AKSI -AKSI DI KENDURI RAZAK HUSIN








SELAMAT SUDAH KENDURI RAZAK

Geng Munshi 78 kembali menggempur. Kali ini di majlis kenduri perkahwinan anak perempuan kepada Ab Razak Husin. Tengahari semalam team Melaka dan KL bertemu di Dewan Banquet UPM Sedang. 

Team Melaka ialah Mokhtar, Karim, Jaamat, Suhdi, Rashid Ahmad, Zaini Samani, Aziz Md Yasin, Hayati, dan Hasnah.

Team  KL pula ialah Mastura, Maznah, Sharifah Nuri, Sahara, Shamsudin Yusof, Md Jadi, Basir, Norlida Baba, Khatijah  dan saya. 

Agak lama juga kami bersembang sehingga sampai ke padang golf Brisbane, Australia.  Ya, jika jumpa Shamsudin, cerita golf wajib ada punya. Ha ha.

Sebelum berpisah kami sempat  bergambar dengan ibu bapa pengantin. Tunggu,   gambar akan menyusul  nanti.

Selepas  ini kita akan menggempur Banting dan Tampin pula. Woooo.

Oh ya, Mastura sudah menjadi nenek pada suboh semalam. Ha ha. Boleh join kelab Rohaya, Norjan dan rakan-rakan lain yang setaraf dengannya. 

SELAMAT HARI GURU

Semalam Hari Guru.  Golongan  guru diraikan dengan hebat sekali termasuk pengumuman kenaikan  pangkat oleh TPM.  Ha ha.  Sahara minta sangat saya merakamkan ucapan Selamat Hari Guru. Akhirnya saya terjumpa sajak A.Samad Said berkaitan dengan guru.


OBOR HEMAH
Guru adalah awan indah terbang rendah,
melimpahkan hujan pada musim gersang,
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;
ia renjis embun pada tanah bakat,
suara ihsan ketika manusia kalah,
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,
ketika sejarah dalam bilik darjah,
senyum penyembuh bagi wabak sengsara,
ia - sungai rangsang sentiasa tenang,
menghantar bahtera ke segara dharma,
memesan angin menghikmahkannya.

Gnru adalah penelaah yang tekun,
mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,
ia mengemudi biduk, melepaskannya,
atas lambungan laut, merangsangkan
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,
menghidupkan batin yang bersih
di daerah dunia cemar kasih,
dan pada ketika tak tersangkakan,
walau diambilnya kemball semua buku,
sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,
penjunjung budi, manusia yang takwa,
obor hemah kehidupan bangsa.
A. SAMAD SAID

KE BUKIT SERINDIT

Jangan terkejut, petang semalam saya ke Stadium Bukit Serindit Melaka untuk memberi sokongan pasukan hoki remaja Malaysia. Ha ha. 

Malangnya stadium ini kecil sangat untuk satu event bertaraf antara bangsa, Tiada kerusi duduk yang cukup. Yang hadir kena berdiri.  Apa lagi saya pun cabut ke rumah kakak ipar di Bachang, menonton melalui Astro sahaja. Wooo. Begitu jauh datang ke Melaka, hanya untuk menonton di Astro. Apa punya tuuur daaa...

Saya adalah peminat hoki kerana ramai anak NS dan Melaka adalah pemain hoki negara  pada era 70 dan 80 an  dahulu.

Sempat mengeteh di Hentian Kueh Kampong dan berpeleseran di Dataran Pahlawan. Wooo. Saya tak call sesiapa pun kecuali Zek tapi Zek mengalami  masalah perutttt. Kesian.

AL KESAHNYA MARHAMAH

Ini emel dari Mokhtar. Kesah Marhamah kita:

Salam, 

Sahabat kita, Marhamah,  hari Khamis aritu (10 Mei 2012 – Hari Ibu) tergamam tengok rombongan pelawat daripada Sharifah Rodziah Melaka melawat sekolah dia, Sek.Men.Agama JAIM, Ehya Al-Karim, Tg Bidara Melaka.

Rombongan Sharifah Rodziah nak tengok macammana  rupa sekolah Marhamah tu yang PIBGnya menang sebagai PIBG terbaik di Malaysia 2011 wooi !!! (dapat habuan RM50,000) dan satu lagi, menang Tempat Ke 3, Kebersihan Kantin Sekolah Menengah Malaysia 2011 . 

Tapi dia terperanjat besau bila tengok aku ada dalam rombongan pelawat sebab baru dia tau aku YDP PIBG Sharifah Rodziah…..

Aku pula tabik kat Marhamah bila Marhamah berucap sebagai wakil Pengetua dia….hoi hebat. Rupanya baru aku tau sahabat kita ni orang kanan sekolah tu (GPK HEM & Warden asrama perempuan), bila berucap macam pakar motivasi ooi…... ni ada gambar2 tengoklah sahabat kita tu & sekolah nya….tengoklah….
Tahniah Marhamah, hadiah untuk hari Ibu 2011


KAD JEMPUTAN AB RAZAK HUSIN PADA 20 MEI

Klik untuk lebih jelas. Jika tak jelas apa boleh buat.  Ha ha.

KAD JEMPUTAN RAZAK HUSIN


20 MEI KENDURI RAZAK HUSIN

Razak Husin sekeluarga dengan suci hati menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis perkahwinan anak perempuannya  pada  Ahad, 20hb Mei 2012 di Dewan Banquet UPM, Lebuh Silikon, UPM, Serdang.

 Jumpa di sana jam 1 tengahari.  Geng Melaka  tak sukar mencari UPM. Kok sesat juga, tak tahu nak cakap apa. Ha ha.

Ini notis paling singkat. Razak terlalu sibuk agaknya. Woooo.


TERIMA KASIH DARI MOHD HAN

Ini pesan Mohd Han:

Saya Mohd Han sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian kalian hadir ke walimatulurus rumah saya pada 6/5/2012 yang lalu.

Maaf jika ada silap dan salah semasa saya dan keluarga melayani kalian. Semoga jumpa lagi.
Wasallam.

KEMBARA KE AKHIR USIA