Menjelang berakhir tahun 2011, ramai yang bercuti. Ada dalam negeri dan ada juga ke luar negara. Ada yang berrahsia ada yang memberitahu. Apa pun moga selamat semua. Ada duit eloklah cari pengalaman berjalan-jalan. Tak ada duit belilah buku novel travelog. Syok juga membaca pengalaman orang berjalan dan meronda dunia. Tambahan pula cerita meronda dunia dengan wang yang sedikit.
2 hari lalu jumpa Lft Kolonel Rashid di Restoran Haslam, Jalan Pahang. Pekena sup tulang. Tak sempat memanggil Dr Majezan atau Lft Kolonel Basir kerana tak tau bila Rashid boleh tamatkan mesyuaratnya di Jalan Semarak.
Oh ya, Tuan Pengetua kita Zulkaply Yunus telah menerima Anugerah Kebangsaan dalam IT peringkat sekolah Menengah. Syabas. Kira-kira budak Munshi hebat juga di dunia kerjayanya.
Dengar khabarnya agenda kenduri kahwin akan berterusan pada 2012. Eloklah diberitau awal supaya mudah kekawan mengatur rancangan.
Kepada Dr Majezan, sudah habis ke "menyembelih". Ha ha.
5 comments:
slm...sponton...aku sempat jugak jumpa LT kol Rashid di Trasit Mindef pada selasa lepas... (jemput anak balik dari Sarawak)......sempat bertanya Tuan,,,,,assalamulaikum
orang kg pulau ni takut sangat anaknya di sampau orang penan.tak pe anak dia ni ustaz kerja dalan kem tentera, kuat semangat dan imannya
Tuan Basir......alahai anak omak...hehehe
emak la ni, jaga anak punya anak wei... ha ha
...Kenapa En.Ali tu tulis taknak balik Melaka dah..Walau dah lama dok KL jangan lupa negeri asal wei..nanti Hang Tuah marah tau...
Post a Comment