AKSI DI KENDURI SAARI


Pada 26 Mac lalu, Md Jadi, Mansor, Zaini, Rashid dan saya sempat menghadiri kenduri perkahwinan anak sulong Saari Mat Jelas.


Kita berkampong sehingga jam 2.45 petang, menunggu kok ada rakan lain yang datang.

Saya sesat mencari rumah Saari di Bukit Beruang. Sign tak jelas. Ha ha. Minta YB Mat Sirat tengok hal ini. Ha ha.













TUNDA TARIKH REUNION

Tarikh  baru  reunion 2011 dicadangkan pada pertengahan Jun kerana pada akhir Mei   ini  ada program Hari Belia. Kesian kat Sahara tak boleh datang nanti. Tahun lalu  beliau  gagal hadir kerana sibuk mengurus   Hari Belia.

Geng Kajang belum lagi meninjau lokasi reunion untuk pengetahuan kita semua. Nampaknya orang Kajang sibuk sekali. Sibuk nak bernenantu agaknya. Ha ha.

Mansor mengajak kita ke Guangzho pada Disember nanti.  Pakej RM 1,600.00 sahaja. Sila  tanya beliau untuk  butiran lanjut. Saya tak tau nak kemana lagi. Ha ha. Jika Dinar naik, nak ke Londonlah. Wooo.

JANGAN LUPA SABTU INI.

Jangan lupa Sabtu ini, kenduri di rumah Saari Mat Jelas di Bukit Beruang.

Kita jumpa sekitar  jam 1 tengahari.

Lepas tu boleh mengeteh lagi di mana-mana. Saya free hari itu.

Mansor siapkan kamera ya.  Wooo.

ILMU FARAID

Rabu lalu saya ke Alamanda Putrajaya. Sempat beli buku-buku berkaitan dengan faraid. Persiapan nak mati, katakan. Ha ha.

Penting sekali ilmu berkaitan dengan faraid ini. Kita dan generasi kita mungkin terjerumus dalam dosa dan makan wang haram jika tak dapat  mengikuti perintah Allah swt dalam pembahagian  harta secara betul.

Bagus juga jika majlis reunion   kita  nenti menjemput seorang  penceramah faraid  untuk  mengisi satu slot untuk kita semua. Apa cam?

Harta walaupun secuit pun kena diawasi, Inikan pula yang ada dinar Iraq. Ha ha.

NOSTALGIA 1948

Ketika saya singgah beberapa hari  lalu di Merlimau, terbayanglah saya betapa penjajah British kaya dengan hasil mahsul dari tanah negara kita. Tanah yang strategik dimiliknya. Kalau dibandingkan dengan tanah yang diteroka oleh Felda, ianya berbukit-bukit. Bak kata orang, yang hampeh dan sisa-sisa baru dapat dek kita. 

Nasiblah kebangkitan rakyat  berlaku menghalau penjajah. Tak kira  sesiapa sahaja yang melawan British, saya akan sokong!!!

Sekadar teringat subjek sejarah pada 1978 - Darurat di Malaysia. Saki baki orang yang menentang British itu ada ceritanya di sini.

CUTI SEKOLAH DAH

Tak perasan saya, rupa-rupanya cuti sekolah sudah bermula. Inilah padahnya jika tak ada anak yag bersekolah lagi. Ha ha. Kalau saya tahu, mesti ajak kawan-kawan makan di mana-mana yang patut. Woo.

Namun Saari akan mengadakan kenduri pada 26hb Mac ini, maka  dapatlah kita bersantai lagi  beramai-ramai. Pada tahun lalu saya tak dapat hadir kenduri Saari kerana  baru saja pulih dari demam dan kaki berbalut pula. Tahun ini nampaknya lebih sihat lagi dari tahun lalu. Bolehlah meredah ke mana-mana. 

Sementara kita sihat dan berlapangan, marilah kita menziarahi satu sama lain. Bergegar tiang Arash.

IKUT SUKA U LAH

Saya sedang mengemas stor buku. Ada yang nak dibuang. Ada yang nak disimpan. Dan ada yang nak dibaca semula. Buku yang nak dibuang, saya letak di ruang tamu pejabat saya untuk sesiapa mengambilnya. Ha ha.

Ada buku yang bersifat pengetahuan. Ada yang bersifat amalan. Ketika "tua' ini, saya  merujuk buku sebagai amalan sahaja. Yang berbentuk 'pengetahuan'  tidak menjadi pilihan sangat pada masa kini. Ketika muda dahulu buku "pengetahun' sebagai rujukan utama. Semangat  "berhujjah" menyebabkan buku-buku ini sentiasa menjadi rujukan.

Kini, saya tak ambil "pot" pun akan perbezaan ilmu  atau aliran  dalam masyarakat. Bak kata bebudak la ni - "ikut sukak u lah". Ha ha. Saya tak kesah apa orang amalkan dan orang pun jangan kacau amalan  saya. Ha ha. Jangan pening wahai Sahara oi. Wooo.

JEMPUTAN WALIMATUL URUS SAARI MAT JELAS

Assalamu'alaikum wbt.,
 
Dengan sukacitanya saya sekeluarga menjemput semua rakan ke Majlis Perkahwinan Puteri Sulung kami pada:
 
                        TARIKH   :   26 MAC 2011 (SABTU)
                        TEMPAT  :   NO. 23, JALAN BUKIT BERUANG 2, TAMAN BKT. BERUANG, MELAKA.
                        JAMUAN:    11.00 PAGI - 4.00 PETANG.
                        BERSANDING:     1.00 TENGAH HARI.
 
Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis ini.
 
Sekian, terima kasih.
 
SA'ARI MD JELAS.
 
 

REUNION PADA 29 MEI

Nampaknya geng Munshi  di Kajang, berminat mengadakan reunion pada tahun ini di sekitar Kajang. Orang Melaka senang datang dan orang KL pun tak ada sebab tak boleh datang.

Cadangan tarikh  pada   28 dan 29 Mei 2011.

Apa pendapat anda semua. Jika tak reti komen dalam blog ini, boleh sms ke saya terus - 012-2104244. Tolong bagi tau nama anda kerana saya tak simpan nama anda di dalam talipon saya kecuali beberapa orang sahaja. Ha ha.

JUMPA AZIZ MELEPASKAN RINDU

Minggu ini sudah 3 kali saya berulang alik ke Melaka. Hanya sempat jumpa Aziz sahaja. Itu pun jumpa kat Masjid Jamek Jasin ketika solat maghrib. Sempatlah sembang melepaskan rindu. Ha ha.


Tak sampai hati saya nak memanggil yang lain. Tak mau ganggu kerja kekawan yang nak pencen. Woo.


Khat di atas kiriman Dr Majezan. Teka apa bunyinya. Ha ha