DI MAJLIS KENDURI TERAKHIR 2013


Saya, Mastura, Maznah, Rahaya, Saari dan Sahara menamatkan Tahun 2013 dengan menghadirkan diri ke kenduri perkahwinan anak lelaki Jamilah Jamian di Puchong.


Mastura yang ditangannya sentiasa ada android, sempat merakam gambar  kita orang semua  di majlis tersebuat.

 Tabik sama Saari, datang jauh dari Melaka.  Alhamdulillah dia tak sesat jalan.





KENDURI JAMILAH JAMIAN 29 DISEMBER

Dengan hormatnya semua sahabat Munshi 78 dijemput hadir ke kenduri perkahwinan anak lelaki (Mohamad Naqib bin Azman)  Jamilah Jamiah, bekas Tingkatan Enam Sastera 1. SMMA 1978  yang akan diadakan pada Ahad 29hb Disember 2013, jam  12 hingga 5 petang  di No 30, Jalan Aman Putra 3/1, Taman Aman Putra, Puchong, Selangor.

Moga-moga ini jempuan terakhir bagi Tahun 2013.

Jumpa di sana jam 1 tengahari.

Siapa yang akan menjadi penunjuk arah jalan?

No Tel Jamilah  -  012-6123068




KENDURI RAZAK LAJIS PADA RABU 25 DISEMBER

Dengan hormatnya dimaklomkan bahwa Hj Razak Lajis, bekas Tingkatan Enam Sains SMMA 1978 menjemput semua rakan Munshi 78  ke majlis kenduri perkawinan anak perempuannya pada Rabu, 25hb Disember di No 453, Jalan Palas 1, Taman Perwira, Jalan Seremban-Jelebu, Sikamat, Seremban, NS.

No Tel Hj Razak  019-6290131.

Jumpa di sana jam 1 tengahari.

Dengan ini, ada  4 kenduri kekawan kita mulai Sabtu ini sehingga akhir tahun 2013.

KENDURI DARUSSALAM PADA SABTU, 21 DISEMBER

Dengan hormatnya dimaklomkan bahwa Darussalam bin Budin. bekas Tingkatan Enam Sains, SMMA 1978 menjemput semua sahabat Munshi 78 ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya pada Sabtu,  21 hb Disember  2013 di Lot 45903, Jalan Imam Othman, Kg Sg Merab Luar, Kajang, jam 11 pagi hingga 4 petang.

Talipon Darussalam : 019-626 0006

Jumpa di sana jam 1 tengahari.




JAAMAT KEMBALI KE RAHMATULLAH

Jaamat meninggalkan kita semua pada petang kelmarin. Jenazahnya dikebumikan sebelum tengahari tadi. Beberapa orang sahabat kita sempat menziarahi jenazahnya seperti Mokhtar, Yaakob, Shamsudin,  Norsir, Karim, Marhamah dan Zakaria Osman.

Moga Allah mengampunkannya dan merahmati ruhnya jua. Amin.


JAAMAT DI ICU HOSPITAL MELAKA

Saya terima sms dari Mokhtar dan Juwita  mengatakan sahabat Kita Jaamat kini berada di ICU, Hospital Melaka.

Harap ziarah segera.


KENDURI ISHAK UMAR SABTU, 21 DISEMBER

Antara tetamu yang hadir ke kenduri Kamarudin Arshad pada 24 November lalu ialah Ishak Umar, bekas pelajar Tingkatan Enan Sastera 1, 1978. Beliau hadir bersama isterinya, Aminah Said.  Ishak bukan sekadar datang makan kenduri sahaja, tetapi membawa surat jemputan ke kendurinya. Ha ha.

Dengan ini dimaklomkan bahwa Ishak Umar menjemput semua  sahabat Munshi 78 ke majlis kenduri perkahwinan anak perempuannya  pada Sabtu 21 hb Disember  2013 di No 9, Jalan PPP 16A, Taman Permatang Pasir Permai, 75469 Alai, Melaka..

Harap Ishak mengsms kepada sahabat lain  kerana ramai yang tertinggal membaca blog.

Saya mungkin bermalam di Melaka selepas hadir  kenduri ini untuk makan ikan bakar, malamnya. 

Orang Melaka wajib hadir.  Jumpa di sana jam 1 tengahari.

Peta lokasi: