KENDURI JAAMAT 10 HB MAC

Pahlawan kita  Jaamat Alimat akan mengadakan kenduri perkahwinan anak lelakinya pada Ahad, 10 hb Mac 2013 di Batu 8, Jalan Gedung Lalang, Bukit Rambai. 75250 Melaka, mulai jam  11 pagi hingga ke 5 petang.

Semua dijemput hadir.

Lokasi rumah, akan disusuli kemudian, mesin scan rosak. Ha ha.

Apa pun no HP Jaamat   012-6181479

Jumpa jam 2 petang di sana jika mahu borak lama. Wooo.



MENANTU SUHDI MENINGGAL

Saya menerima sms dari Aziz dan Hasnah malam tadi.   Menantu lelaki Suhdi yang majlis walimahnya pada awal Oktober lalu telah pulang ke rahmatullah   di Hospital Besar Melaka pada petang semalam, akibat kemalangan jalan raya 4 hari lalu.

Kita ucapkan takziah kepada Suhdi, semoga Allah merahmati roh menantunya itu.

Rezki, jodoh dan ajal,  hanya Allah sahaja Yang Tahu.