BERLANGSUNG SUDAH KENDURI MAIMUNAH


Sabtu lalu, Dr Majezan, Mastura, Ramlah, Mansor, Kamarudin, Hayati, dan Saari  berkunjung ke majlis kenduri perkahwinan anak lelaki Maimunah Baba.

Maznah jadi orang pangkal menyambut geng Munshi.

Rashid Ahmad pula dah datang sehari awal pada Jumaat lalu kerana pada Sabtunya, beliau ada hal di Johor Bharu.

Saya di Merlimau kerana sahabat lama saya yang bertanding. Woooo

Gambar pengantin tak ada ke Maznah oi?

INGATAN KENDURI MAIMUNAH BABA SABTU INI

Puan Hajjah  Maimunah Baba, bekas Tingkatan 6 Sastera 1 1978 dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 1978 ke majlis jamuan sempena perkahwinan anak lelakinya pada 26hb Februari  2011,  Sabtu, di Lot 3222, Jalan Besar, Kg Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Jamuan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. 

AKSI BASIR DI VIETNAM


Koboi Melaka di Vietnam!!!

Basir dan anggota rombongannya


Menyusur Sg Mekong. Jangan lupa menyusur Sg Melaka lak. Dah berjuta dibelanja untuk mengindahkannya. Ha ha.













Basir dalam lubang persembunyian tentera Amerika kot

HUTANG - BILA NAK HABIS

Bagi orang yang  menjalankan perniagaan akan berasa lega teramat sangat apabila hutang perniagaannya dapat diselesaikan.  Tauke mee kuning kita Juwita Hasan berjaya melangsaikan hutang mesin meenya yang bernilai RM 150,000.00. 9 tahun beliau membuat ansuran bayaran.

Saya singgah di rumah Juwita pada Sabtu lalu.Tentulah dapat mee free. Wooo.

Bagi kawan kita yang kerja kerajaan pula, terasa lega bila hutang rumah habis dibayar. Rasanya ramai  yang dah habis bayar tu. Tetapi hutang kereta mana boleh habis. Hutang habis, kereta pun dah mula rosak dan beli yang baru. Ha ha. Fasal itulah nama hutang kereta itu "sewa beli". Kita bayar sewa kereta setiap bulan sebenarnya.

Suhdi, sori tak jumpa kau ya...

Basir, kau dah balik ke?

BASIR KE VIETNAM

Esok  pagi  Basir akan terbang ke bandar Ho Chin Minh.    Beliau nak menjejaki perjuangan Ho Chin Minh agaknya.

Basir berombongan dengan saudara maranya lebih kurang 20 orang. Mesti kecoh Vietnam dibuatnya. Maklomlah orang Melaka  katakan...

Yang syoknya asam pedas pun ada di sana. Maka orang Melaka tak gaduh-gaduh nak balik cepat.

Selamat berangkat kepada Basir. Bawalah si "anon" sekali oiii. Woooo

SUAMI ROHANA DI IJN

Kini, suami kepada  Rohana Hashim,  sedang menerima rawatan di Wad 208, bangunan Baru, IJN, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Beliau berada di IJN sejak minggu lalu lagi.

Tuan Hj Zahar  Epi, suami Rohana, adalah pesakit jantung dan menerima serangan stroke sejak 5 tahun lalu. Walaupun beliau boleh bergerak tetapi kurang boleh bertutur kata. Kali ini beliau  dikatakan  mengalami komplikasi buah pinggang.

Ziarahilah beliau.

Terima kasih kepada Rohaya Rahmat yang memberi info ini.

MAKAN SATE KAJANG

Seperti dirancang geng Munshi sekitar KL dan Kajang makan di Sate Samuri Kajang.

Md Jadi, Darussalam, Bashir, Dr Majezan, Mastura dan Maznah hadir bersama.

Macam tak cukup kuorum apabila Sahara dan Sharifah tak ada bersama. Mereka berdua ada urusan famili.
Mansor pun hadir tetapi rohnya sahaja yang hadir melalui sms  untuk mengucapkan selamat makan sate kepada kami.  Ha ha.

SALAM YA RASULULLAH

Kelahiran Nabi Muhammad saw sebenarnya lebih besar ertinya dari sebarang tarikh lain dalam kalendar Islam. Muhammad adalah rahmatan lil alamin. Semua orang berhutang budi dengan junjungan kita ini. Semua aspek kehidupan diajar oleh Nabi terakhir ini. Dari bicara ketuhanan, perhubungan keluarga, masyarakat dan negara,  semuanya ada.

Yang tak patut kita lakukan ialah kita hanya mengikut Nabi dalam bidang yang "terhad"  sahaja.

Maka marilah kita terus belajar dan meneroka sedalam mungkin akan ajaran Nabi Muhammad saw.

Yang sering saya terusik apabila ke Mekah ialah tidak dapat berdiri di hadapan makam Khadijah yang bukan sedikit jasanya kepada perjuangan Nabi Muhammad saw. Cara pihak berkuasa Arab Saudi melayan tempat sejarah amat memelikkan kita.

