DI MAJLIS KENDURI TERAKHIR 2013


Saya, Mastura, Maznah, Rahaya, Saari dan Sahara menamatkan Tahun 2013 dengan menghadirkan diri ke kenduri perkahwinan anak lelaki Jamilah Jamian di Puchong.


Mastura yang ditangannya sentiasa ada android, sempat merakam gambar  kita orang semua  di majlis tersebuat.

 Tabik sama Saari, datang jauh dari Melaka.  Alhamdulillah dia tak sesat jalan.





KENDURI JAMILAH JAMIAN 29 DISEMBER

Dengan hormatnya semua sahabat Munshi 78 dijemput hadir ke kenduri perkahwinan anak lelaki (Mohamad Naqib bin Azman)  Jamilah Jamiah, bekas Tingkatan Enam Sastera 1. SMMA 1978  yang akan diadakan pada Ahad 29hb Disember 2013, jam  12 hingga 5 petang  di No 30, Jalan Aman Putra 3/1, Taman Aman Putra, Puchong, Selangor.

Moga-moga ini jempuan terakhir bagi Tahun 2013.

Jumpa di sana jam 1 tengahari.

Siapa yang akan menjadi penunjuk arah jalan?

No Tel Jamilah  -  012-6123068




KENDURI RAZAK LAJIS PADA RABU 25 DISEMBER

Dengan hormatnya dimaklomkan bahwa Hj Razak Lajis, bekas Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 menjemput semua rakan Munshi 78  ke majlis kenduri perkawinan anak perempuannya pada Rabu, 25hb Disember di No 453, Jalan Palas 1, Taman Perwira, Jalan Seremban-Jelebu, Sikamat, Seremban, NS.

No Tel Hj Razak  019-6290131.

Jumpa di sana jam 1 tengahari.

Dengan ini, ada  4 kenduri kekawan kita mulai Sabtu ini sehingga akhir tahun 2013.

KENDURI DARUSSALAM PADA SABTU, 21 DISEMBER

Dengan hormatnya dimaklomkan bahwa Darussalam bin Budin. bekas Tingkatan Enam Sains, SMMA 1978 menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya pada Sabtu,  21 hb Disember  2013 di Lot 45903, Jalan Imam Othman, Kg Sg Merab Luar, Kajang, jam 11 pagi hingga 4 petang.

Talipon Darussalam : 019-626 0006

Jumpa di sana jam 1 tengahari.




JAAMAT KEMBALI KE RAHMATULLAH

Jaamat meninggalkan kita semua pada petang kelmarin. Jenazahnya dikebumikan sebelum tengahari tadi. Beberapa orang sahabat kita sempat menziarahi jenazahnya seperti Mokhtar, Yaakob, Shamsudin,  Norsir, Karim, Marhamah dan Zakaria Osman.

Moga Allah mengampunkannya dan merahmati ruhnya jua. Amin.


JAAMAT DI ICU HOSPITAL MELAKA

Saya terima sms dari Mokhtar dan Juwita  mengatakan sahabat Kita Jaamat kini berada di ICU, Hospital Melaka.

Harap ziarah segera.


KENDURI ISHAK UMAR SABTU, 21 DISEMBER

Antara tetamu yang hadir ke kenduri Kamarudin Arshad pada 24 November lalu ialah Ishak Umar, bekas pelajar Tingkatan Enan Sastera 1, 1978. Beliau hadir bersama isterinya, Aminah Said.  Ishak bukan sekadar datang makan kenduri sahaja, tetapi membawa surat jemputan ke kendurinya. Ha ha.

Dengan ini dimaklomkan bahwa Ishak Umar menjemput semua  sahabat Munshi 78 ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya  pada Sabtu 21 hb Disember  2013 di No 9, Jalan PPP 16A, Taman Permatang Pasir Permai, 75469 Alai, Melaka..

Harap Ishak mengsms kepada sahabat lain  kerana ramai yang tertinggal membaca blog.

Saya mungkin bermalam di Melaka selepas hadir  kenduri ini untuk makan ikan bakar, malamnya. 

Orang Melaka wajib hadir.  Jumpa di sana jam 1 tengahari.

Peta lokasi:



KENDURI RAZAK HUSIN 14 DISEMBER

Ab Razak Husin, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 SMMA 1978  menjemput semua sahabat Munshi 78 ke kenduri  sempena majlis  perkahwinan anak perempuannya Nurul Ummaira pada hari Sabtu, 14 hb Disember 2013 di Astaka Orkid, Taman Pertanian Universiti, Bukit Ekspo, UPM, Serdang, Selangor.

