TEKA SIAPA SAYA

Ini bukan kiamat kecil lagi tetapi kiamat besar. Emel yang baru saya terima meminta kita meneka siapa saya. Lihatlah gambar ini dan baca emelnya. Saya tak ingat dan tak kenal dah. Tolong-tolong!

Assalamualaikum Saudara Ali,
Teka siapa saya??????

Mrs. Siti Jumaah Osman
Assistant Registrar
Admission Unit
School of Graduates Studies
University Putra Malaysia
Zone 4, Off Jalan Stadium
43400 UPM Serdang
Selangor D.E.
Phone : 603-89464228
Fax : 603-89464233

Harap yang lain siasat tetamu kita ini. Adakah pendatang tanpa izin atau orang hilang dijumpai semula. Ha ha.

Klik gambar untuk lebih jelas.

KARIM HARUN DIINGAT LAGI

Rani Embi menyebut satu lagi nama sahabat 6 Sastera 1 iaitu Karim Harun. Dikatakan beliau bertugas di Lembaga Tembakau Negara. Dengan ini blog ini telah berjaya memulihkan ingatan siapakah jejaka 6 Sastera 1 Munshi 78 dahulu. Mereka ialah:

  1. Yaakob Othman
  2. Zakaria Osman
  3. Norsir Sharif
  4. Mohamad Han
  5. Rani Embi
  6. Abdullah Bachik
  7. Yahya
  8. Ishak
  9. Mat Aris Bakar
  10. Mokhtar Ahmad
  11. Anuar Mohamad
  12. Karim Harun
  13. Tajudin Othman(arwah)
  14. Mazlan
  15. Zakaria Jaafar
  16. Ali Maidin
Hari Isnin ini, Norsir akan bersidang dengan Rani untuk menentukan siapakah puteri 6 Sastera 1 yang masih belum diingat kembali. Mereka sudah terjumpa gambar 6 Sastera 1. Jeng jeng jeng. Kita tunggu.

Kini Norsir menjadi super agent James Bond kita pula. Saya di HQ blog ini menanti lapuran dengan ghairah sekali. Zakaria Osman akan memburu siapa yang tak hendak jawab talipon. Si Mokhtar pula jadi tukang ulas. Ha ha

DOA KHUSUS UNTUK SAHABAT

Dilapurkan Zakaria Osman berdoa secara khusus untuk sahabat-sahabat Munshi 1978. Doa yang terbaik ialah doa memohon ampunan dosa untuk diri kita, ibu bapa, suami/isteri, anak, sahabat dan guru-guru kita secara khusus dan untuk muslimin dan muslimat secara amnya.

Teruskan doamu Zakaria. Lesen utama masuk syurga ialah pengampunan dosa kita dari Allah swt. Lantaran itulah Rasulullah saw sentiasa beristighfar setiap hari. Tak percaya, tanyalah Aziz dan Amin kita tu.

Zakaria juga ada petua amalan yang mengalahkan kehebatan "tongkat Ali". Tanyalah kat dia terus. HPnya 012-681 5050. Ha ha.

HATI HATI BERJUMPA AZIZ DAN AMIN

Aziz Mat Yassin dan Mohamad Amin Rohani dari 6 Sastera 2. Kedua-duanya tinggal di kawasan Jasin Melaka. Pertama kali jumpa semula Amin di rumah Juwita pada tahun 2000 dan pertama kali menerima sms dari Aziz pada 6 Februari 2009, saya dah agak mereka berdua ini merupakan aktivis "tabligh".

Kegiatan utama dakwah "tabligh" ialah mengajak umat islam mendirikan solat berjemaah di masjid. Sunnah Rasulullah saw yang paling utama dan terbesar ialah mengerjakan solat berjemaah di masjid. Maka seruan ini tidaklah satu yang pelik, malah ianya perlu dihayati dan disokong.

Dalam usaha mengajak orang ramai mengerjakan solat berjemaah, pasukan jemaah tabligh akan beriktiqaf di masjid beberapa hari sambil menjalankan usaha mengajak ahli kariah memakmurkan masjid. Sesiapa yang tak reti nak buat apa ketika cuti panjang, bolehlah ikut Aziz dan Amin ya..

Pada khamis, dua hari lalu saya ke Jasin menemankan Dr Nik Safiah Karim berceramah. Hajat hati nak jumpa Aziz, tetapi Aziz sedang sibuk bermesyuarat "tabligh"nya. Melepaslah saya teh free dari Aziz. Nasiblah ada ramai kekawan lain di Melaka yang belanja saya makan ikan bakar Muara Sg Duyung sehingga kekenyangan sehingga sekarang. Woo.

MARIA DAN MOHD HAN 6 SASTERA 1

Sudah lama nak cerita hal Maria dan Mohamad Han tetapi nak tunggu dulu gambar pasangan ini. Hingga detik malam ini tak kunjung tiba juga walaupun dikatakan Mohd Han bertugas di Bahagian Teknologi Jabatan Pendidikan, sepatutnya tiada masalah untuk mengemelkan gambar tersebut. Orang tak sudi, takkan kita nak paksa..

Maria dan Mohd Han sekelas dengan saya di 6 Sastera 1. Maria orangnya kepoh tetapi Mohd Han orangnya penyengap. Macam mana mereka bercinta pun kita tak tahu. Ha ha. Mungkin mereka tak bercinta tetapi sekadar jatuh hati aja. Bila mereka jatuh hati kita pun tak tahu kerana mereka saja yang tahu. Sahara pernah berjumpa dengan Maria di Pejabat Pos Melaka satu masa dahulu dan Mohd Han duduk jauh-jauh agar tak diketahui oleh Sahara. Macamlah Sahara tak nampak. He he.

Maria tinggal di Kampong Kandang, rumah neneknya yang kini telah pun didirikan rumah Maria pula. Saya tahu rumah ini sejak Tingkatan Enam dulu kerana saya selalu ke rumah junior kita Husin Awang, dimana mereka berjiran.

Mohd Han berasal dari Kg Cincin, Jasin. Saya selalu ke Kg Cincin kerana ada beberapa orang kenalan saya di sana sejak di Tingkatan Enam lagi. Beliau juga tinggal seasrama dengan saya.

Saya tak tahu adakah mereka se Maktab selepas Munshi. Tanyalah mereka sendiri. Semuanya dah jadi sejarah dan yang penting sekarang mereka telah serumah.

Dalam kelas, Maria sibuk dengan koperasinya. Bagi saya, ingat Maria ingatlah koperasi. Ketika Tingkatan Enam di Munshi, saya tak tahu apa benda "koperasi tu". Apabila tamat UKM, saya bertugas di Jabatan Pebangunan Koperasi yang bertanggung jawab memantau koperasi, barulah saya tahu apa benda yang Maria buat dulu semasa menjaga koperasi Munshi.

Saya hanya tahu mereka berkahwin selepas berjumpa dengan pasangan arwah Tajudin/Juwita di Gemencheh pada 1985 lalu. Oleh kerana Maria/Han kawan sekelas yang menjadi suami isteri, saya kira tentu mereka sentiasa mengingat semua peristiwa di Munshi dulu. Kalau mereka pun tak ingat juga, maka sesungguhnya saya pun tak kecewa jika rakan Munshi kita pun telah melupakan nama kekawan yang lain pula...

Selepas keluar Munshi, saya berjumpa dengan mereka empat kali, walaupun satu masa dulu saya kerap ke Melaka kerana urusan perniagaan dan parti.

YB Datuk Mat Sirat pernah ke sekolah Maria, tetapi Maria tak pun memperkenalkan diri nya sebagai rakan se Munshi, malu kalau Mat Sirat tak ingat dan tak kenal akan dirinya.

Kini, apabila berjumpa dengan Maria wahai Rohana, Maria takkan kepoh lagi semacam di Munshi dulu. Maria jelas sifat keibuannya. Ketika hari pengebumian Tajuddin beberapa tahun lalu, saya melihat Maria menemani, mengiringi, dan menenangkan Juwita yang saya lihat langsung tak bermaya. Isteri saya pun, walaupun rapat dengan Juwita tak mampu lakukan sebegitu. Hati saya terlalu sebak ketika melihat aksi itu, walaupun masih mampu mempertahan gugurnya air mata.

Begitulah adanya. Selebihnya biarlah Maria dan Mohd Han yang bercerita.

No HP Maria 017-666 4737

Untuk Maria dan Han, saya hadiahkan lagu sempena ulangtahun kahwin nanti. Ha ha. Klik di sini.

ANUAR MOHAMAD 6 SASTERA 1

Seorang lagi nama diingatkan semula dari 6 Sastera 1 iaitu Anuar Mohamad. Norsir Sarif melapurkan beliau bertugas di Risda Melaka.

Yahya dan Abdullah Bachik sudah respon.

Anak Abdullah buat latihan amali di pejabat Mokhtar Ahmad. Apabila anaknya tengok gambar Mokhtar dalam blog, baru dia perasan, ini kawan abah aku rupa-rupanya. Barulah Abdullah nak call Mokhtar.

Si Norjan dan Kamsiah tak mahu angkat talipon, mengikut Zakaria Osman.

Zaharah Ismail dah call Mastura.

