APA MAHU JADI DAH

Kita selalu bayangkan budak sains di sekolah tidak berminat dengan bidang politik, sastera dan sukan. Mungkin pada peringkat awal persekolahan sahaja.  Namun apabila di peringkat selepas remaja, ramai yang  saya lihat tidak sebegitu.

Antaranya yang saya kenal dan pernah bersama ketika di sekolah dan  di kampus kini tenggelam dengan dunia politik ialah Mustafa Kamil Ayub (UKM - Sains)  - penggerak PKR  dan Dr Hatta Ramli ( Perubatan UKM) - Bendahari Pas Pusat.  Yang tenggelam dengan dunia penulisan dan dakwah ialah Pahrol Mohd Juoi - penulis Genta Rasa.Com. Lain macam  puitisnya apabila menulis.  Orang perempuan suka  gaya penulisan beliau ini. Ha ha. Orang politik macam saya ni, tak larah nak bermada-madah macam beliau  tu.  Ha ha. Agaknya Juwita dan Marhamah membaca entah berapa kali agaknya tulisan beliau ini. Wooo. Ada linknya di tepi blog ini.

Maka tak hairanlah  kita jikalau  budak sains  macam Md Jadi jadi tauke rumput, Yahya Ghani jadi tauke Unit Trust dan Yahya Sharif  jadi tauke runcit. Ha ha. 

Saya bertuah dapat berkawan dengan  insan dari pelbagai  aliran semasa sekejap  di Jitra dan di UKM   dulu. Tak sangka  pula selepas 30  tahun, kawan-kawan saya itu antara pelakon utama dalam sejarah negara ini. Dan saya pun tak sangka ada budak sains kat Munshi dulu yang kini penganut mazhab Hamzah Fansuri. Ha ha. Biasanya budak sastera yang  suka   mengkaji hal Hamzah Fansuri. Tetapi lain  pula dengan Dr Majezan kita tu yang syok sangat dengan Hamzah Fansuri. Wooo

3 comments:

juwita said...

LUPAKAN DAN PANDANGLAH MASA DEPAN (YESTERDAY ENDED LAST NIGHT!) Heheee...mampukah ana.. Namun ana sentiasa mengharap yang terbaik tetapi terus bersedia untuk menghadapi yang terburuk...

Ramlah said...

Tuan Ali.kalau ade shbt yg ikhlas hati nak beri hadiah atau lain2..ape salahnya...sekadar jd kenangan di reunion kali ke3 ini...org memberi kita merasa, terimalah seadanya..bukan menunjuk2 atau mengada2..jadi ingatan sepanjang masa..

Marhamah said...

Salam Tuan Ali.Memang betul apa yang diperkatakan tentang karya Pahrol Mohd Juoi.Saya ke pesta karnival Pendidikan di MITC baru-baru ini buku Pahrol MohD Juoi kehabisan stok sehingga buku yang sedang saya beli hari itu pun ada insan yang nak beli dari saya.Bahasa yang digunakan pasti meruntum jiwa pembaca.Tq.JUmpa di sana.Bye.