SELAMAT SUDAH KENDURI HAYATI


Alhamdulillah, selamat sudah kenduri perkahwinan anak Hayati petang semalam. Walaupun sudah 30 tahun lebih saya tak berjalan-jalan di Kg Paya Dalam, saya tak sesat atau terlajak mencari rumah Hayati. Kagum saya dengan diri sendiri. Ha ha. Dengar kabar Adam Ahmad sahaja yang terlajak jalan. Ha ha. 

Menurut beritanya Aziz dan Hidayah datang paling awal. Kemudian diikuti oleh group Mastura, Juwita, Ramlah, Saari Mat Jelas, Zakaria, Basir, Kamarudin Arshad, Sahara,  Imam Zulkefli, Razak Lajis, Jaamat, Rosnah Mat Isa, Rohana Md Dali, Mansor Kasim, Cikgu  Yaakob  dan saya.   Sempat kami bergambar di pelamin. Harap Hayati hantar gambar tu ya.

Yang lain saya tak dapat berita. Mungkin dia orang datang lewat  atau datang melalui alam ruh agaknya. Woooo.

Insan yang jarang hadir ke program kenduri kahwin tetapi menjelma pada kali  ini ialah Adam dan Razak Lajis.  Syabas. 

Rosnah Mat Isa hadir bersama cucu pertamanya. Wooo.

Selepas kenduri saya ke Jasin melalui entah apa estet namanya. Jumpalah Kolej Profesional Mara di tengah-tengah estet getah tu. Ha ha.

Ahad depan kita bergerak ke Jasin pula rumah Aziz.  Jam 1 juga ya!!!.

Abang Roslan (suami Sahara) jangan lupa  bawa gudang garam.    Boleh saya menumpang merasa. Woooo.


8 comments:

Anonymous said...

Ramai yang datang awal Karim,Datuk Md.Sirat,3 Dara Juwita,Ramlah, matura,Datuk dan Datin

maznah said...

slm....tahniah untuk Hayati dan suami kerana menerima menantu...maaf saya x dpt hadir ...sbb kesihatan.....moga pengantin bahagia hingga ke akhir hayat......

Anonymous said...

Datin Saudah dan Datuk,Datuk Md.Sirat dan Karim datang awal juga
Mana Hadiah Buku yang dijanjikan ?

Anonymous said...

He he Ali ali.... Orang dtg pun nak jaga ke. Kedatangan adalah ikhlas, bukan utk di war warkan.
Ya la Ali engkau pun kena diingatkan juga. jangan terlajak

ali said...

alamak

Anonymous said...

Slm....alhamdulillah selamat sudah majlis Hayati. Didoakan pasangan pengantin berbahagia ke anak cucu. Juga tahniah kpd Hayati dan Hamsya kerana tlh menunaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa...tahniah drpd sahabat munshi

hayati said...

Saya dan suami merakamkan ucapan terima kasih pada rakan2 yang telah hadir ke majlis perkahwinan anak kami. Antara rakan2 yang hadir yang disebut dalam blog termasuk juga Rashid Ahmad, Shamsudin, Mulyati & Alias, Md Han & Maria, Zaini, Hasnah Mohamad serta Darussalam. Orang pertama yang hadir Rashid Ahmad & isteri. Jika ada yang datang tapi saya terlupa sebut namanya, saya mohon maaf kerana.... memang betul2 terlupa. Saya juga mohon maaf kerana tak dapat melayan sepenuhnya rakan2 dalam majlis tersebut. Insyaallah, jumpa lagi di majlis Aziz pada 25/12/11 nanti. Ali, jangan lupa hadiah yang dijanjikan tu untuk Rasyid Ahmad.

ali said...

ok untuk Rashid dah disiapkan jua