BILA MAU KENDURI DAAA

Masuk 2012, saya dah delete beberapa nombor talipon dalam hp saya. Ha ha. Dah penuh dan dan masukkan nombor baru yang aktif sahaja di persada bumi. Kira-kira macam mengemaskini faillah.

Tahun baru - azam baru, kawan baru, projek baru,  strategi baru, gaji baru,  gaya baru. Hanya baju lama dan isteri lama. Ha ha.

Makin lama makin berusia kita. Kalau dulu sering bertanya bila mau kahwin  dan  berapa anak,  Kini bila jumpa akan bertanya sudah berapa menantu, berapa cucu dan bila mau pencen. Ha ha.

Sesiapa ada kenduri kahwin eloklah diberi tau awal agar mudah kita merancang program. Maklomlah sekarang zaman  meronda-ronda dunia. Kalau tak ke Bali, mau ke London. Paling kurang makan sate kambing di Bandung, Indonesia. Jika ada duit lebih, saya nak makan sireh di Colombo, Sri Lanka. Katanya, jemaah solat Subuh seramai solat Jumaat. Teringin nak tengok sendiri. Wooo.

Siapa dah habis idea menjamu selera, bolehlah menjamu talipia bakar di Central Market. Takkan orang Malaysia tak hendak menjengah Central Market?  Setakat seorang dua, saya boleh belanja. Jika ramai-ramai,  bayar sendirilah. Tapi jika ada Dr Majezan, kita tak sempat membayar!!!!  Woooo.


Suhdi, kau apa khabar. Aku cari kau untuk merojak di Tampin,  Isnin lalu.

3 comments:

Anonymous said...

Biar semua baru,

Pakai Langsir Biru
Rumah masih papan
Jangan pasang baru
Rambut dah beruban

ALI MAIDIN said...

Wau, puitis pantun ni.

orang lama said...

Langsir Biru Beropol-ropol,
Bila di pasang nampak meriah,
Tahun 2012, insyallah kita berkumpul,
Melaka Hotel Sri Malaysia,