DUA KENDURI LAGI WEI

2 kenduri bakal diadakan ialah:

1. Kenduri perkahwinan anak perempuan Md Jadi Larut, bekas Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 pada Ahad, 16 hb September 2012, bertempat di Dewan Sri Jugra, Banting, Selangor.  Berhampiran Stadium Jugra, sebelum bandar Banting.

2. Kenduri perkahwinan anak perempuan Suhdi, bekas Tingkatan Enam Sastera 2, SMMA 1978 pada Sabtu, 6 hb Oktober 2012, di No 107, Blok I, Rumah Awam Pulau Sebang 3, Tampin, Melaka.

Jika ke Banting, elok juga kita menangkap ketam Nipah di tepi pantai Banting. Ha ha. kena bermalam di sana nampaknya. Saya pernah menangkap ketam nipah di sana beberapa tahun lalu. Woooo. 

Jika ke rumah Suhdi, kita boleh tambahkan agenda mengeteh di rumah Zaini Samani pula. Dah dekat sangat tu. Elok ziarah rumah kekawan lain. Jika apa-apa hal nanti, senang kita ke rumahnya pula. Woooo. Rumah Juwita pun dekat dengan rumah Suhdi.  Kalau ada  mee sup kambing, gerenti kita pi. Ha ha.  Malah rumah Salim pun dekat juga. Beliau sakit, elok juga diziarah.






 

JIKA SEORANG DIRI

Kurang lebih ada enam bulan lagi nak menghabiskan Tahun 2012.  Pejam celik masa berlalu seperti kilat. Tau-tau dah puasa. Tau tau dah raya. Tau tau dah nak pencen. Tau tau dah mula sakit sana sakit sini. Tau tau dah hampir nak mati kita ini. Ha ha. Subjek yang tak seronok, tetapi kita tetap akan ke  sana. jua. Hai, terasa macam tak bersedia   je. 

Kematian bukan penamat hidup, tetapi bermulanya fasa kehidupan baru selanjutnya.  Alam  barzakh, alam berehat sang mukmin menanti fasa alam kebangkitan pula. Alam barzakah sebenarnya terlalu 'sekejap" sahaja jika  kita bersedia beramal di dunia ini. Alam dunia merrupakan alam ujian. Pastikan kita lulus ujian ini. Kekadang kita tak adil kepada diri sendiri - terlalu takut anak tak lulus UPSR tetapi tidak hairan dengan ujian Allah swt. Basicnya mudah - buat  yang  wajib, tinggalkan yang haram sahaja.

Kita mungkin mudah membuat ibadat yang wajib tetapi sukar atau tercabar apabila menguruskan hal dunia secara islamik. Urusan kerja  dan bisnes harian kita kena berlandaskan Islam. Ini bukannya  mudah dan memerlukan pengorbanan. Kekadang  nampak kecil dan titik bengik, namun kita gagal mematuhinya seperti yang ditetapkan oleh ugama kita.  

Mari kita kuatkan tekad untuk menghabiskan baki usia kita dengan mengikut jalan Islam. Hadirilah majlis ilmu, tazkirah dan pengajian untuk panduan kita.  Jika seorang diri, Zakaria Osman pesan untuk berzikir dan berselawat!!!!


himpunan di kenduri Razak Husin

Ada sekeping foto lagi di majlis perkahwinan anak Razak Husin:


YAHYA GHANI DI PERANCIS

Yahya kini berada di Perancis. Tetapi bukan kerana menyiasat kes scorpene. Ha ha. Baca emel beliau kepada saya pada 1 Jun lalu:

Assalam pak!

Aku bercuti 29/5 - 10/6 attend konvo anak kat UCD dublin ireland sambil sembang2 mengeteh  kat Paris 3 days, London 3 days & Dublin 4 days, now kat Paris esok baru berangkat naik eurostar Paris - London melepak mengeteh  kat sana pulak insyaallah

Kejap lagi berhajat nak sbyang jumaat kat masjid Paris insyaallah

Muga2 kita semua selamat & amp; dirahmati Allah.....

Yag


Demikianlah emel rojaknya yang sekejap Melayu dan sekejap Inggeris. Wooo.