SELAMAT HARI GURU

Kepada kaum guru diucapkan SELAMAT HARI GURU.  Zaman sekarang kaum guru banyak menerima bunga dan pelbagai hadiah. Boleh buka kedai jualan cenderamatalah hari  ini nampaknya. Ha ha.

Zaman kita  dulu, sang murid hanya cukup duit nasi lemak mereka  sahaja, maka tak adalah hadiah-hadiah. Lagipun budaya hadiah-hadiah belum muncul lagi. Sekarang ini macam-macam "Hari" disambut. Ha ha. Zaman kita dulu, habis kuat pun kita buat persembahan di dewan menghiburkan sang guru. Ada lawak singkat, ada bacaan sajak dan persembahan boria. Teringat saya ketika Tingkatan Dua dahulu, kelas saya buat persembahan boria. Kandungan borianya ialah "mengenakan dan memuja"  guru-guru kami. Bukan main syok sang guru. Sampai seminggu mereka tersengih. Pantun boria kami itu dimasukkan dalam Buku Tahunan Sekolah. Wooo. Tukang karang pantun boria itu sayalah oi. Ha ha. Tetapi tambah syoknya ada seorang rakan sekelas kami itu memang pandai menyanyi  dan menjadi tekong boria kami. Kawan itu jadi guru juga akhirnya. Mungkin dia pun teringat persembahan itu sehingga sekarang.

Terima kasih  Maznah  yang mengingatkan tentang Hari Guru. Saya manalah teringat bab-bab Hari selepas tak kojo gament. Ha ha.


Nilmatilah sajak Guru karya Usman Awang


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG

1979

2 comments:

maznah said...

Tuan Ali...aku org kuat Pejabat sekolah le katakan...ape2 pun SELAMAT HARI GURU untuk semua sahabat2 munshi yang bergelar guru...

Anonymous said...

Terima kasih kepada sahabat yang menghagai jasa guru.Terima kasih kepada semua.