KENDURI MARIA 6 MEI

Saya terima sms dari Basir yang kini berada di Masjidil Haram, Mekah. Beliau kirim salam kepada semua pembaca blog ini.

Insyaallah jika tiada aral, beliau berangkat balik ke tanah air  pada 2 April ini.  Mesti beliau rindu dengan gulai asam pedas. 

Dilapurkan Maria Ibrahim akan mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya yang kedua pula pada 6hb Mei akan datang. 

Kenduri Razak Husin belum ada sebarang info lagi.

PERJUMPAAN 2012 MAHU KE

Bak kata Juwita, "diam tak diam"  masa berjalan. Umur pencen semakin dekat. Umur kematian pun mendekat juga. Mungkin lebih cepat lagi.  Rasanya semua kekawan kita sudah bersedia secukupnya. Jika persediaan kenduri kahwin pun, bukan main bersedia dengan rapinya, inikan pula hari nak berjumpa dengan Ilahi.  Ha ha.

Dalam alquran ada menyebutkan kita ini sentiasa disibukkan atau dilalaikan  dengan urusan dunia dan anak-anak. Ya le, jika nak bereskan hal dunia, sampai bila tak beres. Maka, kita kena tetapkan masa sendiri untuk urusan dengan kerja, ibadah dan keluarga. Urusan wajib jangan sesekali ditinggalkan. Urusan sunat digalakkan. Jika ada kelapangan, buatlah amal kemasyarakatan. Lihatlah sekeliling, siapa yang patut dibantu. Jika tak mampu buat seorang, kena ajak orang lain turut sama.

Ada cadangan supaya perjumpaan tahunan kita tahun ini diadakan di Melaka. Soalnya bagaimana. Jumpa sekadar makan sahaja atau kena bermalam ke. Jika sekadar makan, maka belanjanya murah, sekadar bayar makan buffet sahaja. Jika nak bermalam, masing-masing tanggunglah  kos penginapan. Takkan Md Jadi nak tanggung. Ha ha.  So, saya buka kepada cadangan. Tulislah dalam comment dan catat nama anda di hujung komen. Kalau tak, kita tak tau jin mana yang menulisnya.  Wooo.
 

SYABAS ZOL

Minggu lalu, sahabat kita Zolkaply Yunus, Pengetua Sekolah Menengah Iskandar Jasin  menerima Anugerah Sekolah Cemerlang Peperiksaan PMR dan STPM 2011 dari TPM. Dapat habuan sebanyak RM 8,000  dan  peruntukan khas  sebanyak RM 200,000.00 untuk naik taraf dewan sekolah.


Apa formulanya tu?

Syabas dan tahniah kepada Zul, yang  nama timangannya  di asrama putera dulu sebagai  "Imam'. 

BASIR KE MEKAH

Basir dan isteri berangkat ke Tanah Suci Mekah  pada jam 10 malam,  hari  ini  bagi menunaikan ibadah ziarah dan umrah. 

Kita doakan beliau selamat pergi dan balik. Katanya sehingga akhir bulan baru balik.

PUISI SEMPENA CUTI BALIK KAMPONG

Sajak Kampung


kampung kini adalah
gadis pingitan murung dan suram
justeru pemuda kekasihnya
sudah lama berangkat
meninggalkan sawah ladang
terbiar ditumbuhi lalang
untuk memburu pelangi di jantung kota
maka sekarang tinggallah barisan
datuk serta nenek tua
yang tak mampu lagi hendak
meneroka hutan atau berhuma
sesekali pada musim cuti
mereka akan pulang
mendendangkan lagu rock
sambil mengait rambutan langsat
pulasan atau kelapa muda
kemudiannya berangkat pergi
meninggalkan engkau kembali sepi
kampung
kini ada gelisah sebak di dadamu
ada resah yang mengapung di sungaimu.
 
                                                                    Zahari Hasib

KENDURI LAGI PADA 7 DAN 28HB APRIL

Program selanjutnya  pada  7 hb April 2012, iaitu   kenduri perkahwinan anak peremuan Rashid Ahmad, bekas Tkt 6 Sastera 2, di Lot 582-1, Batu 11 1/2,  Kg Paya Rumput Jaya, Sungai Udang Melaka.

Kemudian disusuli  kenduri perkahwinan anak perempuan  Saudah Rahmat, bekas Tingkatan Enam Sastera 2,  pada  28 hb April 2012, Sabtu, di Dewan Bestari, Air Keroh, Melaka.

Khabarnya Razak Husin akan adakan kenduri pada Mei ini tetapi belum ada kenyataan rasmi darinya. Mat Jadi pula sedang meninjau dewan kosong utuk kenduri anaknya pada September pula.

Setakat ini belum ada lapuran perkahwinan pengantin lama, walaupun ada angin bertiup sepoi-sepoi  bahasa. Ha ha.


TERIMA KASIH DARI MAZNAH

Selamat sudah kenduri perkahwinan anak Maznah Sabri Asnawi pada Sabtu lalu.  Lega suaminya, Pak Yusof kerana mengakadnikahkan anaknya sendiri tanpa berwakil wali. Ha ha.

Sahara, Mastura dan Sharifah paling awal tiba, macam orang pangkal le.

Saya balik segera dan sempat berjumpa dengan Mat Jadi, Zakaria Jaafar, Mak Ram, Nyaros dan Rohaya Rahmat.

Menurut Juwita, selepas kawan Munshi dari Melaka datang, barulah Maznah boleh tersenyum puas.  Katanya 3 kereta dari Melaka.  Yati, Mokhtar, Mansor, Hasnah, Marhamah, dan Kamarudin Arshad

Geng KL yang hadir, katanya,  Hidayah, Norlida,  Khatijah Kasim  dan Yahya Ghani.

Jamilah Jamian sampai setengah jalan sahaja kerana sesat dan terus   balik rumah. Ha ha , saya dan Hidayah pun sesat juga tetapi akhirnya jumpa juga rumah Maznah.  Belakong yang saya lalu 26 tahun lalu kini sudah  sesak dengan pelbagai taman perumahan.

Berkali kali Maznah pesan kepada saya untuk ucapkan terima kasih kepada semua geng Munshi yang hadir. Agaknya,  kalau geng Munshi tak datang, macam tak sempurna majlisnya. Woooo. Itulah "kerinduan" kepada kawan lama....

Terima kasih kepada Kamarudin yang  mengemel gambar diatas. Renung-renunglah siapa tu.