SILA SAHKAN DAN BUAT BAYARAN PROGRAM 26 JUN

Sesiapa yang tak sempat bank in bayaran jamuan reunion pada 26 Jun ini, sila maklomkan kepada Maznah atau Ramlah untuk memudahkan bajet persediaan. Jika tak maklomkan, kok dianggap tak mahu hadir pula. Jangan malu memaklomkan jika tak boleh hadir pula. Ha ha.

Kerja kuat   betul si Maznah dengan Ramlah. Macam nak buat kenduru kahwin pula. Ha ha. 

Zakaria Jaafar kata nak datang. Saya dah minta dia maklomkan sendiri ke Maznah. Razak Husin yang terpelanting kat Pulau Pinang pun nak datang juga. Si Shamsudin Yusof pula bergantung kepada program menghayun kayu golf si luar negara. Imam Besar Razak Kanapiah kalau tak datang, maka kita baca bismillah sahajalah bila nak makan nanti. Tetapi Dr Majezan pun boleh baca doa juga. Hanya kita tak mampu nak mengaminkan sahaja kerana doa beliau mesti panjang punya. Ha ha. Maklomlah penganut mazhab Al Fansuri. He he.

Geng Melaka ramai yang tak respon dengan program 26 Jun ini. Tak kuasa saya nak memujuknya. Wooo. Dah tua, pandai-pandailah engkau orang semua yaaaa

JEMPUTAN WALIMATUL URUS ZAKARIA JAAFAR 5 JUN 2011

Zakaria Jaafar, bekas Tingkatan Enam Atas Sastera 1, Sek Men Munshi Abdullah  1978,  menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis perkahwinan anaknya pada 5hb Jun 2011, Ahad, bertempat di No 1, Jalan CU 3, Taman Cheras Utama, 56000 Kuala Lumpur.

No Talipon beliau 019-3766261.

Yang comfirm datang saya, Basir dan Md Jadi. Ha ha. Jika tak tau jalan tanyalah Maznah Asnawi

KENDURI KAHWIN ANAK MOHD NOR SALEH 28 MEI

Saari memaklomkan kepada saya bahwa Mohd Nor bin Saleh, bekas 6 Sains akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya pada 28hb Mei, Sabtu, bertempat di Batu 11, Kg Serkam Tengah, Merlimau, Melaka.

Semua dijemput hadir

Saya sibuk di luar sejak akhir-akhir ini. Kekadang terlupa nak update  blog. Dulu Basir selalu ingatkan saya. Kini Basir sibuk merayau entah di mana, tak ada di KL

Oh ya, sudah 42 orang membuat pembayaran untuk jamuan reunion kita pada 26 Jun akan datang. Ada beberapa kerat yang masih belum sempat meng"bank in"  bayaran. Antaranya Mansor, Umi Kalsom, Hasnah, Darussalam  dan Redhuan. Yang lambat ini kita denda sikit. Nak denda apa ya?  Ha ha. Minta mereka bersyair nanti. Setuju?

MARIA DAN CUCUNYA

Maria dengan cucu pertamanya. Mohd Han dah respon kepada blog ini. Cucu serupa neneknya kot. Ha ha. Lelaki ke perempuan ya?

MOHAMAD HAN JADI DATOK

Saya mendapat info melalui FB, Maria Ibrahim dan Mohamad Han telah pun menjadi nenek dan datok. Mereka mendapat cucu pada bulan Januari lalu.

Senang sahaja nak dapat gelaran datuk ya. Wooo

SELAMAT HARI GURU

Kepada kaum guru diucapkan SELAMAT HARI GURU.  Zaman sekarang kaum guru banyak menerima bunga dan pelbagai hadiah. Boleh buka kedai jualan cenderamatalah hari  ini nampaknya. Ha ha.

Zaman kita  dulu, sang murid hanya cukup duit nasi lemak mereka  sahaja, maka tak adalah hadiah-hadiah. Lagipun budaya hadiah-hadiah belum muncul lagi. Sekarang ini macam-macam "Hari" disambut. Ha ha. Zaman kita dulu, habis kuat pun kita buat persembahan di dewan menghiburkan sang guru. Ada lawak singkat, ada bacaan sajak dan persembahan boria. Teringat saya ketika Tingkatan Dua dahulu, kelas saya buat persembahan boria. Kandungan borianya ialah "mengenakan dan memuja"  guru-guru kami. Bukan main syok sang guru. Sampai seminggu mereka tersengih. Pantun boria kami itu dimasukkan dalam Buku Tahunan Sekolah. Wooo. Tukang karang pantun boria itu sayalah oi. Ha ha. Tetapi tambah syoknya ada seorang rakan sekelas kami itu memang pandai menyanyi  dan menjadi tekong boria kami. Kawan itu jadi guru juga akhirnya. Mungkin dia pun teringat persembahan itu sehingga sekarang.

