berita kahwin aja ke?

Ada kawan Munshi 78 bersungut, blog ini cerita berita kahwin je. Ha ha.

Alangkah baiknya jika dihantar apa-apa berita lain kepada saya untuk dipaparkan. Saya bukan wartawan  mencari berita. Blog ini pun tak bercerita hal politik, bisnes  atau falsafah. Ini blog berkaitan dengan geng  orang tua Munshi 78 sahaja. Ha ha.

Jika ada berita  anda, saya paparkan. Jika tak ada, saya buat kerja lain pula.  Kerja utama saya membaca dan berborak sahaja. Betul-betul macam orang pencen. Wooo. Sesekali mengeteh. Majezan dan Basir dah lama tak menyinggah.  Mazlan Ahmad, tak payah dicarilah. Dia sibuk jaga Rais Yatim. Wooo.




KELUAR TOL UPM JIKA KE RUMAH MAZNAH

Maznah pesan sangat kepada saya agar mengingatkan jemputannya pada  Sabtu 10hb Mac ini,

Bagi kekawan dari Melaka, kena ikut Tol UPM. Selepas tol UPM jumpa simpang empat dan belok kanan ke The Mines. Ikut sahaja arahan signboard. Apabila jumpa The Mines, ikutlah panduan seperti dalam pelan yang telah diposting sebelum ini.

Jika sesat tanya Basir. Ha ha.

Saya datang awal jam 10 pagi untuk majlis akad nikah dan akan balik jam 1 tengahari. So, datanglah awal, paling lewat jam 12 tengahari. 

Al fatihah untuk bapa mertua Sharifah Nuri yang meninggal pada awal pagi Jumaat lalu  di Hospital Kajang. Jenazah beliau dikebumikan di kampongnya Bidor, Perak.


PELAN KE RUMAH MAZNAH PADA 10 MAC 2012




Klik untuk lebih jelas





Jika tak reti pelan tu, baiklah bertanya awal  ya




 

laskar pelangi

Satu lagu dari filem Laskar Pelangi

10 MAC RUMAH MAZNAH

Pejam celik, lebih kurang sebulan lagi Maznah Asnawi akan mengadakan kenduri perkahwinan anaknya  iaitu  pada   10 hb Mac 2012, Sabtu,   di No 39, Jalan Chengal 3, Taman Impian Ehsan, 43300 Belakong, Selangor.

Dengar khabar Maznah sudah mula sibuk  membuat persiapan.  Saya datang makan sahaja. Ha ha. 


Kalau nak ke rumah Maznah dari highway, kena lalu  The Mines.   Detailnya tanyalah ke Maznah terus.