JEMPUTAN KENDURI ALI MAIDIN

Assalamualaikom warahmatullahi wabarakatuh

Adalah saya ALI MAIDIN,  bekas pelajar Tingkatan Enam  Atas  Sastera 1, Sek Men Munshi Abdullah 1978 dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 1978  seisi keluarga ke majlis kenduri kesyukuran perkahwinan anak perempuan saya Fatimah Az Zahra  dengan pasangannya Mahmud Al Rifaie pada:

Sabtu :   8 November  2014.
Jam :     11.30 pagi - 4 petang
Tempat: Dewan Berlian, Aras 4, Wisma LJT,
               Pusat Bandar Melawati 
               Kuala Lumpur

Majlis akad nikah bermula jam 10.30 pagi bagi sesiapa yang ingin bersama.

Kesudian tuan menyempurnakan  majlis ini, terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih

Wassalam


ALI   MAIDIN

Peta Lokasi:  



 

SEPTEMBER YANG INDAH

Lama sekali tak update blog ini.  Maaf dan jangan merajuk ya.

Kini  Basir sudah buka whatsapp dan telegram khas untuk geng Munshi 78,  Sila daftarkan no hp anda  ke Basir. No HP Basir ada di sebelah kanan blog ini.   Banyak cerita baru dalam whatsapp. Tak terlarat nak follow. Ha ha.

Sepanjang September  ini   ramai yang genap 55. Tak boleh pusing nombor ini untuk rasa lebih muda. Sharifah Nuri, Zek Osman, Rohaya, Maznah  dan hari ini 23 hb ialah Juwita  Hassan.

20hb lalu beberapa geng perempuan buat mini reunion di Pantai Tanjong Puteri, bermalam di chalet Norliah.  Pelbagai menu disediakan.  Yang  berkumpul ialah Hayati, Hasnah, Hidayah, Sharipah, Rohana, Maznah  Mastura, Juwita dan Norhizan Mahtob.  Geng lelaki datang tumpang makan   tengahari.  Antaranya Basir, Zek, Rashid, Mokhtar, Suhdi dan Aziz, 

OK  saya aka membuat jemputan khas kepada semua geng Munshi 78 pada 8 November nanti. Jangan ke mana mana pada hari tersebut.

KENDURI JAMILAH JAMIAN 7 JUN JUGA

Jamilah Jamian, bekas Tingkatan Enam Sastera 1,  SMMA 1978  menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis kenduri perkahwinan anaknya pada Sabtu, 7 Jun 2014, jam 11.30 pagi - 4.30 petang di No 30, Jalan Aman Putra 3/1. Taman Aman Putra, Puchong, Selangor.

Orang KL jangan tak datang ya.


KENDURI MOKHTAR AHMAD 7 JUN!!!!

Description: Description: http://10.36.17.245/pegasys/getimageid.asp?staffno=72227 Kini giliran Mokhtar Ahmad, bekas Tingkatan 6 Sastera 1, mengadakan kenduri perkahwinan anak  lelakinya pada  Sabtu, 7 Jun 2014 bertempat di Lot 62-01. Lorong Hj Kadir,  Batu 3, Pasir Putih, Bacang, Melaka.

Semua sahabat Munshi 78 dijemput hadir.

Jika sesat,  talipon Mokhtar 019 6567567.

Kita jumpa di sana jam 1 tengahari.


dalam diam-diam banyak cerita....

Diam-diam Mansor Kasim berangkat ke Mekah pada minggu lalu menunaikan ibadah umtah.

Diam-diam Bashir membeli rumah baru dan menginap kekal di Taman Paya Rumput Indah.

Diam-diam Maria telah  menerima menantu baru pada tahun ini.

Diam-diam Aziz Md Yasin ke India, keluar usaha di Jalan Allah.  Cucu pun nak masuk lima khabarnya.

Diam-diam Mokhtar Ahmad akan menerima menantu pertama sedikit hari lagi..

Diam-diam  Jamilah Jamian nak bermenantu lagi.

Yang saya tak tahu dalam diam-diam ramai yang bertambah cucunya...

Ramai dah geng Munshi 78 menjadi datuk dan nenek, termasik hero Tampin - Suhdi. Woooo.

 


KENDURI UMI KALTHUM - SABTU 3 MEI 2014

Puan Umi Kalthum Mohamad, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 SMMA 1978, dengan segala hormatnya menjemput semua  sahabat Munshi 78  ke kenduri perkahwinan anak perempuanmua,  Siti Zafirah bt Md Redza yang akan diadakan pada  Sabtu 3 Mei 2014, jam  12 tengahari  hingga 4 petang  di No  5500,  Taman  Gunong Mas I, 73000  Tampin, Negeri Sembilan.

Jumpa di sana jam 1 petang.

Kalau sesat tanya Suhdi, pakar Tampin

 

YANG PENCEN 2014

Sahabat Munshi 78 sudah mula pencen dari perkhidmatan awam.  Shaari Md Jelas dan Rohana Hashim sudah pencen pada tahun 2013. Norlida Baba  pada awal April 2014. Bashir akan bersara pada awal Mei 2014.

Tahun depan khabarnya Mak Ram dan Maznah. 

Yang tak hendak pencen, katanya ialah Mastura. Ha ha.

 


AL KESAHNYA SAHABAT MUNSHI 78

Minggu lepas ada kenduri kahwin seorang sahabat Munshi di Melaka.  Saya dijemput tetapi tidak dapat hadir kerana bercuti menghabiskan duit di luar negara. Ha ha.

Dilapurkan Marhamah berkursus di Unitar, KL. Tak sempat saya bertanya hal kerana sibuk di negara orang adanya. Jika tidak boleh juga saya belanja nasi Iran di Ampang.

Dengar cerita Mastura, Mak Ram dan geng sewaktu dengannya merancang bercuti di Langkawi pada cuti sekolah akan datang. Siapa nak join bolehlah berhubung dengan Mastura.

Kini, Dr Majezan bertugas di sebuah Pusat Perubatan di Kota Kinabalu. Saya sempat menjengahnya ketika ke Sabah pada pertengahan Februari lalu. 

Si Suhdi pula  menjemput saya ke kenduri akikah  cucunya tetapi apakan daya jauh benar nak balik. Ha ha.

Si Basir, macam biasalah, dok sibuk di sempadan, langsung tak sempat mengeteh dengan saya.

Si Maznah pula berjuang mencari air kerana kawasan kediamannya dicatu air. Dobi baju pun tumpang di rumah Sharifah Nuri. Nasib baik  ada sahabat yang dekat menumpang kasih...