Alhamdilillah, reunion kali ke 3 berjaya diadakan petang semalam. Hj Zakaria Jaafar dan Ramlah Buntal, bekas Tingkatan Enam Sastera 1 adalah tetamu baru dalam program reunion kali ini. Pada reunion 2009 dan 2010, mereka tak dapat bersama dengan kita.
Tahniah kepada 4 orang AJK pelaksana reunion kali ini iaitu Maznah Asnawi, Ramlah Buntal, Sharifah Nuri dan Mastura Bachik. Mereka berhempas pulas sejak beberapa minggu lalu sehinggalah petang semalam, barulah dapat menarik nafas lega apabila semua sahabat Munshi 78 berjaya menghadirkan diri.
Syabas kepada yang hadir khususnya sahabat-sahabat dari Melaka yang terpaksa merempuh jem di lebuh raya yang ada kes kelamalangan jalan raya. Tanpa iman yang kuat, rasanya mahu patah balik semula ke rumah. Ha ha.
YB Mat Sirat pun sempat tiba walaupun sibuk dengan agenda politik. Wooo. Jika yang tak ada agenda politik tak dapat hadir semalam, kena tabik kepada YB kita tu....
Razak Husin dari Pulau Pinang sempat muncul mencabar kawan-kawan kita dari KL yang tak mampu menampilkan diri. Bak kata orang - hendak 1000 daya.
Jaamat bukan sahaja bejaya membawa "dirinya" tetapi sekali gus berjaya membawa isteri dan anak-anaknya.
Wau, banyak cerita panas, tunggu berita lanjut dari blog ini. Spy kita akan membongkar satu persatu.
5 comments:
Slm. Kami semua AJK Reunion mengucapkan berbanyak2 terima kasih diatas kehadiran semua rakan2 munshi78....Kepada yang menghulurkan sumbangan setinggi2 penghargaan dari kami... Maaf dari kami....insyallah jumpa reunion tahun depan dengan AJK baru....
slm,,,,,semalam tuan pakai mcm YB hingga silap tulis Reunion 2011 la...bukan 2013....insyallah 2013 kami jadi AJK jika majlis di KL....
Saudara Ali,
Tahniah dan terima kasih kerana telah mengambil tanggungjawab mengadakan perjumpaan kali ini. Bila jumpa kawan-kawan teringat kisah 30 tahun yang lalu semasa di alam sekolah. Yati haron buka cerita geng kami pantang dapat duit "pocket" mesti pergi "bus station" di Melaka, kami enjoy.....lah.
Rohana Dali.
Salam,
Penghargaan kepada AJK dan semua yg terlibat dalam menjayakan REUNION 2011.Walaupun tak ramai yg hadir tetapi amat meriah. makanan pun sedap2.
Jutaan terima kasih kpd penaja yg bermurah hati menaja, semoga dimurahkan rezeki dan dapat sponsor lg tahun depan. ;)
Insyaalah jika dipannjangkan usia kita berjumpa tahun hadapan.
From Nolidah Baba
Salam,
Penghargaan kepada AJK dan semua yg terlibat dalam menjayakan REUNION 2011.Walaupun tak ramai yg hadir tetapi amat meriah. makanan pun sedap2.
Jutaan terima kasih kpd penaja yg bermurah hati menaja, semoga dimurahkan rezeki dan dapat sponsor lg tahun depan. ;)
Insyaalah jika dipannjangkan usia kita berjumpa tahun hadapan.
From Nolidah Baba
Post a Comment