LENGKAP DAH LELAKI 6 SASTERA 2









Mejar Basir Hj Amit















Datuk Kamaludin Said

















Rashid Ahmad

















Haris Bahari














Zaini Samani (kanan) dan Suhdi Abdullah

















Adam Ahmad berbaju biru













Hj Shamsudin bin Hj Mat Yusof














Hj Aziz Mat Yasin dan isteri













Kamarudin Arshad dan isteri













Razak Husin dan keluarganya













Zainudin Hj Idris dan isteri








Berdiri dari kiri:

  1. Rashid Ahmad - 019-400 1813
  2. Suhdi Abdullah - 013-613 5635
  3. Zaini Samani - 019-610 4365
  4. Razak Husin - 019-385 6239
  5. Kamaludin Said - 012-237 6828
  6. Mohd Amin Rohani - 012-222 9607
  7. Shamsudin Md Yusof- 019-620 9999
  8. Kamarudin Arshad - 017-252 4436
  9. Adam Ahmad - 019-661 6602
  10. Zainudin Hj Idris-013-453 4564

Duduk dari kiri:

  1. Bashir Hj Amit -019-352 8312
  2. Haris Bahari-013-799 3249
  3. Aziz Mat Yasin-012-242 4149
Yang degil nak bagi photo : Razak Husin, Mohd Amin dan Zainudin Idris. Ha ha.

Yang banyak membantu mencari engkorang semua ialah Hayati, Suhdi dan Shamsudin. Gua caya lu. TQ.

Pandai-pandai le engkorang aturkan minum di mana-mana. Ha ha.

Rupa-rupanya sejak 78 lagi, pelajar perempuan lebih ramai dari lelaki ya. Geng perempuan masih ramai belum dijejak lagi. Cepatlah oi.

LELAKI TERAKHIR 6 SASTERA 2

Lelaki terakhir 6 Sastera 2, Kamarudin Arshad akhirnya menjelmakan diri selepas diserang oleh Razak Husin dan Suhdi tempohari. Ini emelnya yang saya terima sebelum detik 12 malam hari ini:

Assalamualaikum wbt sahabat,

Terima kasih kepada Ali dan Sudi atas usaha ikhtiar letik letak untuk mengesan member-member munshi. Juga member yang telah pergi (Allahyarham Tajuddin), Al-fatihah, yg turut sama terlibat dlm usaha ini.

Terpanggil juga apabila si Sudi dan Si Razak dapat mengesan saya di rumah yg sedang menguruskan ternakan lembu den (my hobby every afternoon). Wah seronok juga dengan gelak tawa bila bercerita kisah silam kita.

Masih kenal lg tak? saya Kamaruddin b Arshad (dulu 6 sas2). Ye 30 thn tak jumpa. Cuma member Alor Gajah aje yg selalu ketemu (Adam, Zaini, Basir, Alias,YB kita Mat Sirat(sesekali aje),Reduan, Sudi(dah muak jumpa) dan Mat Aris,

Sorry perjumpaan lepas tak dapat bersama kerana hari yg sama anak buah saya kahwin di PD.

Sekarang buek apo? pagi den mengajar , petang buat hobi tadi. Dulu asyik marah cikgu, terbalik dek tuhan jadilah cikgu di SMK Seri Pengkalan,A/Gajah yee. Sebelum tu dihantar ke dalam hutan Pahang-mengajar di sana.

Okeylah ni no.tel den 017-2524436. Susah senang singgahlah kat teratak buruk di Air Pa'Abas,Alor Gajah.

Kalau lupa rupa den, tengok lah gambar den bersama my couple. Anak? baru ompek (1 L,3P).

OK Assalamualaikum wbt.

ASP ADAM TARAK CUTI


Setiap kali ada Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, ASP Adam tarak cuti. Jangan cuba-cuba ajak dia minum teh di mana-mana. Bila beliau beruniform FRU, alamak kita pun akan dihambatnya. Ha ha gurau aja Adam oi.

Saja saya nak tunjukkan gambar Adam yang lebih jelas. Beliau yang berbaju biru tu.

No Tel Adam 019-6616602

CERITA ZAINUDIN 6 SASTERA 2

Sebentar tadi menerima emel dari Zainudin Hj Idris 6 Sastera 2 yang kini nun jauh di utara. Bacalah kesahnya:

Assalamualaikum, sahabat semua!

Sorry la lambat sikit respon kat kau orang semua. Maklumlah aku ni jauh terasing kat utara ni.

Lepas sekolah dulu aku kutip anggur sekejap( menganggur) lepas tu bila ada ofer dari PDRM aku cuba nasib, dapat lak tu. Lepas latihan aku pada mulanya ditempatkan kat Jalan Bandar KL. Tapi masa tu KM Pulau Pinang Cong Yu minta nak pakai polis ramai, jadi aku dihantar ke P.Pinang. Masa tu aku jumpa Inspekter Baharuddin ( sekarang ASP). Cuma dialah sahaja sahabat yang aku ada dari satu sekolah. Kau nak tau dia ni cukup budiman, selalu nak belanja makan dan nak beri duit.

Bila aku bertukar ke Balai Polis Bukit Bendera Pulau Pinang aku terserempak dengan Cikgu Amin, dia datang rombongan. Lepas tu aku tukar ke Kedah terus hilang kontek dengan mereka.

Keluaga aku kecik je, aku ada anak 3 perempuan dan satu lelaki. Oop lupa dan satu cucu, satu aje tau bukan tiga!

Buat masa sekarang ni aku bertugas di IPD Baling, Cawangan Mahkamah. Hampir 18 tahun aku berada di Daerah Baling. Bila aku bertugas dimahkamah apa yang aku sedih ialah apa nak jadi dengan bangsa aku ni! Boleh dikatakan 99.9% anak Melayu paling ramai terlibat dengan jenayah/dadah, tak kiralah sama ada kes di Mahkamah Majisteret, Sesyen atau Mahkamah Tinggi. Kekadang aku terfikir macam manalah jenerasi akan datang.

Sebelum aku akhiri gebang aku ni, aku nak beri tabik hormat(aku tengah bagi tabik ni) kat kau Ali, sebab kau dah berjaya menyatukan kita orang kembali walau pun masing-masing berjauhan dan dengan kejayaan masing-masing, tapi bila kau orang hubungi aku terutama Hayati, Sahara, Razak. Lt Col.Rashid, Shamsudin, ASP Adam dan Cikgu Haris serta Amin aku teruja sangat.

Terima Kasih aku pada ASP Baharuddin dia banyak tolong aku. Tabik Tuan!!!.

Akhir sekali kalau kau orang buat reunion jangan lupa kat aku di Baling ni. Insyaallah aku akan datang jumpa kau orang semua.

Assalamualakum!!!.

AKU TIDAK LAYAK MASUK SYURGA

Selain nasyid sepohon kayu daunnya rimbun, ahli-ahli Persatuan Ugama Islam SMMA 78 juga melafazkan zikir ini beramai-ramai di akhir program.

Hayatilah dengan klik di sini.

MERATAH CUCUR UDANG DI ALOR GAJAH

Tak patut betul kekawan kita, Razak Husin, Suhdi, Hasnah Mohamad dan Kamarudin Lendu kerana mereka bertemu dan makan cucur udang di Alor Gajah pada Ahad lalu.

Razak naik motor dari KL ke Tampin tau. Sanggup merempit demi nak jumpa Suhdi and geng. Power tu.

Saya menunggu bila Mastura nak ajak kita orang makan sate Kajang lagi. Dulu pun dia dah belanja kami sekeluarga. He he.

CINTA ABADI

Razak Husin 6 Sastera 2 melompat sakan semalam apabila dia pun tak perasan adakah isterinya masih menyimpan gambar beliau ketika muda dulu di dalam pursenya lagi. Tak fasal-dasal bila sampai kerumah, beliau dengan segera menggelidah purse isterinya. Isterinya pun naik risau, "habislah duit aku hari ini". Ha ha.

Gelak besar Si Razak, gambar itu masih ada lagi le. Yahoo. Betul-betul cinta sejati bib. Gambar lama tu masih ada tersimpan dalam purse isterinya. Memang indah zaman bertemu ketika muda-muda dulu sehingga gambar itu di bawa ke mana-mana kini. Ha ha.

Siapakah antara rakan perempuan Munshi yang buat macam isteri Razak tu. Sila angkat tangan. Kalau ada lelaki yang menyimpan gambar isterinya dalam purse, kira lelaki tu terlalu jiwang-jiwang dan garenti tak ada niat .... .....Ha ha.

EMEL HARIS BAHARI

Petang semalam Haris Bahari berjuang menghantar emelnya. Rakan kita yang tercampak dihujung benua tu pun tergamam dengan kelab maya kita ini. Seperti rakan kita Redzuan yang dieja sebagai Raduan, Haris juga dieja Abd Kharis dalam ICnya. Jika kta nak buat report polis atau nak tuntut hutang, gunakanlah nama Haris@Abd Kharis. Ha ha.

Bacalah emelnya yang pertama:

Apa khabar kepada semua kawan-kawan ku.

Bila tengok kau orang punya gambar, terkedu rasanya kerana kenangan lama mengimbau semula semasa di Munshi. Aku sekarang kat Johor, di daerah Pengerang. Mungkin aku sorang yang tercampak jauh ke sini. Sebab itulah korang susah nak cari aku.
Mula-mula aku terperanjat bila isteri aku kata ada kawan lama telefon. Perempuan lak tu. Rupa-rupanya Yati. Dia dah kawin dengan orang kampung aku di Melaka. Macam nak nangis aku buka blog Ali bila tengok gambar kau orang. Pertamanya, aku ucap tahniah kepada Ali kerana membuka peluang untuk kita bertemu semula walaupun secara maya.