JUMPA SELASA DEPAN

Esok petang jam  4.00, saya ke Kelantan.

Balik semula ke KL pada hari Ahad.  Niat di hati, nak ajak makan sate di Kajang pada Selasa depan. Jam 5 petang ok ke. Saya belanja. 

KEDAI MAYA MAZNAH

Zaini Samani dah ready untuk pencen.  Dalam diam-diam dia buka bengkel kereta.

Tetapi Maznah lain  pula  halnya. Dia buka restoran  maya. Klik di sini. Wooo.

KENDURI KAHWIN RUMAH MAIMUNAH BABA

Puan Hajjah  Maimunah Baba, bekas Tingkatan 6 Sastera 1 1978 dengan segala hormatnya menjemput semua sahabat Munshi 1978 ke majlis jamuan sempena perkahwinan anak lelakinya pada 26hb Februari  2011,  Sabtu, di Lot 3222, Jalan Besar, Kg Pulau, Masjid Tanah, Melaka. Jamuan bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. 

Nama timangan Maimunah di kampongnya ialah Maria. Maka carilah rumah Maria. Ha ha.

Maimunah bakal  berbesan dengan orang Kelantan, macam Mastura dan Aziz juga. Ha ha.

Kini, Puan Maimunah, menjadi Guru Besar di SK Pengkalan Balak.

Maznah akan bercuti pada 25hb Februari untuk memotong bawang di rumah Maimunah kita tu.

Pada tarikh itu juga penamaan calun PRK Merlimau. Ha ha.

Harap semua datang serentak  pada jam 1 tengahari. OK!!!!  Zek, kau jangan  balik cepat!!!!

DI TAIPING SEMALAM

Saya bermalam di Taiping, bandar sejarah Perak. Saja menikmati keindahan bandar tua ini, yang pernah dibangunkan oleh penjajah British. Ramai juga  tokoh pejuang kemerdekaan negara  datang dari daerah ini.

Isteri saya rajin bawa laptop, maka dapatlah saya melayari dunia maya sebentar. Rajin sekali Zek, Mastura, Maznah dan Ramlah berfacebook. Saya sentiasa memantau perkembangan di Tunisia dan Mesir. Banyak ulasan dari para blogger, antaranya Faisal Tehrani, anak Melaka, sasterwan yang produktif. Saya linkkan blognya ditepi blog Munshi. Bacalah selalu. Boleh setuju atau tak setuju. Ikut masing-masing le. Ha ha.

Jangan jadi macam "anon" tu dah le. Jantan yang tak jantan. Rasanya bukan budak Munshi 78. Makhluk asing tu. Wooo. Budak Munshi sopan dan mesra orangnya. Kalau Yati pun dihentaknya, mesti si "anon' tu   tak berapa ......

Harap Yati tak berkecil hati. Saya dan Bashir dah lali bab maki hamun ini. Ha ha.

CUTI SAT

Tentu ramai yang bercuti dan jalan-jalan cari makan sempena Raya China ini. Saya akan ke Jitra pada Jumaat ini. Hari Sabtu bermalam di Bukit Merah pula. Ahad, baru balik KL semula. Kalau ada sesiapa ada di utara, bolehlah bersua muka sebentar.

Pagi semalam, Mastura ke Kelantan urusan pertunangan dan perkahwinan anak lelakinya. Ramai dah kekawan kita berbesan dengan orang Kelantan. Dua orang adik saya berada di Kelantan sekarang. Tak betul-betul, saya pun nak menetap dan mati di Kelantan. Ha ha. Sebenarnya saya tengah berfikir, nak menetap kekal di mana selepas ini. Ada juga terasa nak duduk di Kedah. Negeri Sembilan dan Melaka belum lagi menjadi pilihan saya. Ha ha. Kalau di Melaka, saya nak berjiran dengan Aziz atau Zek. Ada geng jemaah ke masjid. Tetapi  takut kena penyakit berjangkit Zek  yang nak top-up tu. Wooo.

MINUM DENGAN WAHID LSA 1978

Emel Mansor Kasim:

Assalamualaikum tuan,

Baru baru ini kami geng Melaka telah berkesempatan berkumpul di Masjid Tanah, sambil makan kuih udang bersama ngan junior kita Wahid yang juga merupakan penghuni asrama.  
Disertakan gambar yang sempat dirakam. Harap si'anon' jangan jeles... kerana itulah hasrat kami sahabat-sahabat Munshi iaitu "mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat." Sekian.

Moderator: Suhdi, Jaamat, Mokhtar, Marhamah dan Hayati serta suami memeriahkan majlis. Wahid  yang berbaju biru. Kenapa Zaini Samani tak ada? Zaini pun kaki sate juga. Malah boleh jadi tukang bayar.  Wooo. Wahid kembali semula ke Melaka  dari Kepala Batas, Pulau Pinang. dan kini bertugas di Pulau Sebang Melaka. Orang nak pencen katakan.