Kita jumpa jam 1 tengahari di sana, Teh tarik khas dsediakan

Peta lokasi:




ADA 3 LAGI KENDURI KAHWIN PADA 2013

Ada 3 kenduri kahwin lagi  di kalangan kekawan Munshi 1978  pada 2013 ini. Sila laparkan perut anda. Ha ha.   2 di KL dan 1 di Melaka.  Yang datang ke rumah Kamarudin tempoh  hari, dah terima jemputannya.  Beberapa foto di majlis tersebut, tercatat dalam FB Mansor dan Mastura. Sila freind dengan mereka.  Mansor dan Mastura rajin update statusnya. Wartawan maya tu.

Saya akan maklomkan jemputan tersebut dalam blog ini  sedikit masa lagi.

Saya nak ke Terengganu dan Kelantan pada hujung minggu ini. Nak minta balak dari Kerajaan Kelantan. Ha ha.


JAMALIAH MAT ZAIN MENINGGAL DUNIA

Jamaliah Mat Zain, Tingkatan Enam Sastera 1, SMMA 1978  telah meninggal dunia pada pagi tadi di HUKM. Jenazahnya dikebumikan di Kg Olak Lempet, Banting.

Beliau antara sahabat Munshi yang gagal dihubungi untuk hadir ke majlis reunion  kita.
 
Md Jadi secara kebetulan tinggal di Banting, mendapat khabar sedih ini.  Saya pun gagal mengingat wajahnya dulu. Hanya sekeping gambar di dalam blog ini yang menyimpan memori kita. 


Moga rahmat dan keampunan dari Allah untuknya.


Berdiri baris tengah dari kiri: tak tau , tak tahu, Norsiah Wahab, tak tahu, Fauziah Hashim, Hanifah, Rosni Hashim, Samiah Salim, Maria Ibrahim, Rohana Mat Jais, Maznah, Zaleha Abu, Mariamah kot, tak tahu, Juwita, Jamaliah Mat Zain, tak tahu.

21 to 28 MAC 2014 KE KASHMIR

Saya sudah mendapat tarikh ke Kashmir iaitu pada 21  hngga 28  Mac 2014.

Pakej lawatan   antara RM 3500 ke RM 4,000, tertaklok harga tiket flight  dari masa ke semasa.

Setakat ini sudah 6 orang bersetuju  pergi.

Siapa berhajat,  hubungi  saya  segera  untuk beli tiket flight  pada harga yang  murah.


24 November Kenduri Kamaruddin Arshad

Kamaruddin Arshad, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 1978,  menjemput semua sahabat  Munshi 78  ke majlis kenduri perkahwinan anak lelakinya  pada  Ahad, 24hb November  di Kg Air Pa'Abas, Alor Gajah, Melaka.

Kita jumpa jam 1 tengahari di sana.

Rumahnya  di belakang   Sek Keb Air Pa'Abas, Alor Gajah. 

Peta lokasi:






.

JOM KE KASHMIR

Pada 1997 saya ke Taj Mahal, tetapi tak sempat ke Kashmir. 

Rasa hati nak ke Kashmir pada tahun depan. Tetapi jalan sorang-sorang tak syoklah. Ada 10 orang barulah  syok bersembang dan kutuk mengutuk, bak kata orang Melaka.

Pakej  7 hari, 6 malam  di sana ialah RM 2,200.00. Yang mahalnya ialah kos flight dari KL-New Delhi  dan balik.  Jika tempat awal, misalnya 3 ke 5 bulan  ke depan, boleh dapat kurang sekitar RM 2,000 pergi dan balik.  Jadi, harga pakej kesemua RM 4,200. tak termasuk kos visa dan tip-tip di sana.

Jika ada yang berminat bolehlah hubungi saya, supaya dapat ditentukan tarikh terbaik  dan tahu  bilangan orang yang  bakal pergi.

Jika tak ada yang minat, saya jalan seoranglah nampaknya. Woooo.




KENDURI KHARIS 15 SEPT 2013

Abd Kharis  Bahari, bekas USA SMMA 1978, suami isteri menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis kenduri perkahwinan  anak lelakinya pada Ahad,  15hb September 2013 di Kg Sg Kapal, Pangerang, Johor.

Harap sahabat Munshi 78 yang berada di Johor  dapat menghadirkan diri.

Saya pernah sampai  ke  rumah Kharis, nun di hujung benua. 