Tahniah kepada semua rakan yang berjaya dengan kerjaya masing-masing. Tetapi tahniah kepada Basir kerana tetap maintain, tak makan tua. Ni mesti ada petua. Kepada yang dah dapat datuk sama ada datok anugerah atau datuk semulajadi(dpt cucu) tahniah juga diucapkan.

Aku sekarang dah ada anak 4 ( 2 lelaki 2 perempuan). Bini baru satu.Dah tak boleh pun lagi. Baru tiga tahun kena serang jantung. Buat rawatan angioplasty,ribu-ribu juga kena, tapi alhamdulillah tuhan masih panjangkan umurku untuk bertemu dengan kau orang semua. Pada rakan kita yang telah mendahului kita sama-samalah kita doakan roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.

Aku harap kita boleh buat reunion lagi kat Melaka. Kat tengah-tengah. taklah jauh aku nak datang. Buat kat rumah datok Mat Sirat. Tentu boleh sponsor punya. Melaka kan dah kaya. Sory ya tok, gurau aje. OKlah kawan-kawan, nanti kita sembang lagi.
Selamat maju jaya. Ingatlah bahawa kita ni semua dah puuuuuun tua. Setengah abad. Jumpa lagi. Semoga Allah memberkati kita semua.

HARIS DAH RESPON

Jam 2.55 petang , baru Haris Bahari membalas pantun saya:

Kalau nak lupa jauh sekali
apatah lagi rakan sekalian
hanya tuhan yang tahu apa di hati
nak bersua muka denganmu rakan.

RAZAK HUSIN TAK MAHU HANTAR GAMBAR

Razak Husin 6 Sastera 2 yang kini bertugas di Malaysia Airport Berhad sengaja tak mahu menghantar gambarnya supaya kita semua tak kenal dia apabila majlis reunion akan diadakan nanti.

Sabar aje le. Betuah kau Razak oi.

Anak Razak dan anak Mastura Bachik 6 Sastera 2 pernah sewad di Hospital Kajang satu masa dahulu. Ketika di wad, isteri Razak bertanya kepada Mastura berasal dari mana, Mastura pun mengaku dari Melaka dan bersekolah di Munshi. Apa lagi si isteri Razak pun mengeluarkan gambar Razak yang disimpan dalam "purse'nya. Ha ha, hebat kau Razak, isterimu masih menyimpan gambar lama masa muda-muda dulu dalam pursenya walaupun berpuluh tahun sudah hidup bersama dalam satu rumah. Ini bukan cinta monyet tetapi cinta Laila Majnun. Wooo. Gurau aja sheikhhh.

Oh ya, Razak yang berkaca mata dalam gambar kelas 6 sastera 2 sebenarnya nak eks aja kerana Razak sebenarnya bukan seorang berkacamata ketika itu. Ha ha. Sekarang ini wajib pakai cermin mata. Ha ha.

No HPnya 019-3856 239
(Gambar: Razak yang ke 4, berdiri di belakang)

INFO KEKAWAN 6 SASTERA 1 LAGI

Norsir Sharif membekalkan satu kilo maklumat kekawan 6 Sastera 2 lagi. Ini nama dan nombor talipon mereka:

  1. Yahya Samad- 013-6517360
  2. Abdullah Bachik- 019-6552944
  3. Norjan Taj Mohamad- 012-3635991
  4. Kamisah Ibrahin- 012-3805107

Kita nak tengok siapa yang nak respon segera atau terus nak menyepi macam Rosnah Md Isa. Ha ha.

BASHIR MEMANG AWET MUDA OI



Ha ha. Ramai yang tak percaya, gambar Bashir suami isteri yang saya masukkan dalam blog ini semalam ialah gambar terbarunya kerana ternampak macam ketika menjadi "Raja Sehari" dulu tu.

Hari ini lihatlah gambar beliau sekeluarga pula. Kan Bashir awet muda tu. Ini tentu rahsia jamu Sierra Loone. Kata orang minumlah kencing unta. Kah kah kah.

HARIS BAHARI 6 SASTERA 2 DIKESAN


Sekali lagi super agent James Bond kita, Hayati Harun berjaya mengesan seorang lagi rakan 6 Sastera 2 Munshi kita, Haris Bahari.

Haris Bahari dilapurkan bertugas di SK Pengerang, Kota Tinggi, Johor sebagai Guru Besar. Beliau ketua kelas 6 Sastera 2 dan fasih berpantun serta berdebat. Maka saya sudah sms sebuah pantun kepadanya:

Dari Melaka ke Kota Tinggi
Tempat lahir Usman Awang

Dikau mengajar jauh sekali
Takkan nak lupa kita orang.

Ha ha. Kita tunggu jawapannya.

Jangan tak tahu, Harislah orang yang menyebabkan termetrinya jodoh Hayati dan suaminya sekarang, abanganda Hamsa. Ha ha. Biarkan mereka yang cerita sendiri. Sasterawan Negara, A. Samad Said berkata, kita ada dua telinga dan satu lidah. Maka saya kena mendengar aja le. Ha ha.

No HP Haris 013-799 3249

(Gambar: Duduk hadapan: Haris yang kelima)

SHAMSUDIN DI PEJABATKU

Isnin, 3 hari lalu, Hj Shamsudin Md Yusof ke Hospital Tawakkal mengambil ubat untuk dirinya. Selepas itu beliau singgah di pejabat saya yang terletak di belakang Hospital Tawakkal.

Anda tak perlu risau jika tak reti bersembang dengan Shamsudin kerana beliau ada banyak kesah lama dan cerita semasa yang boleh dibualkan olehnya.

Yang saya syok ialah apabila beliau memaklumkan bahawa dia mempunyai adik beradik seramai 16 orang dan ayahnya tak ada masalah untuk membesar dan menyekolahkan kesemuanya dan ramai juga yang berjaya ke U. "Rezki untuk anak-anak tetap ada" kata ayahnya yang kini berumur 80 tahun. Ibu Sham pula berumur 76 tahun. Berkat hidup ibu dan ayah Sham ini kan. Demikianlah keyakinan dan kesabaran orang tua-tua kita terhadap rezki dan kehidupan.

JUWITA HASSAN 6 SASTERA 1


Juwita Hassan, 6 Sastera 1, anak Kg Kemuning, Tampin bersahabat rapat dengan Hidayah Bahari 6 Sastera 2 ketika di Munshi kerana menyewa rumah di luar bersama.

Beliau AJK Persatuan Ugama Islam SMMA. Maka ia rapat dengan saya. Habis semua soalan fiqh ditanya kepada saya macamlah saya tahu semua hal. Ha ha.

Beliau berkahwin dengan Tajuddin Othman juga dari 6 Sastera 1. Setahu saya mereka tidak menunjukkan apa-apa minat antara satu sama ketika di Munshi. Tajuddin tidak menamatkan Tingkatan Enam Atas kerana hendak masuk Maktab Perguruan dengan segera pada pertengahan tahun 1978.

Ketika saya di UKM sekitar 1979-1982, tiba-tiba menerima surat dari Juwita. Bukan Juwita nak melamar saya tau. Sebaliknya dia bertanya apakah pandangan saya terhadap lamaran Tajudin terhadapnya. Saya menjadi konsultan jodoh tanpa tauliah pula. Ha ha. Apa lagi saya menyokonglah lamaran Tajuddin itu kerana sepanjang saya dengan beliau di asrama putera, Tajuddin menunjukkan peribadi yang baik. Beliau seorang yang rajin bersolat berjemaah, rajin berusrah, ringan tulang dan tak "loklak" macam saya. Ha ha.

Saya pun tak tahu samada mereka jadi kahwin ke tidak sehinggalah terjumpa Tajuddin/Juwita semula di Gemencheh pada sekitar tahun 1985 kerana Tajuddin mengajar di SK Felda Bukit Rokan, Gemencheh tempat tinggal ibu mertuaku.

Mulai saat itulah saya akan singgah rumah Tajuddin/Juwita setiap kali balik ke rumah mertua untuk minum teh-o dan makan keropok goreng buatan tangan Juwita sendiri. Dari sinilah juga saya tahu bahawa ada lagi geng yang kahwin rakan sekelas iaitu Maria dan Mohd Han Hassan. Sempat juga sekali kami beraya bersama-sama ke rumah Maria/Han di Simpang Bekoh, Jasin. Kan hebat punya kawan tu.

Apabila Tajudin/Juwita membuat rumah sendiri di Kemuning pun saya masih menyinggah sekali sekala di rumahnya sehinggalah datang idea membuat reunion pada tahun 2000. Tajuddin yang menjadi orang kuatnya. Saya sekadar menggalakkannya.

Selepas arwah Tajuddin meninggal pada 3 tahun lalu, saya tetap menjengah Juwita sekaligus melihat kilang mee kuningnya. Ratusan ribu ringgit juga nilai mesin milik Juwita ini.

Suhdi 6 Sastera 2 ada memberi khidmat nasihat perakaunan ketika perniagaan ini dimulakan.

Inilah sebahagian cebisan kesah Juwita yang kini sebagai ibu tunggal menyara anak-anaknya melalui perniagaan mee kuning.

Sesiapa ada kesempatan, ziarahilah beliau.

No HPnya: 019-669 5811

(Gambar: Berdiri dari kiri: Juwita yang pertama dan Tajuddin yang kelima. Klik gambar untuk lebih jelas)

GENG PENGAMAN DI SEIRRA LOONE


Bila bergambar dengan black, kita pun tak perasan dimana Bashir. Ha ha.

