2 LAGI PROGRAM 2012

Ada dua berita baru kali ini:

1. Kenduri akikah cucu kedua Rohaya Rahmat akan diadakan di rumahnya  di   Batu 14 1/2, Kg Kelemak Alor Gajah, Melaka pada 5hb Februari 2012, Ahad. Sahabat sekeliling Alor Gajah dan Tampin, silalah hadir jam 12 tengahari.  Rohaya dah siapkan rumah  nginap di kampong selepas pencen nanti. wooo


2. Saudah Rahmat, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis perkahwinan anak perempuannya pada 28hb April 2012, Sabtu, di Dewan Bestari, Air Keroh, Melaka.

Jangan lupa!!!!!

PROGRAM 2012

Pertama:  

10 hb Mac 2012, Sabtu, kenduri perkawinan anak perempuan Maznah Asnawi Sabri, bekas Tkt 6 sastera 1, di No 39, Jalan Chengal 3, Taman Impian Ehsan, 43300 Belakong, Selangor


Kedua:
 
7 hb April 2012, Sabtu, kenduri perkahwinan anak perempuan Rashid Ahmad, bekas Tkt 6 Sastera 2, di Lot 582-1, BT. 11 1/2, Kg paya Rumput jaya, Sungau Udang, Melaka

PERJUMPAAN YANG DIRINDUI

Ketika di kenduri Hayati pada Disember lalu, sempat saya merakam gambar geng Munshi 78  yang seasrama. Adam, Kamarudin dan Basir - merupakan AJK Asrama. Putera. Saari pula lambat masuk asrama.

Teka siapa yang kelihatan lebih muda. Yang tua tahu dah. Ha ha.

SUDAH ADA 2 PROGRAM KENDURI KAHWIN

Sudah ada 2 program kenduri kahwin akan diadakan pada tahun ini. Pertama, bulan Mac dan kedua bulan April. Insyaallah saya akan maklomkan pada akhir bulan ini. Ha ha. Kok lupa pula jika terlalu awal diberitahu. Wooo

Menjelang pilihan raya umum ini ada macam-macam cerita. Yang  sedang  menjadi YB, mungkin bertanding lagi  Ada juga suami bekas pelajar  Munshi 78, akan bertanding pada PRU 13   nanti. Tekalah siapa dia. Yang pasti saya tak bertanding, Ha ha.

Sesiapa yang menjadi AJK masjid atau surau, bolehlah menghubungi Zakaria Osman untuk dapatkan peruntukan beras fakir miskin pada bulan Ramadan akan datang. 

Jika kenderaan anda rosak baikilah di bengkel kereta milik Zaini di Taman Merdeka, Melaka. Ada diskaun kot. Ha ha. Ini promosi percuma. Zaini sudah siapkan bisnes untuk pencen segera. Wooo. Tahniah!!!!

Jika nak makan capati percuma, ajaklah Dr Majezan minum.

Jika nak belajar main saham, tanyalah kepada Zakaria Osman juga.

Jika nak tingkatkan IT sekolah, tanyalah Cikgu Zolkaply Yunus
Jika nak tingkatkan iman, tanyalah Aziz Md Yasin atau Amin.

Ada juga petua lain, tetapi saya rahsiakan siapa yang pakarnya. Belanja teh dulu, baru diberitau. Woooo.

AKSI DI KENDURI HAYATI

Baru diterima gambar perkahwinan  anak Hayati.

Pengantin diapit ayah dan ibu. Pengantin bersanggul  lintang ala tradisi Melaka.




YB Mat Sirat,  Hidayah   dan suami  yang paling awal datang.

BILA MAU KENDURI DAAA

Masuk 2012, saya dah delete beberapa nombor talipon dalam hp saya. Ha ha. Dah penuh dan dan masukkan nombor baru yang aktif sahaja di persada bumi. Kira-kira macam mengemaskini faillah.

Tahun baru - azam baru, kawan baru, projek baru,  strategi baru, gaji baru,  gaya baru. Hanya baju lama dan isteri lama. Ha ha.

Makin lama makin berusia kita. Kalau dulu sering bertanya bila mau kahwin  dan  berapa anak,  Kini bila jumpa akan bertanya sudah berapa menantu, berapa cucu dan bila mau pencen. Ha ha.

Sesiapa ada kenduri kahwin eloklah diberi tau awal agar mudah kita merancang program. Maklomlah sekarang zaman  meronda-ronda dunia. Kalau tak ke Bali, mau ke London. Paling kurang makan sate kambing di Bandung, Indonesia. Jika ada duit lebih, saya nak makan sireh di Colombo, Sri Lanka. Katanya, jemaah solat Subuh seramai solat Jumaat. Teringin nak tengok sendiri. Wooo.

Siapa dah habis idea menjamu selera, bolehlah menjamu talipia bakar di Central Market. Takkan orang Malaysia tak hendak menjengah Central Market?  Setakat seorang dua, saya boleh belanja. Jika ramai-ramai,  bayar sendirilah. Tapi jika ada Dr Majezan, kita tak sempat membayar!!!!  Woooo.


Suhdi, kau apa khabar. Aku cari kau untuk merojak di Tampin,  Isnin lalu.

SEMOGA BERBAHAGIA RAMLAH

Blog Munshi 78 mengakhiri Tahun 2011 dengan acara  gemilang  apabila  Ramlah  melangsungkan perkahwinannya  dengan Mohd Rosli Iskandar pada 31hb Disember jam 10 pagi di Seremban  2.

Mastura dan Juwita menjadi pengapit istimewa hari tu. Wooo
Maznah juga turut hadir.

Moga perkahwinan Ramlah diberkati Allah swt