9 hari lagi kita berjumpa

Kurang lebih 9 hari lagi kita akan berjumpa di Hotel Uniten, Kajang.  Agenda utamanya ialah  makan-makan dan sembang  sahaja.

Bawalah bekas tupperware untuk bawa balik makanan yang kita hidangkan nanti. Ha ha. Gerenti tak habis kita makan di sana. Ini bukan era 30 tahun yang lalu. Sekarang ini setakat merasa sahaja. Kalau makan berlebih banyaklah signal yang akan datang. Kita tak siapkan ambulan khas tau. Harap Dr Majezan bagi rawatan kecemasan sahaja  nanti. 

Bila makan nanti bolehlah berjalan-jalan bertanya khabar kawan-kawan lain yang tak semeja dengan kita.  Kok tak sempat, boleh sambung lagi diluar dewan pula. Bagi yang jauh, bolelah jamakkan solat. Taklah kecuh-kecuh nak solat nanti.  Orang macam saya, lain sikit, keluar 5 kilometer  pun sudah boleh jamak. Ha ha. Inikan pula Razak Penang yang mai beratus kilomter. Wooo.

Harap  Mokhtar boleh mendendangkan sebuah nasyid untuk kita. Kalau tak nasyid pun tak apa. Asalkan ada lagunya. Lagu lamalah. Ha ha. Takkan orag yang pernah buat show kat  Paris  tak oleh menyanyi. Mesti terangkat punya. Tak betul-betul Razak Kanapiah boleh main gitarnya. Wooo.

Ok jumpa pada 26hb Jun. 




4 comments:

maznah/Ramlah/Mastura/Saripah( 4 AJK) said...

slm..setakat ini persiapan ok.....

Datang jng tak datang....

Anonymous said...

Kawan-kawan,
Sebentar tadi saya melihat berita di TV3,berkenaan bekas pelajar-pelajar sekolah di Pahang mengadakan re union.Istimewanya mereka datang dengan berpakaian sekolah semuanya..hehe montel-montel nampaknya beruniform sekolah..Apa kata 26hb ni kita buat macam tu..Amacam Ali,ada berani...

maznah said...

Slm semua....insyallah 26hb.Jun 2011. kita berjumpa....kepada:

1. Hasnah ( telekom)
2. Zakaria Cheras
3. Razak Kanapiah
4. Razak Penang
5. Riduan

Harap dtg seperti yang anda telah janjikan...

begitu jugak pada:
1. Norsir
2. Suhdi
3. Aziz
4. Karim
5. Yaacob

sila sahkan kehadiran anda pada sabtu( 25.6.2011) sebelum 3 ptg.

Saya akan call untuk pengesahan ini..kepada saudara Mokhtar jng lupa bawa saudara Jaamat ye...

ALI said...

Anon 1:

Bab beruniform tu, saya kurang berminat kerana saya menganut mazhab bebas. wooo