SEKEPING GAMBAR SERIBU MAKNA

Bila berkumpul sesekali selepas lebih tiga dekad tak berjumpa, ianya memberi pelbagai tafsiran. Lihat gambar sebelah. Itu gambar murid tua  Tingkatan Enam Atas  Sains 1978.  Dari kiri: Md Jadi, Darussalam, Razak Kanapiah, Dr Majezan, Yb Mat Sirat, Mansor Kassim, Zulkefli, Yahaya Ghani

Apa yang anda boleh tafsirkan? Saya tak mahu beri pandangan saya dahulu. Biar anda semua yang memberi komen dahulu. Tafsiran yang baik, akan saya belanja secawan kopi radix. Ha ha.

Ya, sehari sekeping gambar ya. Wooo. Ada 149 keping gambar tu....


SEMPURNA SUDAH REUNION KETIGA

Alhamdilillah, reunion kali ke 3  berjaya diadakan petang  semalam.  Hj Zakaria Jaafar dan Ramlah Buntal, bekas Tingkatan Enam Sastera 1 adalah tetamu baru dalam program reunion kali ini. Pada reunion 2009 dan  2010, mereka tak dapat bersama dengan kita.

Tahniah kepada 4 orang AJK pelaksana reunion kali ini iaitu Maznah Asnawi, Ramlah Buntal, Sharifah Nuri dan Mastura Bachik.  Mereka berhempas pulas sejak beberapa minggu lalu sehinggalah petang semalam, barulah dapat  menarik nafas lega  apabila semua sahabat Munshi 78 berjaya menghadirkan diri.

Syabas kepada yang hadir khususnya sahabat-sahabat dari Melaka yang terpaksa merempuh jem di lebuh raya yang ada kes kelamalangan jalan raya. Tanpa iman yang kuat, rasanya mahu patah balik semula ke rumah. Ha ha. 

YB Mat Sirat pun sempat tiba walaupun sibuk  dengan agenda politik. Wooo. Jika yang tak ada agenda politik tak dapat hadir semalam, kena tabik kepada YB kita tu....

Razak Husin dari Pulau Pinang sempat muncul mencabar kawan-kawan kita dari KL yang tak mampu menampilkan diri. Bak kata orang - hendak 1000 daya. 

Jaamat bukan sahaja bejaya membawa "dirinya" tetapi sekali gus berjaya membawa isteri dan anak-anaknya.

Wau,  banyak  cerita panas, tunggu berita lanjut  dari blog ini. Spy kita akan membongkar satu persatu.

Inilah gambar-gambarnya. Untuk melihat lebih banyak gambar -->
Album Reunion







26HB, AHAD, JANGAN SESAT

Hotel Resident, Uniten berada dalam daerah Bangi. Tetapi anda kena masuk melalui tol  Kajang atau tol UPM.

Jika dari Seremban, ianya sebelah kiri highway. Selepas bayar tol susur keluar ke  Kajang,  anda akan jumpa simpang 4 yang  ada lampu isyarat. Maka belok ke kanan.  Kemudian ikutlah arahan isyarat jalan. Jangan terlajak ke Putrajaya sudah le.

Jika dari Tol UPM, selepas tol belok ke kiri dan ikut tanda jalan sehingga ke Uniten. Slow-slow pandu kereta untuk baca isyarat jalan.

Moga-moga tak sesat. Kalau sesat pun masih dalam Malaya lagi. Wooo.

Jam 2 petang. sudah boleh masuk dewan. Jam 3  petang mula program.

9 hari lagi kita berjumpa

Kurang lebih 9 hari lagi kita akan berjumpa di Hotel Uniten, Kajang.  Agenda utamanya ialah  makan-makan dan sembang  sahaja.

Bawalah bekas tupperware untuk bawa balik makanan yang kita hidangkan nanti. Ha ha. Gerenti tak habis kita makan di sana. Ini bukan era 30 tahun yang lalu. Sekarang ini setakat merasa sahaja. Kalau makan berlebih banyaklah signal yang akan datang. Kita tak siapkan ambulan khas tau. Harap Dr Majezan bagi rawatan kecemasan sahaja  nanti. 

Bila makan nanti bolehlah berjalan-jalan bertanya khabar kawan-kawan lain yang tak semeja dengan kita.  Kok tak sempat, boleh sambung lagi diluar dewan pula. Bagi yang jauh, bolelah jamakkan solat. Taklah kecuh-kecuh nak solat nanti.  Orang macam saya, lain sikit, keluar 5 kilometer  pun sudah boleh jamak. Ha ha. Inikan pula Razak Penang yang mai beratus kilomter. Wooo.

Harap  Mokhtar boleh mendendangkan sebuah nasyid untuk kita. Kalau tak nasyid pun tak apa. Asalkan ada lagunya. Lagu lamalah. Ha ha. Takkan orag yang pernah buat show kat  Paris  tak oleh menyanyi. Mesti terangkat punya. Tak betul-betul Razak Kanapiah boleh main gitarnya. Wooo.

Ok jumpa pada 26hb Jun. 




YAHYA GHANI KEMALANGAN JALAN RAYA

Emel dari Yahya Ghani:


Syukur...semalam (sabtu)  kami kemalangan di area sg pelik sepang ketika balik dari menghadiri majlis kahwin kereta myvi hijau kami teruk kami bertiga dikejarkan ke wad kecemasan hospital serdang , wife saya dah hampir pulih,  malam tadi zaharah dipindahkan ke KPJ specialist hospital kajang...syukur berkat doa kawan2 kami selamat aminnn

Penunggang motorsikal mati di tempat kejadiaan
...yahaya_suami zaharah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SETAHUN HANYA SEKALI NAK JUMPA

Bertemu kerana Allah. Berpisah pun kerana Allah. Bertemu untuk mengeratlkan silatur rahim, bertanya khabar, mengingat antara satu sama lain dan jika berpeluang menambah ilmu. Dan paling kurang pun terasa kesunyian dipecahkan dan kegembiraan dipancarkan. Itulah lebih kurang tujuan kita buat perjumpaan tahunan kita pada 26 Jun ini. Jika sesiapa nak datang, masih berpeluang lagi. Sahkan tempat duduk dengan Maznah kita tu. 

Kesempatan kena diperjuangkan. Nak free masa bukannya senang. Ha ha. Setakat Melaka-Kajang, hanya mengambill masa sejam 30 minit sahaja.  Mungkin lebih singkat lagi.
Karim, Rani dan Han bolehlah mengangkut Anuar tu. Kalau setahun sekali tak boleh jumpa, tak dapat saya nak kata apa-apa lagi. Ha ha. Kok dekat macam saya dengan Dr Majezan, bolehlah kerap minum teh susu lembu!!!!