Sebenarnya Jaamat kehilangan ibunya pada 12hb Ogos yang lalu. Ibunya sendiri meninggal dunia pada tarikh berkenaan dan diikuti pemergian ibu mertuanya pula pada 15hb Ogos.
Kali ini Jaamat pula di kalangan rakan Munshi yang melalui fasa kehilangan bonda tersayang. Nasiblah jadi anak yatim ketika sudah lebih separuh abad. Jika ketika kanak-kanak alangkah sedih dan peritnya ya...
Minggu ini semuanya dah berkira-kira hendak balik kampong jika tinggal di luar Melaka. La ni, balik kampong pun setakat sehari dua sahaja. Yang dah bercucu tentunya ada kemeriahan yang lebih tatkala raya ni ya. Ha ha.
Pada kesempatan ini saya mohon ampun maaf dari semua rakan Munshi jika catatan saya ini tidak menyenangkan rakan semua. Moga amal ibadah kita di bulan Ramadan yang mulia dan berkat ini diterima Allah jua.
Bersederhanalah menyambut Aidil Fitri. Elakan makan tapai berlebihan. Ha ha.
Jumpa lagi selepas 7 hb Syawal. Saya akan berada di NS selama 2 hari dan di Kelantan selama 3 hari.