Berdiri dari kiri: Bashir yang ketujuh.

Klik gambar untuk lebih jelas.

MAK WE BASHIR

Tuan Mejar Abdul Bashir dengan "kekasihnya" di Sierra Loone pada 2002. Ya hooo.

Klik gambar untuk lebih jelas.

BASHIR DI LANGKAWI

Tuan Mejar Abdul Bashir di Langkawi pada 2007. Jika tak bagi tahu, kita ingat Jeneral Afrika mana agaknya. Ha ha.

Klik gambar untuk lebih jelas.

ZAHARAH ISMAIL DAH RESPON

Akhirnya Zaharah Ismail 6 Sastera 1 telah respon. Saya dah buang nombornya dari senarai hp saya. Sikap saya senang aja, kira-kira macam beri salam kat rumah orang. Jika 3 kali salam kita tak berjawab, balik aja le. Ha ha.

Dia mengatakan sejak akhir-akhir ini, banyak sekali nombor tak dikenali yang masuk ke hpnya. Dia tak sedia menjawab. Entah siapa nak mengurat mak cik ni tak tahu le. Ha ha.

Zaharah memang "low profile" sejak sekolah lagi. Ketika di UKM pun saya tak pernah perasan kerana berlainan kursus. Apa boleh buat. Si Mastura yang sama kursus dengan beliau pun tak bagi tau. Malah ramai rakan-rakan sekelas pun tak ingat akan nama beliau kerana betapa low profilenya dia. Macam ahli sufi; tak dikenali di bumi tapi amat mashur di langit. Ya hooo.

Ringkasnya Zaharah sudah 25 tahun berkhdmat di PKNM. Kita tunggu adakah beliau bersedia menghantar gambar terbarunya dan cerita selepas Munshi 78.

OK Zaharah, jelmakan diri anda dan pulihkan ingatan kekawan dengan cerita ceriti dari anda. Ayuh buk!

No HPnya 019-655 7715.

MARHAMAH TELAH DIKESAN

Hanya beberapa jam sahaja, Marhamah 6 Sastera 1 telah berjaya dikesan. Beliau bertugas di SMA Tanjung Bidara sebagai guru Bahasa Melayu.

Bukan sebarang guru BM tau, beliau ada Master dari UPM. Bangganya saya. Gadis pendiam berkulit puteh yang bertudung pada 78 dulu tu, rupa-rupanya bergelora semangatnya dalam pembelajaran sehingga Master. Bila bercakap dengan saya tadi, terserlah kefasihan, kelajuan dan keyakinannya dalam ucapan dan semangat. Ha ha. Tak kusangka.

Kita tunggu coretan selepas Munshi dari beliau sendiri...

Terima kasih kepada Jaamat dan Jaafar Osman yang berjaya mengesan Marhamah. Boleh mohon kerja kat FBI. Ha ha.

No Hpnya 012-655 8381

JAAMAT TERINGAT MARHAMAH

Macam tak percaya, ada lagi nama lagi yang kita sudah terlupa langsung. Tetapi apabila Jaamat Alimat menyebut nama Marhamah yang puteh kulitnya, maka saya pun teringat.

Jaamat akan mencari Marhamah 6 Sastera 1 ini yang dikatakan mengajar di Sek Men Sharifah Rodziah. Anak Jaamat pernah bersekolah di sini dan Marhamah pernah bertanya kepada anak Jaamat "kau ni anak Jaamat ke". Tergelak Jaamat apabila anaknya memberitahu akan pertanyaan itu. Memanglah anak Jaamat kerana "bin"nya Jaamat. Kalau ditanya Jaamat Munshi ke, barulah betul soalan itu. Ha ha.

Cari jangan tak cari Jaamat oi. Malam tadi kami berbual di udara sehingga ketawa macam nak pecah perut bila saya komen anaknya yang sedang mengikuti kursus tahfiz di Mesir. Nak tahu mengapa saya ketawa, taliponlah Jaamat di no 012-6181479.

Menurut Jaamat, sekarang dia sudah ada kerja baru. Kalau tidak kerja beliau ialah dari rumah ke pejabat dan balik semula ke rumah sahaja. Kini dia dah ada kerja baru iaitu membaca blog ini dan blog inilah juga yang menjadi kawan barunya. Ha ha.

Bila Jaamat membaca blog ini, dia tergelak seorang sehingga bininya pun suspen. Walaupun dia bercita-cita besar dan berbadan 190 kg, tetapi tangannya tak gamak nak isi borang permohonan ....sambung sendiri le. Ha ha.

SEPUSING SEPUSAT

Ada antara rakan-rakan Munshi yang telah mempunyai hubungan kekeluargaan atau bersedara sejak Munshi lagi.

Hayati Harun, 6 Sastera 2 dua pupu dengan Aziz Mat Yasin, 6 Sastera 2. Mereka sekelas sejak darjah 1 lagi wei hingga ke Munshi di Tingkatan Enam Atas. Satu rekod ini. Jarang terjumpa kawan sekolah sejak mula hingga habis menengah.

Sahara 6 Sastera 2 dua pupu juga dengan Razak Lajis 6 Sains.

Yahya Sharif 6 Sains, Jamaliah Mat Zain 6 Sastera 2 dan Bashir sekampung dan bersedara sebelah datuk pula.

Kini, Norlida Baba 6 Sastera 2 pula telah beripar dengan Raduan 6 Sains.

Jika dah jadi suami isteri kita dah tahu siapa dia. Ada 3 pasangan iaitu; arwah Tajudin/Juwita, Maria/Mohd Han dan Mulyati/Alias.

Jika yang ehm ehm masa sekolah.... TST aje le. Woooooo!

Hanya nak tengok siapa yang akan berbesan lak....Ha ha.

EMEL ZAINUDIN

Petang kelmarin Zainudin Hj Idris, 6 Sastera 2 mengirim emel sambil melapurkan berat badannya. Berat badannya masih belum boleh mengalahkan Jaamat Alimat 6 Sastera 1. Ha ha. Baca emel ringkasnya:

Assalamualaikum

Apa khabar semua ni datok dinlah (dah ada cucu). harap korang semua sehat. Aku cukup sehat 86kg. okayla tu. Tapi yang tiga serangkai tu belum ada mudah-mudahan dijauhkan tuhan dari 3s.

Aku tima kasih bebanyak pada Ali sebab adakan blog ni, you memang hebat la Li, otak geliga ahli bisneslah katakan.

Sebenarnya aku sangat merindui kau orang semua, memory masa sekolah dulu masih segar lagi lah. Payah nak lupa. Okaylah aku nak pi pasar malam nak cari buah geduak sikit. Ok Bye!!!.

(Gambar: Zainudin di kanan sekali, baris belakang berdiri.Klik gambar untuk lebih jelas)

MEJAR ABD BASHIR DAH RESPON

Seorang lagi "orang hilang'' menjelmakan diri. Kali ini dari benua gelap Sierra Lonne, Afrika Barat. Bacalah emel Mejar Abd Bashir Hj Amit, 6 Sastera 2:

TERIMA KASIH SAUDARA ALI DIATAS USAHA DAN IDEA ANDA BUKA BLOG MUNSHIABDULLAH78.

MAAF SAHABAT SEMUA KERANA LAMBAT REPLY MAKLUM LE DEN NI SOLDIER.

MEMANG LAMA TAK DENGAR CITA SAHABAT-SAHABAT KERANA SIBUK DENGAN TUGAS HARIAN.

KAWAN MUNSHI YANG MULA-MULA SAYA JUMPA RASHID AHMAD SI SEKOLAH PEGAWAI KEDET PORT DICKSON FEB 1981, DIIKUTI MAZLAN SEKITAR TAHUN 1988. TEMPAT TERJUMPA DIHUTAN BELUM .MASA TU SAYA MELAKSANAKAN OPERASI MANAKALA MAZLAN ADA PROGRAM GERAK SARAF DIKAWASAN ORANG ASLI DI SUNGAI TIANG.LEPAS TU LOST CTC.

MULA-MULA JADI SOLDIER ASKAR MELAYU KINI DAH TUKAR BAHAGIAN INTELLIGENCE. TERJUMPA INSP RADUAN DI SELAYANG TAHUN 1997 SETERUSNYA MAT JADI LARUT TAHUN 2001 KEMUDIAN LOST CTC JUGA.

AWAL TAHUN 2008 ADA SAHABAT TELEPON NAK MINTA BELI PELURU, APALAGI SAYA TARBI DIA DALAM TEL, RUPA-RUPANYA ALI MAIDIN DAN SUDI YANG TEL, SAYA SUSPEK U ALI KERANA MASIH KENAL SAHABAT YANG DAH 31 TAHUN DITINGGALKAN. MEREKA KEMUDIANYA DATANG DIRUMAH SAYA DI KEM TERENDAK.

FEB 2008 JUMPA KAMARUDIN DAN SAYA TELAH DATANG KE OFF ZAINI DI BTN MELAKA. MELALAUI KAMARUDIN TEL TOMPEK LUEH (ADAM) TERAKHIR SAYA MENZIARAHI RUMAH KAMARUDIN DAN SUDI.

