KHUTBAH YANG MENGETUK HATI

Cabaran bagi seorang lelaki pada hari Jumaat ialah memilih masjid terbaik untuk mendengar khutbah Jumaat. Kalau khutbah  streotaip saban minggu, rasanya  beribadah sekadar mengikut rukan sahaja. 

Kita merindui khutbah yang mengetuk pintu hati  atau membuka fikiran kita.  Semasa berkhidmat dengan kerajaan dahulu, saya dan rakan sejawat sentiasa mengelilingi KL untuk mendapatkan khutbah jumaat yang terbaik. 

Hari ini saya mencuba di Masjid Khairiyah, Taman Sri Gombak. Kira ok le. Bak kata Zakaria Osman kepada saya -"kena dengar dan taat  kata pemerintah". Hari ini bolehlah "taat" sikit. Wooo. Agaknya  hari ini  Dr Majezan solat jumaat kat Masjid Pakistan kot. Wooo

SEKAMPONG TAPI TAK BERSAMA

Walau pun sekampong tetapi saya dan Md Jadi tak pernah sekolah bersama. Ha ha. Hanya sama sekolah setahun sahaja  di Munshi pada tahun 1978. Pada awal 1979 apabila keluar result STP, ayah Mat Jadi awal-awal pagi  lagi sudah ambil result Mat Jadi di pejabat sekolah. Ayahnya jumpa saya di masjid ketika solat Zohor dan bagi tau "kau selamat". Ha ha. Maka saya pun pergi mengambil result tanpa perasaan cemas fasal ayah Mat Jadi sudah mengintai result saya terlebih dahulu.  Saya lebih rapat dengan ayah Mat Jadi daripada dengan  Mat Jadi sendiri. Tak silap saya ibu Mat Jadi sama "asal keturunan" dengan ibu saya. Ha ha. Jika Mat Jadi ada mengirim gambar ibunya ke blog ini, boleh saya bandingkan dengan gambar ibu  saya. Mungkin anda semua tak boleh meneka  "ibu siapa ini".  Ibu Hanim pun lebih kurang sama dengan wajah ibu saya kot. Ishh,  bagus juga jika 3 wajah ibu ini ada dalam blog Munshi  ini.  Wooo

Gambar ketika reunion pada 26 Jun lalu.

OK JE

9hb  Julai lalu, ingatkan nak ajak Adam Ahmad  minum teh di Stadium Merdeka.  Tetapi beliau tak bertugas pula kali ini kerana beliau kena bertugas dalam pejabat sahaja di Seremban. Ha ha. Selamatlah  saya

Mazlan Ahmad sibuk memantau kejadian pada Sabtu lalu. Maklomlah orang kerja di jabatan Penerangan. Wooo.

Ada beberapa panggilan talipon sebelum 9hb Julai yang saya sengaja tak jawab. Saya sengaja tak jawab kerana tak mahu menerima nasihat percuma menjelang 9hb Julai. Ha ha. Orang tua memang keras lepala kan...

Apa pun saya ok dan kini kembali kerja macam biasa - minum teh sambil sembang-sembang. 




ADEGAN YANG KITA MAHU LIHAT - 1

Darussalam(kanan sekali) pantang jumpa dengan Razak Kanapiah (berdiri). Mereka akan ketawa bagai nak pecah perut.  Tambahan pula bila Razak memimpin bacaan tahlil atau membaca doa selamat.

Darusasalam  masih tak percaya kawan lamanya, Razak tu kini menjadi Imam Besar di surau kawasan perumahannya. Darussalam masih mencari rahsia bagaimana Razak Kanapiah mengubah cara hidupnya. Ha ha  .Antara mereka menyimpan rahsia antara satu sama lain. Woooo 

Begitulah kehidupan....

Klik gambar untuk lebih jelas.

TINGKATAN ENAM SASTERA 1 SELEPAS 34 TAHUN

Ini dia putera puteri  Tingkatan Enam Sastera 1, SMMA 1978 selepas 34 tahun. 

Belakang dari kiri: Marhamah, Nyaros, Maznah, Juwita dan Ramlah.

Duduk dari kiri: Mat Aris Bakar, Zakaria Jaafar, Ali Maidin, Jaamat,  Karim, dan Mokhtar Ahmad

Kecuali Karim, kesemua jejaka yang hadir  reunion kali ini adalah pelajar yang join Munshi ketika di Tingkatan Enam Atas sahaja. Mana dia geng lain?

TINGKATAN ENAM SASTERA 2 SELEPAS 34 TAHUN

Sekeping gambar seribu makna. Inilah wajah terkini  murid tua Tingkatan Enam Sastera 2, SMMA,  1978.

Hanya 3 jejaka tua sahaja yang dapat hadir. Nasib baik makcik makcik menjadi penyelamat korum.

Belakang, dari kiri: Khatijah Kassim,  Aziz, Razak Husin, Basir, Hidayah dan Hanim.

Hadapan, dari kiri: Hayati Harun, Norida Baba, Sharifah Nuri, Hasnah Mohamad, Mastura Bachik, Sahara, Rohana Mat Dali dan Umi Kalsom

Siapa yang terlihat paling muda dalam potret ini. Ha ha.