KENDURI RAZAK HUSIN 14 DISEMBER

Ab Razak Husin, bekas Tingkatan Enam Sastera 2 SMMA 1978  menjemput semua sahabat Munshi 78 ke kenduri  sempena majlis  perkahwinan anak perempuannya Nurul Ummaira pada hari Sabtu, 14 hb Disember 2013 di Astaka Orkid, Taman Pertanian Universiti, Bukit Ekspo, UPM, Serdang, Selangor.

Kita jumpa jam 1 tengahari di sana, Teh tarik khas dsediakan

Peta lokasi:




ADA 3 LAGI KENDURI KAHWIN PADA 2013

Ada 3 kenduri kahwin lagi  di kalangan kekawan Munshi 1978  pada 2013 ini. Sila laparkan perut anda. Ha ha.   2 di KL dan 1 di Melaka.  Yang datang ke rumah Kamarudin tempoh  hari, dah terima jemputannya.  Beberapa foto di majlis tersebut, tercatat dalam FB Mansor dan Mastura. Sila freind dengan mereka.  Mansor dan Mastura rajin update statusnya. Wartawan maya tu.

Saya akan maklomkan jemputan tersebut dalam blog ini  sedikit masa lagi.

Saya nak ke Terengganu dan Kelantan pada hujung minggu ini. Nak minta balak dari Kerajaan Kelantan. Ha ha.


JAMALIAH MAT ZAIN MENINGGAL DUNIA

Jamaliah Mat Zain, Tingkatan Enam Sastera 1, SMMA 1978  telah meninggal dunia pada pagi tadi di HUKM. Jenazahnya dikebumikan di Kg Olak Lempet, Banting.

Beliau antara sahabat Munshi yang gagal dihubungi untuk hadir ke majlis reunion  kita.
 
Md Jadi secara kebetulan tinggal di Banting, mendapat khabar sedih ini.  Saya pun gagal mengingat wajahnya dulu. Hanya sekeping gambar di dalam blog ini yang menyimpan memori kita. 


Moga rahmat dan keampunan dari Allah untuknya.


Berdiri baris tengah dari kiri: tak tau , tak tahu, Norsiah Wahab, tak tahu, Fauziah Hashim, Hanifah, Rosni Hashim, Samiah Salim, Maria Ibrahim, Rohana Mat Jais, Maznah, Zaleha Abu, Mariamah kot, tak tahu, Juwita, Jamaliah Mat Zain, tak tahu.

21 to 28 MAC 2014 KE KASHMIR

Saya sudah mendapat tarikh ke Kashmir iaitu pada 21  hngga 28  Mac 2014.

Pakej lawatan   antara RM 3500 ke RM 4,000, tertaklok harga tiket flight  dari masa ke semasa.

Setakat ini sudah 6 orang bersetuju  pergi.

Siapa berhajat,  hubungi  saya  segera  untuk beli tiket flight  pada harga yang  murah.