KENDURI RADHUAN MOHAMAD 2 DIS 2012

Raduan Mohamad, bekas Tingkatan Enam Sains 2, SMMA 1978  dengan segala hormatnya menjemput semua rakan Munshi ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya pada 2hb Disember 2012, Ahad, jam 11.30 pagi hingga 4 petang di No 9, Lorong Sri Damak 59A, Taman Sri Andalas, Klang, Selangor

Tel Radhuan 017-3620913.  Rasanya Radhuan bertugas di Subang Jaya. Kekadang saya pun tak tahu apa nama gelaran jawatan kekawan dalam perkhdimatannya.  Saya tetap panggil semua orang sebagai "tuan". Ha ha.

Semua dijemput hadir khususnya yang berada di KL dan Selangor.

Kenduri Hayati pada 22hb Disember di Melaka.  So, ada 2 kenduri dalam bulan Disember akan datang.

Anak Zakaria Osman dapat  5A dalam UPSR. Oppps,  ada lagi anak sekolah rendah ya. Ha ha.


SELAMAT SUDAH KENDURI MANSOR

Walaupun hujan agak lebat, namun mereka tetap merempuh ke kenduri rumah Mansor Kasim pada 3 November lalu di Masjid Tanah.

Mastura, Juwita, Hayati, Norsir  Mokhtar,  dan Jaamat hadir. Yang lain tak ada beritanya. Saya sangkut di Seremban sahaja. Ha ha.

Ini adalah kenduri anak perempuan kedua Mansor. Anak sulong lelakinya masih solo lagi.

Foto ini saya curi dari FB Juwita. Ha ha.

Suhdi masih belum menghantar gambar perkahwinan anaknya kepada blog ini lagi.



Jangan coba-coba Mokhtar oi...


Hujan...cobaannnnn

KENDURI ZAKARIA JAAFAR 11 NOVEMBER

Tuan Hj Zakaria Jaafar menjemput tuan/puan seisi keluarga ke majlis kenduri perkahwinan anaknya pada Sabtu, 10hb November jam 12 tengahari hingga 3 petang di No 1, Jalan CU 3, Taman Cheras Utama, 56000 Kuala  Lumpur.

Moga tiada keuzuran dari anda semua.