KALAU TAK SILAP INGATAN SAYA ADA TERSEREMPAK DENGAN HASNAH MOHAMAD. KETIKA TU SAYA TELAH MENZIARAHI SEORANG PEGAWAI TENTERA KAPT DR NORAZAM DI KG PENGKALAN, ALOR GAJAH SEKITAR TAHUN 1990. DR NI MUNGKIN ANAK BUAH HASNAH. MASA TU SAYA PUN TAK BERTANYA TAKUT SILAP ORANG PULA. HASNAH PLEASE CONFIRM.

KALAU RASHID DOK DI TURKI 4 TAHUN SAYA PULA DAPAT JUGA BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI PEMERHATI TENTERA DI SEIRRA LEONE (AFRIKA BARAT) SELAMA SATU TAHUN JUN 2001 HINGGA JUN 2002. NASIB BAIK TAK TERSANGKUT DENGAN PAK/MAK HITAM NI .

OK GENG CUKUP SETAKAD NI DULU.

ANAK 3 ORANG 2 PEREMPUAN SEORANG LELAKI. YANG SULONG PEREMPUAN 21 TAHUN BARU DAPAT DIPLOMA DI UPM

ISTERI BARU SEORANG. SALINA ROSE BTE MATNOR

SAHABAT-SAHABAT DEKAT KL CALLING LE BOLEH KITA MINUM TEA.
TEL 019 3528312
PEJ : MARKAS TASK FORCE 2010 (MALAYSIA)
NO 11A JALAN AMAN 55000 AMPANG, KL

Banyak gambar yang dikirimkan oleh Mejar Bashir. Akan saya masukkan dalam satu posting khas dirinya.

ZAKARIA JAAFAR MENYERAH DIRI

Tak perlu hantar ASP Adam atau ASP Redzuan tetapi memadai dengan Mak Cik Saripah Nuri dan Mak Cik Sahara sahaja, maka Zakaria Jaafar dari 6 Sastera 1 terpaksa menyerah diri dengan mengirim emelnya pada petang kelmarin. Syabas Saripah dan Sahara. Ini emel pengakuan Zakaria atas cerita Dr Hanipa tempohari. Kiamat dunia wei:

Assalamualaikum wr. wb,

Saudara Ali,


Harap dapat dihebahkan kepada rakan-rakan coretan saya ini. Hari ini saya dihubungi oleh dua orang rakan kita. Yang pertama Saripah Nuri dan yang kedua oleh Puan Sahara yang bertugas di Kementerian Belia dan Sukan.

Terima kasih kerana bersusah payah mencari saya dan minta saya untuk respon dalam blog ini.
Saya dah lupa sama ada saya di 6A1 atau 6A2, maklumlah dah lama sangat tinggalkan zaman persekolahan.

Lepas STPM 1978 saya masuk UM. Tahun 2 jumpa Teen. Betullah kata dia
tu nasib baik tak jadi cinta monyet. Masa itu semuanya indah. Dia dah cerita panjang pula pasal saya dengan dia. malulah saya.

Lepas graduate tahun 1982 saya sertai perkhidmatan awam dan menyertai Kadet PTD pada tahun 1983. Tahun 1984 saya jadi pegawai penuh PTD dan berkhidmatan di beberapa buah Kementerian. Antaranya MITI, SPR, SPA, Kementerian ini dan di MOF.

Sekarang saya diKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebagai Pengarah Perancangan dan Penilaian. Saya agak sibuk sikit, kena bekerja 7 hari seminggu. Kalau tak layan sangat kawan-kawan tu jangan kecil hati ye. Salam sejahtera dari saya untuk semua rakan dan semoga berjumpa kembali.

Zakaria Jaafar

Demikianlah cerita rengkas Zakaria Jaafar, Se Felda Hutan Percha dengan Hidayah Bahari dan Norlida Baba. Mengikut Rohana Hashim, Zakaria pun dilanyak oleh cikgu kesayangan kita Mat Daud tu lantaran pakaiannya yang tak kemas pada satu hari. Mat Daud bertanya "engkau ni dari hutan ke". Zakaria Jaafar menjawab jujur, " saya dari Hutan Percha". Mat Daud ingat Zakaria jual temberang dan bertanya kepada kelas "betul ke dia dari Hutan Percha". Bila kelas mengiakan, barulah Mat Daud tutup kes. Entah-entah Zakaria pun tak ingat cerita pahit ini. Kalau tak ingat juga makanlah Examo CKM 500. Ha ha.

Saya tak bersetuju dengan Zakaria dan Hanipah tentang cinta monyet tu. Jika kita sudah di Unversiti, ianya bukan lagi cinta monyet. Melambak yang kahwin ketika di U lagi. Ha ha, awat tak jadi oiii. Hanya Allah dan mereka berdua sahaja yang tahu!!!

No Tel Zakaria : 03-88805191

Untuk Zakaria dan Hanipah dengarlah lagu ni ya...

LAMBAIAN RINDU

Sebuah puisi khas dititipkan untuk semua oleh Hj A. Rani Embi, teman 6 Sastera 1 Munshi kita. Ia tak pernah beriak sedetik kecuali kepada isterinya yang satu dan kini memiliki tiga putera dan seorang puteri. Hayatilah kenikamatan puisi sahabatku ini bertajuk "Lambaian Kasih". Siapa tak faham, kena masuk kelas 6 Sastera semula ya.

lambaian bakau laut
masih melambaikan tangan
helang dan camar berterbangan
desiran ombak tenangmemangil namaku
terngiang-ngiang di cuping telinga
mencetak maknawi pada batini
menjadikan aku penasaran

dalam usia semakin lanjut
mengingatkan bunga yang gugur
dan lebah kehilangan sayap
pada hamparan hati
tanpa melukai
namun, mengapa semuanya menyendiri
aku pula pergi
meninggalkan selat pengalaman
tempat pertemuan dunia kenangan
airnya masih biru.

riak-riak kecil mengingatkan kembali
mimpi manis semalam
sewaktu kumelintasi batas usia, ilusi
dan jabat tangan saudara tak pernah mungkir
menjadi secangkir rindu yang kemarau

bila mungkin
pertemuan kembali lagi.

Jika reunion kita diadakan lagi, alangkah hebatnya jika Rani membaca sajak ini dan Arbaeyah pula mendendang lagu "selapis kasih sedulang rindu". Wooo. Di mana kau Arbaeyah?

(Gambar: Rani di Majlis Pertemuan Penyair Selat Selatan di Batam Indonesia)

ZAHARAH ISMAIL DAN ROSNAH MD ISA MENYEPI

Zaharah Ismail dan Rosnah Md Isa menyepikan diri. Siapakah yang boleh "menghidupkannya".

Kita dendangkan saja lagu ini. Ha ha.

REKOD ROHAYA DIKALAHKAN

Pada Sabtu lalu, ingatkan Rohaya menjadi nenek pertama antara kita. Rupa-rupanya Zainudin 6 sastera 1 yang kini bertugas di Baling, sudah ada 3 orang cucu oiii.

Rezeki duduk di utara agaknya

HANIM MINUM AIR ZAM ZAM

Lama tak terima sms dari Hanim. Rupa-rupanya Sahara bagi tau dia minum air zam-zam di Mekah sempena hari jadinya. Kalau dia khabarkan kepada kita, boleh juga kita kirim salam ke junjungan Rasulullah saw melalui Hanim.

JAAMAT ALIMAT 6 SASTERA 1

Anak Melaka jati, suara dan cara merendah diri pun sebiji macam orang Melaka tau. Itulah Jaamat Alimat 6 Sastera 1. Kini bertugas di Bernas Melaka, Bahagian Subsidi.

Jika kelab Munshi 78 nak hantar wakil ke pertandingan Somo di Jepun, Jaamatlah calunnya. Sesiapa yang berkesempatan ziarahlah dia. Jangan pengsan sudah le.

No HPnya 012-618 1479

NIKAH PUN DAH ONLINE

Kita baru nak menyegarkan alam persahabatan secara on line. Macam-macam khabar lucu yang terdengar akibat tak mesra IT. Ha ha. Tetapi di Arab Saudi, sudah bernikah secara on line.

Klik di sini.

Harap Zakaria Osman tak gunakan tektik ini. Ha ha. Gurau aja Zek.

PERJALANAN SEORANG PENYAIR MUNSHI

Pagi ini hampir saya tidak boleh menulis di blog ini kerana kelemasan dalam lautan puisi seorang sahabat saya dari 6 Sastera 1, SMMA 78. Tak saya sangka sahabat pendiamku ini ketika di Munshi dulu, sekarang ini menjadi seorang perakam rasa dan melodakkannya di atas pentas dan juga di corong udara. Bukalah Radio Melaka 102.3 setiap Isnin, 9.15 hingga 10.30 malam untuk mendengar cetusan hatinya terhadap puisi anak-anak Melaka.

Orang pertama yang menyambut saya di Munshi 78, Rani, atau manisnya Hj Rani Embi mengajar di SMK Tun Perak. Beliau bukan sekadar menjadi guru BM atau Sastera tetapi sekaligus menjadi aktivis bahasa dan sastera di peringkat negeri dan nasional.

Titian hidupnya selepas tamat Mushi 1978 di catat oleh beliau sendiri dan dihantar melalui pos laju kerana beliau khuatir dengan pengkhianatan talian internet. Ha ha, kena berbahasa jika menulis berkaitan dengan geng penyair tau.

Inilah catatan rasa sahabatku Hj Rani Embi:

Assalamualaikum,

Ini pertama kali saya memasuki laman blog Munshi 78. Menatap skrin ini mengingat kembali zaman sekolah ketika itu. Benarlah kata orang tua-tua " kalau kita selalu mengingati, tentu suatu hari kita temui".