BILA RAYA INGAT IBU AYAH YG TIADA

SELAMAT BERPUASA

Isyaallah. esok kita akan mulakan ibadah puasa Ramadhan.  Bersyukurlah kita kerana diberi kesempatan oleh Alllah swt  menemui Ramadhannya lagi.  

Entahlah mengapa, setiap kali datangnya Ramadhan, memori kita kepada orang telah tiada  begitu segar kembali.  Berdoalah untuk kebaikan orang yang  telah pergi dahulu dari kita....

Selamat Berpuasa.


SEJENAK

KELUAR KE TOL SEREMBAN/LABU

Zainab ada emel kepada saya, peta ke lokasi rumahnya tetapi tak dapat saya masukkan dalam blog ini kerana masalah teknikal.

Jika nak ke rumahnya  dari lebuh raya, sila keluar ke Tol Seremban/Labu  dan menuju ke arah Seremban 2. Dari situ anda dengan mudah ke Taman Kepayang.

Sebelum bergerak eloklah tanya Zainab dulu. Wooo.

Saya mungkin awal akan sampai ke sana kerana kebetulan saya menghantar orang Umrah ke KLIA jam 10 pagi  dan terus ke Seremban selepas itu.


hayatilah

suspen

Suspen

1 Jun

2 Jun

Cerita apa ya?

Kenduri Zainab 25 Mei 2013

Zainab Abu Bakar, bekas Tk 6 Sastera 2, SMMA 1978 menjemput  semua rakan Munshi 78 ke majlis kesyukuran perkahwinan  anaknya pada Sabtu, 25hb Mei 2013 mulai jam 12 tengahari hingga 5 petang di No 494, Jalan TBK2/7, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban, NS.

Kita jumpa di sana jam 2 petang.

No talipon Zainab 013-6218994, untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan lokasi rumahnya.


Dengar khabar Juwita berada di Mekah la ni.

 


SIBUK SIBUK SIBUK

Rasanya Ramlah, Sharifah Nuri dan Hayati sudah kembali dari Mekah, menunaikan ibadah umrah. Yang akan menyusul pada 16hb ini ialah Mastura pula. Basir pun dah kembali dari Lahat Datu dengan selamat.

Mac dan April adalah masa sibuk rakyat Malaysia. Ha ha. Dengan cuti sekolah, kempen politik, program pelancungan dan pelbagai lagi.

Selepas Mei barulah lega rasanya. Barulah kita fikir nak berjumpa di mana-mana dengan lebih khusus lagi untuk  murid tua Munshi 78 bersembang panjang mengenang nostalgia lama.

Yahya Ghani - apa cerita anda sekarang??

SELAMAT SUDAH KENDURI JAAMAT

Alhamdulilah, selamat sudah kenduri Jaamat pada Ahad lalu. Saya gagal hadir kerana kesibukan dan kepenatan hal-hal peribadi dan politik. Woooo.

Menurut Juwita, beliau ternampak yang hadir ialah Hasnah dan suami, Rosnah Md Isa dan suami, Cikgu Md Amin dan famili, Zaini Samani, Mansor kasim, Mat Aris Bakar dan isteri, Norsir dan famili, Dr Majezan dan isteri   beserta  Maznah Asnawi dan suami.

Sharifah Nuri masih di Mekah. Basir bertugas di Lahat Datu, Sabah. Mastura sakit kepala. Marhamah terlupa.

Moga-moga tahun depan Jaamat dapat gelaran datuk. Gelaran datuk  ini insyaallah tidak boleh ditarik balik oleh mana-mana Raja dalam Malaya ini. Ha ha.

Foto: Juwita dan Hasnah sempat bergambar dengan Jaamat dan isteri.

Oh ya, Hasnah masih tak hantar gambar kita orang di pelamin anaknya dahulu. Tarak patut lu...


KENDURI JAAMAT 10 HB MAC

Pahlawan kita  Jaamat Alimat akan mengadakan kenduri perkahwinan anak lelakinya pada Ahad, 10 hb Mac 2013 di Batu 8, Jalan Gedung Lalang, Bukit Rambai. 75250 Melaka, mulai jam  11 pagi hingga ke 5 petang.

Semua dijemput hadir.

Lokasi rumah, akan disusuli kemudian, mesin scan rosak. Ha ha.

Apa pun no HP Jaamat   012-6181479

Jumpa jam 2 petang di sana jika mahu borak lama. Wooo.



