Punya satu isteri mau dakap sampai mati,
Lima anak mau makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.
Kulit tangan tegang berbelulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O Pak Utih, petani yang berjasa.
Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembahyang doa berjuta,
Dan Mak Utih bisa panggil dukun kampung,
Lalu jampi matera serapah berulang-ulang.
Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dara diikat bersilang.
II
Di kota pemimpin berteriak-teriak,
Pilihanraya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.
Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangan mereka.
Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di depan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.
Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?
ROSNAH MD ISA DAN MD JADI KE MEKAH
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, September 18, 2012
/
Comments: (1)
Alhamdulilllah dua orang lagi sahabat kita akan berangkat ke Mekah menunaikan fardhu haji.
Pertama, Md Jadi Larut beserta isteri yang akan berangkat pada 22hb September jam 1.30 pagi.
Kedua, Rosnah Mds Isa beserta suami yang akan berangkat pada 27hb September.
Insyaallah Rosnah menjemput sesiapa kelapangan ke majlis doa selamat keberangkatannya ke Mekah pada 22hb September. Masanya tak diberitau. Ha ha. So, taliponlah dia jika mahu ke sana.
Kita doakan kesemua rakan kita yang bakal ke Mekah, selamat pergi dan selamat balik. Moga mendapat haji yang mabrur jua.
6 OKTOBER KENDURI SUHDI
Posted by
ALI MAIDIN
/
Comments: (0)
Kenduri perkahwinan anak Md Jadi selamat berlangsung Ahad lalu. Ramai yang hadir. Akan dilapurkan dalam posting khas, Saudara Mansor bersusah payah merakam foto di sekitar majlis perkahwinan itu. Terpancar wajah-wajah kegembiraan bila sahabat lama berjumpa kembali. Ha ha. Klik di sini.
Kenduri seteterusnya ialah perkahwinan anak perempuan Suhdi Abdullah pada Sabtu, 6 hb Oktober 2012, jam 10 pagi - 5 petang di No 107, Blok I, Rumah Awam, Pulau Sebang 3, Alor Gajah, Melaka.
Semua di jemput hadir. Mudah sahaja ke rumah Suhdi, cari A Famosa, dah dekatlah tu. Ha ha. Insyaallah saya akan berada di sana jam 1 juga. Kalau lewat pun setakat 10 minit sahaja, kerana saya sudah berkali-kali ke rumah Suhdi. Selepas itu, bolehlah bermalam di A Famosa untuk melihat koboi Melaka. Woooo.
Pelan rumah Suhdi:
Pelan rumah Suhdi:
OPEN HOUSE ZAINI AHAD INI, 16 SEPTEMBER
Posted by
ALI MAIDIN
on Thursday, September 13, 2012
/
Comments: (0)
Zaini Samani akan mengadakan rumah terbuka sempena berakhirnya Syawal pada 16hb September, Ahad, mulai jam 2 petang hingga 9 malam di No 9104, Taman Koperasi Naning, Melekek, Alor Gajah, Melaka.
Semua rakan Munshi yang berkelaangan dijemput hadir.
Pada tarikh yang sama ada kenduri Md Jadi di Banting, Selangor. Maka makan bergandalah orang Melaka.
RASHID AHMAD KE MEKAH TAHUN INI
Posted by
ALI MAIDIN
on Tuesday, September 4, 2012
/
Comments: (0)
Insyallah Lft Kolonel Rashid Ahmad bersama isteri akan berangkat ke Mekah menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Tidak pula diberitahu tarikh tepatnya.
Melalui blog ini, beliau memohon ampun dan maaf dari sahabat sekalian jika ada salah dan silap sepanjang bersilaturahim selama ini.
Kepada Rashid, kita ucapkan selamat pergi dan kembali dengan selamat. Moga beliau memperolehi ganjaran haji yang mabrur jua.
Jika sempat marilah bersama ke kenduri perkahwinan anak Md Jadi pada Ahad, 16hb September. Kita jumpa sekitar jam 12 tengahari - 2 petang.