Dulunya saya ni memang pendiam. Namun selepas 78, saya mengikuti kursus Risda selaku pegawai pengembangan dan mula terlibat dengan pentas. Bagaimanapun saya di Risda hanya 8 bulan sahaja dan menerima tawaran kursus pergurusan di MPSI (sekarang UPSI) 1980-1981. Perjalanan hidup saya bolehlah diringkaskan sebagai "Dari Bilik Darjah ke Pentas UPSI, Dari Halaman Rindu ke Gunung Kinabalu, Lalu ke kamar Puisi Negeriku:

1979 - Risda Taiping dan Melaka.

1980-1981: UPSI - Exco Penerbitan, Aktif teater - pengarahan, lakonan, penulis skrip, pendebat - Naib Johan Kebangsaan Antara Maktab Perguruan.

1982-1986: di Labuan Sabah - Guru dan Penceramah Sastera dan BM, Juru Latih kepada guru-guru dalam pengajaran Sastera dan BM, Mengarah teater 'Jin Bersaudara', Menulis dan menerbitkan Antologi Sajak - Tarian Laut 1 dan 2, Penaja Persatuan Penulis Labuan, Membaca puis seluruh kepulauan Borneo, Manila, Jakarta, Pemberita Sambilan BH/Bernama dan Setiausaha Persatuan Guru-Guru Semenanjung Sabah.

1987-1994: Mengajar di Segamat dan menjadi AJK Persatuan Penulis Johor dan AJK JIM Segamat. Mulai 1989 - Mengikuti Program Luar Kampus USM dan menjadi AJK Persatuan Mahasiswa Luar Kampus

1995 - sekarang: Guru di High School dan sekarang di SMK Tun Perak, Panel Penilai buku komsas/buku perpustakaan, Setiausaha 2 Ikatan Persuratan Melayu, Pengacara Pelbagai Program Peringkat Negeri dan Kebangsaan; antaranya Hari Guru Kebangsaan, Bulan Sastera Negara, Jambori Antarabangsa. Meneruskan program puisi samada sebagai sebagai pengacara dan pendeklamator pada peringkat negeri atau serantau misalnya Pertemuan Penyair Selat Selatan Batam, Indonesia dan Malam Puisi Usman Awang. Kini sebagai pengulas puisi di RTM Melaka 102.3 setiap Isnin jam 9.15 malam.

Begitulah perjalanan hidup sahabatku Rani ini yang memilih menjadi seorang pendidik dan penyair sekaligus. Orang macam ini memang tak pernah merasai kesusahan dan kepahitan hidup kerana setiap kesusahan dan kepahitan hidupnya akan dirakamkan dalam bait-bait puisi yang syahdu dan puisi yang puitis. Orang macam ini jika gagal cinta 10 kali pun tak mengapa kerana akan banyak sajak, cerpen dan novel yang terhasil. Ha ha.

Yang Rani paling terasa sedikit kepahitan hidupnya ialah betapa anak-anaknya terpaksa membesar dalam kereta melebehi lima tahun kerana anak-anak itu terpaksa mengikuti beliau di hujung minggu di dalam program jarak jauh USM kerana isterinya juga belajar bersama. Hebat-hebat.

Rani ada melampirkan sajak rindunya kepada kita. Esok saya masukkan dalam blog ini. Hari ini kenyang dah dengan info berkaitan dirinya itu. Ha ha.

Misteri siapa di Radio Melaka sudah terjawab. Sahara dan Norlida tak perlu tertanya-tanya lagi kan. Itulah kawanku yang memilih jalannya sebagai perakam alam melalui puisi-puisinya. Rani telah merasuah saya dengan sebuah buku antologi sajak "Melaka, Di Sini Segalanya". Ya hoooo.

(Gambar: Rani suami isteri pada 2008. Klik gambar untuk lebih jelas.)

CERITA KE SINGAPURA LAGI

Mokhtar memulakan cerita rombongan ke Singapura selepas peperiksaan STP. Hari ini Sahara pula menambah cerita ceriti ke Sungapura lagi. Baca emelnya di sini:

Salam kawan-kawan.

Sebenarnya saya memang pun nak kongsi kenangan semasa rombongan Munshi 78 ke Singapura yang dianjurkan Cikgu Rashid. Yang saya ingat turut pegi kebanyakan 6 Sastera 2. Antaranya ialah Shamsudin, Amin, Kak Soadah, Jameah, Nor Kamariah, Hayati, Sh Nuri.

Md Jadi Larut memang saya ingat sebab dia satu bas dgn saya. Yg Mokhtar saya tak perasaan. Jadi kami terperanjat bila dia tak dpt masuk Singapore. Jadi sebagai tanda simpati ahli bas I, kami berikan buah epal dan pear yg kami beli ( masing-masing kan ada shoping- masa tu buah di msia mahal) pakat-pakat beri.

Tergelaknya epal dan pear Md Jadi lebih banyak dari yang kami beli. Ha itulah cara hidup bermuafakat. Kalu Md Jadi baca blog ini mungkin dia dpt fleshback 2 hari di Johor Bahru apa dia buat. Dia ada cerita masa dlm bas tapi kami tak ingat. Mokhtar mungkin boleh cerita pengalamannya . Itulah agaknya dia aply peribahasa BERAKIT- RAKIT KEHULU BERENANG- RENANG KETEPIAN ------------- sambungkan sendiri.

Akhirnya siapa sangka lebih dari Kota Temasik dia pegi. Agaknya masa dia sedih kami masuk Tambak Johor, tempat lain yg dia nampak.

Sham, saya rasa ke Singapura asyik bawa kamera. Ha, apa lagi antalah gambar kenangan. Saya tahu Sham masa sekolah buat part time Cameramen sebab tu dia jadi taukeh duit masa sekolah. Akhirnya pun dia dah pandai jadi banker.

Antara kenangan yg saya tak boleh lupa, sedih wpun seronok berjalan , kerana isteri cikgu Rashid hilang wallet. Kenangan lain yg saya tak boleh lupa macam mana saya menangis takut naik kabel car di Pulau Sentosa. Saya naik bersama Jamiah, kak Nor, kak Saodah. Bersama-sama saya pekerja restoren di Pulau Sentosa. Dia yg beri semangat kat saya. Tau apa dia kata "Apa lu takut, kalau nak mati mana-mana pun mati. Saya ari- ari naik lo, mau cari duit” .

Balik dari rombongan, oleh kerana sampai tengah malam, kak Saodah tidur di rumah saya. Ingat tak kak Saodah ?

Bye .

NORSIR MELAPUR DIRI

Norsir Sarip, rakan sekelas 6 Sastera 1, melapur diri hari ini. Bekas Pengerusi Persatuan Ekonomi itu menghantar emel pagi ini dan banyak juga rahsia lama terbongkar. Ha ha. Baca emelnya:

Assalammualaikum w.b.t.h.

Sahabat sekalian.

Rasa terkilan juga tak dpt bersama dlm majlis reunion yang lalu. Itu pun dpt tahu bila baca blog. Harap akan dtg bagi taulah awal....

Aku ni kahwin orang jauh. Kalau cuti dan hujung minggu ada kelapangan balik kampung orang rumah di Bohor Baru,Kuala Bera,Chenor Pahang. Dah nasib badan kahwin orang jauh...pulak tu isteri anak tunggal. Aku, menantu boleh, hantu pun boleh. Madu ia , racun pun boleh juga. Ha ha ha . Menantu kesayangan katakan./

Terasa rindu kepada kawan-kawan 78 memang terasa. Aku kerap juga jumpa Hj Rani, Haji Han dan Yaakob. Mungkin sebab dekat dan satu Jabatan.

Tahniah kerana blog ini dapat aku melihat rakan-rakan dan perkembangannya. Sedih juga ada rakan yang telah mendahului kita....Al Fatihah... moga Allah merahmatinya.

Selepas tamat STPM aku terus masuk Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim.

Tahun 1981 aku posting di SMK Datuk Bendahara,Jasin dan bertugas di situ hingga tahun 1999.

Tahun 2000 aku dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah Jasin hingga 2008.Mulai Februari 2008 hingga kini dipindahkan ke Jabatan Pelajaran Melaka di Unit Kokurikulum.

Aku pun tak tahu macamana boleh jadi orang kuat sukan dan koku. Di Maktab aku belajar Pengajian Melayu dan Geografi... tapi bila hari pertama posting kena jadi Setiausaha Sukan Sekolah. Nah kena belajar sukan dan koku pulak...

Kawan yang pernah aku jumpa secara 4 mata... Zaleha, dia pun jadi cikgu aku jumpa di MPPM itu pun waktu aku mengurat makwe aku (sekarang jadi isterimaku). Sekarang ini aku dengar Zaleha di salah sebuah sekolah di Endau Pahang, mengikut suaminya

Jumpa Rosni Hashim di Pejabat Pos Pudu. Masa itu masih bujang tapi dia dah bertunang. Ajak keluar takut tunang marah. Jadi nak jumpa dia bila cuti aku ke Pudu (kebetulan abang kerja di Pudu).

Yang masih aku nak cari makwe sebelah aku Nyaros....sebab aku selalu usik dia. Nak mintak maaf. Maklumlah budak nakal. Banyak dosa agaknya...he he he.

Arbaeyah aku jumpa sekali di Taman Tasik Seremban...dia dgn tunangnye kot... aku pandang dari jauh takut tunangnya prasangka.