MENANTU SUHDI MENINGGAL

Saya menerima sms dari Aziz dan Hasnah malam tadi.   Menantu lelaki Suhdi yang majlis walimahnya pada awal Oktober lalu telah pulang ke rahmatullah   di Hospital Besar Melaka pada petang semalam, akibat kemalangan jalan raya 4 hari lalu.

Kita ucapkan takziah kepada Suhdi, semoga Allah merahmati roh menantunya itu.

Rezki, jodoh dan ajal,  hanya Allah sahaja Yang Tahu.


BORAK BORAK DI KENDURI HASNAH

Apabila berjumpa banyaklah yang dibualkan. Tetapi sekadar cerita-cerita ringan sahaja. Info bertukar dari mulut ke mulut. Maka banyaklah cadangan yang dilontarkan. 

Dengar kabarnya beberapa orang kawan Munshi akan ke Mekah menunaikan ibadah ziarah dan umrah  pada bulan Februari dan Mac ini.  Antaranya Ramlah, Sharifah Nuri, Mastura dan Hayati.   Jangan  terkena hari mengundi sudah le.  Ha ha.

Ada yang mencadangkan geng Munshi buat umrah bersama. Semua setuju kecuali saya seorang sahaja. Ha ha. Apa punya tur da.  Nak tau fasal apa?   Saya tak jamin kita mendapat  ibadah yang sempurna. Jika saya berjumpa Suhdi, Mokhtar dan Zaini,  mesti seronok berbual. Yang pasti perli, gurauan, kutok mengutok ala Melaka akan terjadi. Oleh kerana kawan lama, bukan dikiranya, habis ditibai dan dibalunnya. Ha ha. Lebih selamat  pergi  dengan orang yang tak dikenali, selamat sikit mulut kita tu. Itu sahaja. Bukan ada hal lain pun. Ya le, bab mulut ini bukan senang nak dijaga...  Woooo.

Kalau melancong selain Mekah, saya setuju sangat. Ke mana?  Ada idea?

 



SELESAI SUDAH KENDURI HASNAH

(Hasnah sempat bergambar dengan Maznah dan Mokhtar)
Kini Hasnah Mohamad boleh lena dengan enak. Selepas kenduri perkahwinan anaknya pada Ahad lalu, barulah  beliau "lega". Ha ha.

Katanya,  Karim,  Mokhtar Ahmad, MaznahDatin Saodah dan Rashid Ahmad  yang pertama sekali sampai. Si Mokhtar datang dengan baju rasmi Petronas kerana masih dalam tugasan. Woooo.

Kemudian diikuti oleh  kumpulan Rohaya, Jaamat, MasturaMarhamah, YB Mat Sirat  dan Cikgu Mohd Amin.

Kumpulan yang datang selepas jam 2 ialah saya, Suhdi, Sharifah Nuri, Hidayah, Saari Mat Jelas, Cikgu Kamarudin, Cikgu Alias, Aziz Mat Yasin, Zaini Samani  dan Rohana Mat Dali.

Kumpulan terakhir sempat bergambar dengan pengantin. Tunggulah fotonya nanti dihantar oleh Hasnah.

Mansor sudah datang awal sehari sebelum kenduri. wau.  Basir ada kes di Ipoh.

Terima kasih kepada Maznah yang memberi laporan penuh kepada saya.

Selepas itu saya ke Pasaraya Mydin MITC. Mak oi ramainya orang. Itulah kali pertama saya masuk. Ha ha.

Kenduri berikutnya di rumah Jaamat. Get ready!!!!

Mastura sempat berfoto dengan Roy. Hebat baju Makcik2 Munshi. Zaman dahulu kala,  depa berdua  tu  "freindly enemy".   Wooo



KENDURI HASNAH MOHAMAD 27 JANUARI 2013

Ambang 2013 dimulakan dengan jemputan kenduri perkahwinan  anak lelaki Hasnah Hj Mohamad, bekas Tingkatan Enam Sastera 2, pada hari Ahad, 27hb Januari 2013 bertempat di Lot 566-1, Batu 4, Klebang Besar, 75200 Melaka.

Kad jemputan seperti di bawah


Peta lokasi ke rumah Hasnah seperti berikut:

 Klik untuk lebih jelas.

Jumpa di sana jam 2 petang.




HAYATI BERTANDANG KE PUTRA JAYA

Ketika pengantin   anaknya Hayati bertandang ke Putrajaya, kekawan Munshi di Kajang sempat mengiringi bersama.