KENDURI UMI KALTHUM - SABTU 3 MEI 2014

Puan Umi Kalthum Mohamad, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 SMMA 1978, dengan segala hormatnya menjemput semua  sahabat Munshi 78  ke kenduri perkahwinan anak perempuanmua,  Siti Zafirah bt Md Redza yang akan diadakan pada  Sabtu 3 Mei 2014, jam  12 tengahari  hingga 4 petang  di No  5500,  Taman  Gunong Mas I, 73000  Tampin, Negeri Sembilan.

Jumpa di sana jam 1 petang.

Kalau sesat tanya Suhdi, pakar Tampin

 

YANG PENCEN 2014

Sahabat Munshi 78 sudah mula pencen dari perkhidmatan awam.  Shaari Md Jelas dan Rohana Hashim sudah pencen pada tahun 2013. Norlida Baba  pada awal April 2014. Bashir akan bersara pada awal Mei 2014.

Tahun depan khabarnya Mak Ram dan Maznah. 

Yang tak hendak pencen, katanya ialah Mastura. Ha ha.

 


AL KESAHNYA SAHABAT MUNSHI 78

Minggu lepas ada kenduri kahwin seorang sahabat Munshi di Melaka.  Saya dijemput tetapi tidak dapat hadir kerana bercuti menghabiskan duit di luar negara. Ha ha.

Dilapurkan Marhamah berkursus di Unitar, KL. Tak sempat saya bertanya hal kerana sibuk di negara orang adanya. Jika tidak boleh juga saya belanja nasi Iran di Ampang.

Dengar cerita Mastura, Mak Ram dan geng sewaktu dengannya merancang bercuti di Langkawi pada cuti sekolah akan datang. Siapa nak join bolehlah berhubung dengan Mastura.

Kini, Dr Majezan bertugas di sebuah Pusat Perubatan di Kota Kinabalu. Saya sempat menjengahnya ketika ke Sabah pada pertengahan Februari lalu. 

Si Suhdi pula  menjemput saya ke kenduri akikah  cucunya tetapi apakan daya jauh benar nak balik. Ha ha.

Si Basir, macam biasalah, dok sibuk di sempadan, langsung tak sempat mengeteh dengan saya.

Si Maznah pula berjuang mencari air kerana kawasan kediamannya dicatu air. Dobi baju pun tumpang di rumah Sharifah Nuri. Nasib baik  ada sahabat yang dekat menumpang kasih...