Norjan dan Kamariah aku jumpa di Institut Aminudin Baki Jitra. Sama Kursus masa tu , dah jadi mak orang.. alhamdullillah sihat...Kini Norjan di SMK Tun Haji Malek sebagai GKMP.

Yahya Samad di SK Batu Berendam 2, Guru Penolong Kanan 1. Yang lain jarang jumpa. Aku jumpa Juwita pun sewaktu Arwah Tajudin meninggal itu pun hari berikutnya bersama Yaakob dan Rani serta isteri....

Kepada rakan-rakan lain boleh hubungi saya di alamat: JA 6362,Jalan Seri Kelubi 1, Taman Kelubi, 77000 Jasin...Tel. rumah 06-5294935 atau 012-6749151.

Email saya....noorsirsarip@yahoo.com.my.

Kalau ada reunion lagi atau apa-apa perjumpaan atau majlis perkahwinan jemputlah awal. Aku ni kerja tak ada hujung minggu.......

Semoga jumpa lagi.........Tk.

(Gambar: Norsir - duduk di kiri sekali)

DR HANIPA : LIKU SELEPAS MUNSHI 78

Terjawab sudah misteri perjalanan Prof Madya Dr Hanipah Husin selepas meninggalkan Munshi pada 1978 lalu. Ini emelnya yang memaparkan liku perjalanan hidupnya itu:

Dear Ali,

Thanks for respons to my email.

After 1978 - saya kerja di kilang Simon. Di Waktu malam ambil kelas STP-GPMS sambil jadi voluntuer teacher for geography and General Paper.

1979- STP kali kedua, dapat -5 Principle dan mendapat tiket ke Universiti Malaya. Yang syok sikit tu, jumpa Zakariah Jaafar di UM, ala...yang gaduh dengan I, yang ejek I sebab I suka sangat ekonomi tu..tapi tak dapat ke universiti juga katanya! Tiba-tiba bila masuk Tahun 1 di UM, jadi kawan baik le pulak. Dia ajar I Bahasa Arab dan berkat.. dapat A pulak tu... Pertemuan hari-hari di liberary UM tu, menyebabkan sikit lagi I terjatuh ke dalam cinta monyet!, adalah jalan-jalan ke asrama Mastura Bachik di UKM. Katanya nak bawa I lihat-lihat UKM, lawat Mastura. Mastura pula siapkan settingnya. Mastura masak sedap juga dan lepas tu balik naik bas bersama, belum sempat pegang-pegang tangan .... tapi tak ada jodoh, sampai hari ini I tak tahu gerangannya si Zakaria Jaafar itu...

Lepas itu, I Graguate -1983, ambil Diploma Pendidikan.

1984, jadi guru di Pahang 1 tahun dan kawin dengan orang Johor. Pindah Johor 1985 dapat anak kembar perempuan dan pada 1990 buat Master of Educational Technology.

1992 Jadi pensyarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim 11 tahun dan di Johor dapat anak ke tiga dan keempat.

Pada 1996, bersama empat anak dan suami tak ikut, I ke Australia ( University of Sydney, NSW) bagi berjuang untuk merebut gelaran Doktor Falsafah dalam bidang Curriculum, Teaching and Learning. Berjaya melaksanakannya pada genap 3 tahun pada 1999, kembali ke MPTI semula.

Pada 2002, pindah Melaka jadi pensyarah Universiti Teknikal Malaydia Melaka, hingga hari ini. Telah menghasilkan 4 buah buku dan menjadi rujukan di UPSI dan kebayakan pelajar di seluruh universiti di Malaysia dalam bidang Reflective Thinking and Professionalism, Kepimpinan dan Clinical Supervision.


Harap tiada perkhabaran angin mengenai sahabat kita ini lagi. Kesah dengan Zakaria tu, antara tanda-tanda kecil kiamat bagi saya juga. Kalau jadi, tentu boleh joint kelab Maria/Mohd Han. Ha ha.

Walaupun Mastura yang kepoh ini rapat dengan saya, cerita Hanipa dan Zakaria Jaafar melawat dia di UKM dulu tu, tak pernah pun diceritakannya kepada saya. Gua caya lu lah Mastura.

Tel Dr Hanipa 017-6013196

ZAINUDIN SUDAH RESPON


Zainudin Hj Idris adalah pelajar lelaki 6 Sastera 2 yang terakhir berjaya dikesan. Baharudin Baba 6 Sains 2 telah menghubunginya memaklomkan akan kelab maya kita ini. Sebentar tadi, Zainudin melaporkan diri dengan menalipon saya.

Kini beliau bertugas di Baling dalam pasukan Polis. Beliau ceria macam tahun 78 juga. Dia pesan jika ke Baling bagi tahu dia, beliau nak belanja laksa Kedah!

No HPnya 013-4534 564

Kini hanya Haris Bahari, pelajar lelaki dari 6 Sastera 2 sahaja yang perlu diketahui jejaknya secara jelas. Yang kita tahu dia mengajar di Johor.

(Gambar: Zainudun - berdiri baris belakang, kanan sekali)

YB KITA DI SMMA PAGI INI

Pagi tadi, sahabat kita YB Datuk Mat Sirat menghadiri satu program di sekolah lamanya, SMMA. Sempat beliau memaklomkan akan blog kita kepada Pengetuanya. Senanglah Pengetua SMMA mengetahui apa dah jadi dengan bekas pelajar Munshi 1978. Ha ha.

GRANDMOTHER YANG PERTAMA

Tak tahu mengapa hati tergerak nak talipon Rohaya atau Roy nama glamournya hari ini. Rupa-rupanya ada berita panas. Dia sudah pun menjadi nenek atau tok wan atau grandma beberapa hari lalu. Ha ha.

Anak lelaki Rohaya telah mendapat cahaya mata pertama sekaligus cucu pertama Roy. Mohammad Annas namanya.

Tahniah Roy, meningkat fasa kehidupanmu, mencurahkan kasih sayang sebagai seorang nenda pula.

Ingatkan antara Rohana, Arbaeyah atau Salmiah yang jadi nenek dulu tetapi Rohaya rupa-rupanya. Demikianlah liku-liku perjalanan hidup sahabat Munshi kita...

PERTANDINGAN BAHAS SE MELAKA

Sudah lama nak cerita hal ini tetapi kerana banyak cerita dari kekawan lain yang datang, maka saya rakamkan cerita ini kemudian. Hari ini saya free untuk mencatatnya dalam blog ini.

Pengalaman sebelum ke Tingkatan 6 dan di sekolah lain menyebabkan saya cukup risau untuk menganjur pelbagai program atau projek kerana bukan mudah mendapat pekerja atau tenaga sukarela. Pening kepala nak memujuk dan mengarahkan kawan sekeliling bagi melaksanakan sesuatu program.

Entah macam mana di Munshi pada 1978, Persatuan Ugama Islam SMMA telah diberi mandat oleh Jabatan Pelajaran Melaka untuk menganjurkan Pertandingan Bahas Se Melaka. Mak oi cemas saya, macam mana nak laksanakan. Saya hanya baru beberapa bulan di Munshi, masih tak kenal hati budi pelajar Munshi untuk menggerakkan program ini. Nama mereka pun saya tak tahu.

Bila program ini diwar-warkan, ramainya pelajar yang menawarkan diri bersedia untuk menjadi petugas. Pada satu tahap kritikal nak cari juri hakim, tiba-tiba Mohamad Amin Rohani 6 Sastera 2 datang berjumpa saya dan bertanya ada kerja kosong lagi tak. Ya Allah, masa tu memang juri hakim tak cukup fasal pertandingan bahas ini di jalankan serentak dan ianya memerlukan hakim yang ramai. Bila Amin menawarkan diri, selesai masalah besar saya.

Ada satu lagi masalah saya ialah mencari pembahas mewakili Munshi. Manalah saya tahu siapa di kalangan pelajar Munshi yang ada bakat sebagai pembahas. Kalau depa kata Suhdi, Suhdilah yang saya ambil. Ha ha. Bila dirujuk kepada kekawan sekeliling, semua sepakat mengatakan Haris Bahari 6 Sastera 2. Saya pun tak tahu bakat Haris sehingga hari pertandingan. Wau ucapan beliau semacam Sukarno bib. Yang syoknya Haris terus menerima pelawaan saya tanpa soal lagi. Kalau di sekolah lain, jenuh memujuk. Tak ke haru dibuatnya.

Pasukan bahas Munshi diwujudkan secara adhoc sahaja yang terdiri dari saya selaku pendatang baru di Munshi, Haris dan Malik dari Tingkatan 4 sahaja. Tanpa latihan, tanpa perbincangan dan tanpa tunjuk ajar, kami terus terjun dengan labu-labunya dalam pertandingan itu. Johan pulak tu. Ha ha. Nampak sangat orang Melaka lebih pandai berdondang sayang dari berbahas sehinggakan pasukan tangkap muat Munshi ni bisa menang. Ha ha.

Dari peristiwa menguruskan Pertandingan Bahas Se Melaka inilah, saya jatuh cinta dengan orang Melaka. Depa ringan tulang dan very helpfull. Hanya saya tak kahwin orang Melaka. Ya hooo!

