SIBUK SIBUK SIBUK

Rasanya Ramlah, Sharifah Nuri dan Hayati sudah kembali dari Mekah, menunaikan ibadah umrah. Yang akan menyusul pada 16hb ini ialah Mastura pula. Basir pun dah kembali dari Lahat Datu dengan selamat.

Mac dan April adalah masa sibuk rakyat Malaysia. Ha ha. Dengan cuti sekolah, kempen politik, program pelancungan dan pelbagai lagi.

Selepas Mei barulah lega rasanya. Barulah kita fikir nak berjumpa di mana-mana dengan lebih khusus lagi untuk  murid tua Munshi 78 bersembang panjang mengenang nostalgia lama.

Yahya Ghani - apa cerita anda sekarang??

SELAMAT SUDAH KENDURI JAAMAT

Alhamdulilah, selamat sudah kenduri Jaamat pada Ahad lalu. Saya gagal hadir kerana kesibukan dan kepenatan hal-hal peribadi dan politik. Woooo.

Menurut Juwita, beliau ternampak yang hadir ialah Hasnah dan suami, Rosnah Md Isa dan suami, Cikgu Md Amin dan famili, Zaini Samani, Mansor kasim, Mat Aris Bakar dan isteri, Norsir dan famili, Dr Majezan dan isteri   beserta  Maznah Asnawi dan suami.

Sharifah Nuri masih di Mekah. Basir bertugas di Lahat Datu, Sabah. Mastura sakit kepala. Marhamah terlupa.

Moga-moga tahun depan Jaamat dapat gelaran datuk. Gelaran datuk  ini insyaallah tidak boleh ditarik balik oleh mana-mana Raja dalam Malaya ini. Ha ha.

Foto: Juwita dan Hasnah sempat bergambar dengan Jaamat dan isteri.

Oh ya, Hasnah masih tak hantar gambar kita orang di pelamin anaknya dahulu. Tarak patut lu...