KENDURI AKIKAH CUCU MASTURA

Sabtu ini, 1hb September, jam 11 pagi, Mastura Bachik adakan kenduri akikah cucunya di Kg Lubuk Redan, Masjid Tanah.  Anda dijemput

Yang dekat dan ada masa datanglah.  Ada kambing dan ayam golek, katanya. 






SELAMAT AIDIL FITRI


Beberapa hari lagi rayalah kita.  Macam biasa sempena aidil fitri yang mulia, saya mohon ampun dan maaf sepanjang kita bersahabat dan mengendalikan blog Munshi ini.  

Jika sempat saya singgah rumah Suhdi, Juwita, Ramlah dan Zaini. Air sirap pun jadilah.  

Moga-moga jangan ada yang sedih dan pilu ketika raya ini.  Semua orang akan mengharungi  saat-saat kehilangan orang tersayang. Hanya bezanya cepat atau lambat sahaja. 

Lepas raya jangan lupa ke majlis perkahwinan anak Md Jadi Larut. Saya nak bermalam di Bantinglah, nak melihat pantainya yang banyak ketam nipah.

Yang memeranjatkan saya pada bulan puasa  tahun  ini   ialah Rohaya Rahmat cuti tanpa gaji selama  sebulan, mencari lailatul qadr...

Dan paling penting, Mansor Kasim terselamat dari   bom di Masjid Tanah. Ingatkan di Iraq sahaja yang kena   bom. Rupa-rupanya  Masjid Tanah pun   ada  letupan bom.

Dr Majezan pun dah ada beberapa projek baru   untuk saya selepas puasa ini. Ha ha. Majezan pun bertukar majikan pada tahun ini.  Lagi tua lagi laku nampaknya. Woooo.

Yang paling syok ialah Shamsudin kita yang sekali lagi berhijrah ke jawatan baru. Kali ini destinasi terakhir kot. Woooo.

Bagi orang politik, raya ni adalah open house terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Ha ha. Jika nak jadi YB lagi kenalah buat open house juga ya. Ha ha.

Mastura beraya sakan kerana dapat cucu  pertama !!!

Ok, sekali lagi SELAMAT AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

JEMPUTAN KENDURI MD JADI - AHAD 16HB SEPTEMBER













Klik untuk lebih jelas.



Peta Lokasi  Tempat Kenduri: