enggan menghantar walaupun sekeping gambar sempenea perkahwnan anaknya.  Tetapi semalam saya menerima emel  dan sekeping gambar Suhdi bersama  pasangan pengantin dan besannya.  Lambat pun lambatlah Suhdi oi.

Jika ada Zaini dan Suhdi, borak baru syok. Depa berdua sahaja yang boleh mengata antara satu sama lain. Orang lain jangan campur. Woooo.

Esok  gambar kenduri Hayati pula.

BERAKHIRNYA CERITA 2012

Perjumpaan terakhir geng Munshi 1978 bagi tahun 2012  berlangsung meriah sempena kenduri perkahwinan anak Hayati Haron pada Ahad, 23 Disember.

Seperti biasa Karim, Jaamat dan Marhamah datang  dan balik  paling awal sekali. Saya sempat berselisih dengan Marhamah di tempat letak kereta.

Geng yang mematuhi jadual pertemuan jam dua ialah Mansor Kasim, Saari Mat Jelas, Hj Rashid Ahmad, Suhdi Abdulah, Kamarudin Arshad,  Hasnah Mohamad, Hj Md Jadi, Hajjah Rosnah Md Isa, Juwita Hassan, Zainab Abu Bakar  dan Zaini Samani.

Puan Lily bekas pelajar Tingkatan Enam Sastera 2 pun ada. Tak tahulah kesahnya macam mana Hayati boleh menjejak  dan menjemputnya sekali hadir ke majlis semalam.

Hasnah sempat melayangkan kad  jemputan perkahwinan anak lelakinya pada 27 Januari 2013 di batu 4, Klebang. Ha ha. Sudah ada jadual tahun 2013...

Kami sempat bergambar dengan pangantin.  Apabila balik dibekalkan nasi berserta lauk oleh Hayati. Itulah untung orang yang balik lambat. Ha ha.

Aziz Yasin pula datang ketika khemah nak dibuka kerana beliau ada ahwal di KL. Maka dia  makan sorang-sorang sahaja dan menjadi tetamu terakhir Hayati.

Walaupun semua ahli tetap Munshi 78 datang, tetapi rasanya macam tak cukup korum apabila geng Mak Cik Kajang tak datang. Mereka ialah Sharifah Nuri, Mastura, Maznah, Sahara dan Ramlah. Konon ceritanya mereka akan mengiringi anak Hayati ke Putrajaya esok. 

Demianlah adanya cerita tahun 2012. Awal Januari 2013, saya akan paparkan kad jemputan Hasnah pula.

PERJUMPAAN TERAKHIR 2012 AHAD INI

Rasanya  perjumpaan terakhir  sahabat Munshi 78  bagi tahun 2012 ialah di rumah Hayati Haron pada Ahad ini, 23 hb Disember 2012.   Setakat ini tidak ada notis lain yang diterima.  Moga dapatlah kita berjumpa dengan Md Jadi dan Rosnah Md Isa yang baru balik dari Mekah menunaikan ibadah Haji. Ambil berkat kata orang. Ha ha.

Saya akan sampai jam 2 petang dan duduk lama sikit sehingga jam 4 petang, dengan syarat ada teh tariklah. Ha ha. Takkan nak bergudang garam pulak. Wooo.  Harap Zakaria Osman dan Mokhtar sanggup menemankan saya. Kalau tak ada korum, saya balik awallah.

Dengar khabar kenduri 2013  pun sudah ada  jadualnya. Hasnah Mohamad mungkin orang pertama yang   akan memulakannya.  Woooo.

Saya bercadang ke Jakarta pada Februari  akan datang  untuk shoping buku lagi.  Siapa nak join sama, jomlah  sekali.  Cadangan perginya  6 Februari.  3  hari di sana sudahlah. Kos sendiri tanggunglah. Ha ha. Saya belanja makan sate kambing sahaja.

Tahun depan umur kita kebanyakannya 54 atau 55.  Ha ha, kalau zaman dulu, sudah bersedia untuk pencen. Tetapi sekarang ini boleh sambung sehingga 58 atau 60.  Apa pun pencen 60% dari gaji sudah ada dalam tangan.

Ok, jumpa di rumah Hayati pada Ahad ini. 


KENDURI HAYATI 23 DISEMBER, AHAD

Saya menerima emel dari Hajjah Hayati Harun yang menjemput semua rakan Munshi 78 ke kenduri perkahwinan anak  perempuannya, Syafikah  pada 23 hb Disember:

Assalammualaikum

Saya dan suami menjemput semua sahabat2 munshiabdullah78 menghadiri majlis perkahwinan anak    kami yang akan diadakan pada 23 Disember 2012 (Ahad). Saya sertakan salinan kad undangan dan       pelan lokasi majlis untuk dipaparkan dalam blog munshiabdullah78. Saya akan sms pada mereka juga.


Hayati Haron

Pelan ke lokasi kenduri:


















Saya bercadang bermalam di bandar Melaka, nak menghabiskan cuti tahunan dan berkempen untuk PRU 13.  Rumah baru Mokhtar Ahmad di Bachang, cukup memuatkan 20 orang tau, tetapi tidur di serambilah.  Woooo.

Saya bercadang sampai jam 2 petang. Rasanya dah tak ramai orang, boleh duduk lama-lam sikit. Ha ha.

 


NEW ZEALAND KITA!!!!

Moga-moga tak ada sambutan reunion tahun ini. Ha ha. Selalu jumpa di majlis kahwin sahabat-sahabat, kira oklah tu. Woooo.

Tahun depan, jika nak buat reunion, saya cadangkan di New Zealand. Wooo. Caranya dengan motorhome. Apa cam. Cerita lanjut, klik di sini.

Siapa yang bersemangat nak bersama, bolehlah  bisik-bisik kepada saya. Jika ada minima 10 orang kita  sudah boleh berkira-kira ke sana, Ha ha. Jika tidak, kita buat di Batang Melaka sahajalah. Tapak rumah tanah pusaka saya ada. Ha ha.