Terima kasih  Maznah  yang mengingatkan tentang Hari Guru. Saya manalah teringat bab-bab Hari selepas tak kojo gament. Ha ha.


Nilmatilah sajak Guru karya Usman Awang


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.



Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.



Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.



Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG

1979

SIAPA NAK BUAT UMRAH

Kurang lebih dua bulan setengah lagi, Ramadhan akan tiba. 1hb Ogos adalah 1 Ramadhan tertaklok kelihatan anak bulan atau tidak.

Saja nak tau siapa yang yang bercadang menunaikan umrah sempena Ramadhan ini. Juwita pernah mencadangkan agar geng Munshi 78 buat umrah bersama.

Hajat hati memang ada tetapi nak kena tengok fulus.  Ha ha. Bagi yang bekerja kerajaan,  soal cuti adalah satu kekangan pula.

Siapa yang berniat, bolehlah sms kepada saya  012-2104244   untuk mengetahui berapa orang yang bakal pergi. Nak runding pakej umrah yang murah.  Kita ambil pakej pertengahan Ramadhan.  Tak raya di Malayalah nampaknya. Ha ha. Bagusnya Zek jadi ketua rombongan. Woooo.

APA MAHU JADI DAH

Kita selalu bayangkan budak sains di sekolah tidak berminat dengan bidang politik, sastera dan sukan. Mungkin pada peringkat awal persekolahan sahaja.  Namun apabila di peringkat selepas remaja, ramai yang  saya lihat tidak sebegitu.

Antaranya yang saya kenal dan pernah bersama ketika di sekolah dan  di kampus kini tenggelam dengan dunia politik ialah Mustafa Kamil Ayub (UKM - Sains)  - penggerak PKR  dan Dr Hatta Ramli ( Perubatan UKM) - Bendahari Pas Pusat.  Yang tenggelam dengan dunia penulisan dan dakwah ialah Pahrol Mohd Juoi - penulis Genta Rasa.Com. Lain macam  puitisnya apabila menulis.  Orang perempuan suka  gaya penulisan beliau ini. Ha ha. Orang politik macam saya ni, tak larah nak bermada-madah macam beliau  tu.  Ha ha. Agaknya Juwita dan Marhamah membaca entah berapa kali agaknya tulisan beliau ini. Wooo. Ada linknya di tepi blog ini.

Maka tak hairanlah  kita jikalau  budak sains  macam Md Jadi jadi tauke rumput, Yahya Ghani jadi tauke Unit Trust dan Yahya Sharif  jadi tauke runcit. Ha ha. 

Saya bertuah dapat berkawan dengan  insan dari pelbagai  aliran semasa sekejap  di Jitra dan di UKM   dulu. Tak sangka  pula selepas 30  tahun, kawan-kawan saya itu antara pelakon utama dalam sejarah negara ini. Dan saya pun tak sangka ada budak sains kat Munshi dulu yang kini penganut mazhab Hamzah Fansuri. Ha ha. Biasanya budak sastera yang  suka   mengkaji hal Hamzah Fansuri. Tetapi lain  pula dengan Dr Majezan kita tu yang syok sangat dengan Hamzah Fansuri. Wooo

bersantai sahaja pada 26 Jun

Dengar khabarnya JK Sambutan Reunion nak bagi hadiah kepada sang pendatang majlis. Saya rasa tak payahlah. Kita jumpa sesama kawan-kawan lama sahaja. Bukan jumpa sang guru atau orang yang lebih tua dari kita. Anggaplah macam jumpa biasa-biasa sahaja. Duit belanja tu simpan untuk bagi kepada rakan-rakan kita yang  kurang bernasib baik.

Ha ha. saya memang tak suka projek mewah dan mengada-ngada. Saya menganut mazhab prioritism. Wooo.

Jadikan perjumpaan kita secara biasa-biasa sahaja. Sedikit ucapan, doa, makan-makan dan borak-borak. Pokoknya melapaskan rindu dengan kekawan lama sahaja. Dah lama tak dengar layau buruk Zek dan Mokhtar!!!

SUDAH 50 ORANG

Cukup dah 50 orang yang akan hadir program reunion Munshi 78 pada 26hb Jun di Hotel Residen, Uniten Kajang. Inilah sebuah hotel di Malaysia yang berada di dalam universiti. Saya pun belum pernah menjengahnya. Ha ha. Hanya nampak sign Uniten dari lebuh raya sahaja.

Bayaram RM 30.00 untuk 50 orang pertama bolehlah dibuat ke  Akaun CIMB Ramlah - 1253 0014 4125 28.  Selepas bank in, sms ke Ramlah 013-3374708 dan nyatakan berapa jumlahnya dan untuk berapa orang. 

Karim, Jaamat, Zek dan beberapa kaki makan-makan belum menyahut lagi. Tolong-tolong sound sikit ya.