Sabtu lalu, saya ke Pulai Pinang. Sempat singgah minum dan jumpa kawan di Hentian Semanggol. Kawan tu adalah Pengerusi Yayasan Ehya El Sharif, Gunung Semanggol pemilik Sekolah Menengah Ehya El Sharif. Dalam sedang rancak berborak muncul seorang tua datang bersalam dengan kawan saya tu yang dipanggil Ustaz Mukhlis. Bukan main hormat dan kenal sungguh orang tua ini dengan Ustaz, kawan saya ni. Ha ha. Apabila saya terpandang muka orang tua tu, terus saya terlepas cakap " alamak, ganster mana ni Ustaz?". Ustaz tu terus mengagak saya kenal betul otang tua tu. Apa ke tidaknya, bak kata P. Ramlee, lubang hidung kau pun aku kenal.
Orang tua tu terpaksa minum di meja lain kerana ada ramai kawan-kawannya turut serta. Ustaz Muklis pun menceritakan kesah bagaimana dia kenal dan rapat dengan orang tua tu. Rupa-rupanya anak orang tua tu belajar di Sekolah Menengah Ehya El Sharif, bidang hafiz al quran. Anak orang tua tu bijak dan tamat hafalan 30 juz al-quran. Kembang hati saya apabila mendengar anak orang tua tu hafal 30 juz. Apabila saya menceritakan kesah orang tua tu pada tahun 1978 sehingga tak ambil salinan result STP pada 1979, Ustaz itu pun mengakui, betullah tu. Fasal apa? Fasal anaknya pun nakal sikit juga tetapi hafal al-quran 30 juz. Ha ha.
Orang tua yang sedang saya umpat ini ialah Mazlan Ahmad, yang payah sangat nak join perjumpaan kita.
Oh kawanku. Kagum daku kerana kau berjaya melahirkan anak yang hafiz Dan bertambah gembira apabila memilih di sebuah sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Abu Bakar Al Baqir, pengasas Hizbul Muslimin, yang dkatakan oleh On Jaafar sebagai musuh dari gunung.
Ada cerita lain hal Mazlan ini. Saya akan ceritakan lagi, bagaimana hebatnya Mazlan ketika bertugas di Grik pada awal tahun 80an. Tunggu!!!!
TQ Bashir yang yang memproses gambar yang saya sms kepadanya. Beliau pun tak perasan gambar Mazlan tu. Selepas saya kata hero Kuala Sg Baru, terus dia cam!!!!
TQ Bashir yang yang memproses gambar yang saya sms kepadanya. Beliau pun tak perasan gambar Mazlan tu. Selepas saya kata hero Kuala Sg Baru, terus dia cam!!!!