Alhamdulillah, selamat sudah kenduri perkahwinan anak Hayati petang semalam. Walaupun sudah 30 tahun lebih saya tak berjalan-jalan di Kg Paya Dalam, saya tak sesat atau terlajak mencari rumah Hayati. Kagum saya dengan diri sendiri. Ha ha. Dengar kabar Adam Ahmad sahaja yang terlajak jalan. Ha ha.
Menurut beritanya Aziz dan Hidayah datang paling awal. Kemudian diikuti oleh group Mastura, Juwita, Ramlah, Saari Mat Jelas, Zakaria, Basir, Kamarudin Arshad, Sahara, Imam Zulkefli, Razak Lajis, Jaamat, Rosnah Mat Isa, Rohana Md Dali, Mansor Kasim, Cikgu Yaakob dan saya. Sempat kami bergambar di pelamin. Harap Hayati hantar gambar tu ya.
Yang lain saya tak dapat berita. Mungkin dia orang datang lewat atau datang melalui alam ruh agaknya. Woooo.
Insan yang jarang hadir ke program kenduri kahwin tetapi menjelma pada kali ini ialah Adam dan Razak Lajis. Syabas.
Rosnah Mat Isa hadir bersama cucu pertamanya. Wooo.
Selepas kenduri saya ke Jasin melalui entah apa estet namanya. Jumpalah Kolej Profesional Mara di tengah-tengah estet getah tu. Ha ha.
Ahad depan kita bergerak ke Jasin pula rumah Aziz. Jam 1 juga ya!!!.
Abang Roslan (suami Sahara) jangan lupa bawa gudang garam. Boleh saya menumpang merasa. Woooo.