Haris, tokoh debat Munshi meneruskan peranannya sebagai pendebat mewakili Maktab Perguruannya di Kota Bharu dalam pertandingan antara Maktab pula. Ha ha, jangan tak percaya, dia tewas di peringat separuh akhir dengan kawan SeMunshinya sendiri iaitu Rani yang mewakili UPSI ketika itu. Tak apalah Hang Jebat pun kalah dengan kawan sendiri Hang Tuah kan...

Demikianlah yang empunya cerita untuk cuti hujung minggu ini.

BAHARUDIN BABA 6 SAINS 1 DAH RESPON

Baru sebentar tadi sambil makan capati di restoran mamak, di bawah opis saya, saya menerima panggilan dari Baharudin Baba, bekas pelajar 6 Sains 1. Ini emelnya pula:

Minta maaf banyak-banyak sebab baru tahu ada reunion dan blogspot untuk munshiabdullah78. Adam Ahmad FRU Seremban telefon saya bagi tahu hal reunion dan blogspot. Setakat ni belum ada gambar nak attach, nak kena cari dulu. Butir-butir saya:
Nama: Baharudin Baba, 6 Sc 1
Pekerjaan: PDRM. Pernah bertugas di Kuching (Sarawak), Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau (Sabah), Georgetown (Pulau Pinang), Muar (Johor) dan sekarang di Bukit Aman (Kuala Lumpur).
Selamat bertemu kembali.

Saudara Baharudin tahu di mana Zainudin 6 Sastera1. Dia akan memaklomkan jika dah confirm di mana Zainudin. Kalau orang Bukit Aman pun tak boleh cari kawan sendiri, lecehlah. Ha ha.

No Hpnya 012-4707 302

PERJALANAN HIDUP MOKHTAR AHMAD

Kawan saya yang paling spoting, Mokhtar Ahmad dari 6 Sastera 1, akhirnya telah sudi mencatat perjalanan hidupnya selepas tamat Munshi pada 1978. Yang paling saya cemburu ialah beliau dah lepas ke Paris dan London ketika umur 20an. Teringat filem Shammi Kapor "Love in Paris". Ikuti coretan beliau melalui emelnya yang saya terima sebentar tadi:

Salam saudara Ali Maidin, sahabat Munshi ku yang diingati dan tidak lupa semua rakan2 seperjuangan Munshi Abdullah78.

Saya tidak sabar lagi nak jadi tukang karut dalam blog kita ni. Syabas Ali Maidin pembahas Munshi yang tidak boleh dikalahkan masa tu (78). Saya pun terkedu bila berhujah pasal ekonomi masa kelas Cikgu Rashid tu. Tapi sekarang kalau nak ajak saya berbahas politik, ekonomi, sosial, boleh no problem laaaa sebab dah banyak pengalaman....he he.

Saya sedih jugak tak dapat join masa reunion kat rumah Ana tu. Apa nak buat kan....baru kena bedah...tapi Alhamdulillah, kita dapat berkomunikasi dalam blog ini. Itulah canggihnya Ali Maidin tu. Mukaddimah :-

1982-1990 : Petronas Dayabumi, (Ali Maidin ada datang rumah kat Setapak)

1991 : Petronas Gas Segamat

1997 : Petronas Gas Pasir Gudang, Johor

1999 : Petronas Penapisan Melaka, sampailah sekarang.

Jadi, seperti yang diminta oleh Saudara Ali supaya saya hantar sikit cerita lepas Munshi, memang banyak cerita saya, kalau sanggup baca, ni dia......

Lepas Munshi, saya masuk 3 Universiti & 2 sekolah asrama...hebat kan?, tapi ini cerita dia ...Saya masuk UITM buat PJJ tahun 1991, dapatlah naik pangkat pegawai tu...sampailah sekarang kat Petronas Penapisan Melaka, Sungai Udang. Berbalik cerita unviersitu & asrama tadi : . Tahun 2005 hantar anak lelaki masuk UUM, Tahun 2007 pulak lagi sorang anak lelaki kat UM. Tahun 2006 & 2009 hantardua orang anak prempuan masuk asrama sekolah Sharifah Rodziah, Melaka.Itulah sebenarnya...

Sekarang ni kisah saya lepas keluar Munshi : Baca sampai habis, tak manis kalau baca sekerat......

1) Februari 79 : ’Kerja’ kat KL. Bila result STPM tak berapa bagus, saya terus kerja kat ’Finance Company.

2) Ogos 80 : Dapat peluang keemasan bersama kumpulan kebudayaan Studio Tradiosa, pergi PARIS (tiga minggu), wakili negara Malaysia ke Pesta Kebudayaan Rakyat’, saya main ’Gamelan’. Takda belajar formal langsung tapi ’by heart’ & selalu tengok member main alat tu....jangan mare, gambar saya keluar kat surat khabar Peranchis. Semasa balik, singgah pulak kat LONDON (seminggu) , galamour habislah sebab masa tu bujang kan....

3) Mac 82 : Dapat kerani kat PETRONAS (tapi sebenarnya ada dapat tawaran sebagai ’Pegawai Imigeresen’ tapi saya pileh Kerani kat PETRONAS laaa.

4) Kisah Tingkatan 6 Sastera 1 : Nama glamour yang saya ingat ialah USA1 (Upper Six Art One). Saya tak rapat sangat dengan yang lain2 dalam kelas tu atau kelas lain sebab saya masuk bulan April sampai November 78, masuk pun terus Upper Six gitu...dengan Aris Bakar. Tapi Rohana Hashim memang saya tak pernah lupa sebab dialah yang mula2 ’interview saya dengan geng dia...lupa pulak siapa

5) Rombongan ke Singapura : Ada sesiapa ingat Cikgu Rashid buat rombongan ke Singapura lepas periksa. Saya & Md Jadi Larut tumpang semangkok sebab kerusi banyak kosong. Lepas exam paper Sejarah Islam saya cabut awal sebab takut terlepas bas. Tapi saya dengan Md Jadi Larut tak ikut rombongan masuk Singapore sebab takda passport. Dah tu, malamnya tidurlah kami kat Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru, tunggu lah dia orang sampai keluar Singapore, baru join semula balik ke Melaka. Tapi kenangan tu saya dengan Md Jadi yang tau cerita selanjutnya…..mencabar..

6) Cikgu Md Yassin (ajar sastera/kebudayaan) : Saya ada jumpa dia sekali masa saya jadi AJK Pertandingan Nasyid anjuran Perbadangan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) kat Oditorium Al-Azim, Melaka. Bila saya cerita Munshi, sah dia ingat terus tak lupa langsung.....kan dia ada ajar Drama, saya pun adalah jadi pelakon last minit.....seronoknya..

7) Cikgu Mohamad Daud : Betullah sapa beritau hari tu dia ada kelas Tadika. Saya jumpa personally (tapi dia tak kenal saya….) sebab tolong kawan cari rumah sewa, pergi kat Kelas Tadika kat Pringgit tu ada 2 unit rumah sewa. Ada lagi rumah sewa dia kat Taman Cempaka. Tapi jangan under estimate dia, anak perempuan dia Lawyer you....kat Melaka Raya ada firm dia. Pun saya pernah jumpa juga....

8) 40 orang pelajar Munshi datang jumpa saya : Jangan under estimate saya........hahaha sebabnya masa saya kat Petronas Melaka ni incharge ’Public Affairs’, apa lagi banyaklah student datang melawat, termasuklah pelajar Munshi tu. Saya pun tebar lah cerita Munshi, bagi dia orang motivasi lagi....sebab saya biasa pergi sekolah masa buat pameran petronas, bagi sekali sesi motivasi, saya banyak ’lanyak’ pelajar-pelajar Melayu...sampai menangis pun ada, sebab nak bagi dia orang sedar. haa kan dah kata tadi, sekarang boleh challenge saya kalau nak berceramah......

9) Zakaria Othman : Kenangan manis sebab aku pernah tidur kat rumah dia masa bolasepak piala dunia tahun 78 tu…tapi sekarang ni dia dok main ’sms’ aje kat aku, tak jumpa2 lagi, maklumlah pengurus tu sentiasa sibuk, tapi kabornya dah jadi uztaz sekarang yaaa, Alhamdulillah….

10) Alias Nayan : Dia sekampung saya kat Melaka Pindah. Betul lah sape tulis hari tu ye

11) Rohana Md Dali : Dia sekampung dengan saya. Kira-kira Kampung Melaka Pindah ni terrer juga lah sebab 4 orang masuk Munshi, saya, Rohana, Alias & Aris Bakar.

11) Md Jadi Larut : Selain dari Ali Maidin, Md Jadi Larut adalah kawan Munshi yang paling saya ingat dan memang cari sampai sekarang, tak jumpa-jumpa, harap harap panjang umur lagi.........Insya Allah satu hari saya akan jumpa dia.....

12) Arbaeyah : Memang ingat si putih melepai tu sebab dia selalu menyayi bila jumpa saya

13) Kawan2 lain yang saya pernah jumpa :-

Rajak Lajis (kat Syarikat Air Melaka) tapi dia tak senyum, macam tak kenal aje tapi saya kenal walau pun lain kelas, Itulah cerita yang boleh saya ingat yang dapat saya kongsikan.

Yaakob Othman – ada jumpa, baru 2 atau 3 kali jumpa, ada pegi rumah dia dekat dengan rumah isteri saya kat Bacang tu.

Jaamat Alimat : Badan dia masya Allah, tak sangka, macam belon di masukkan air, berbeza sungguh masa Munshi dulu

Jadi lebih kurang itulah cerita saya, kira halal lah ye, nama2 yang disebutkan tadi ialah nama sebenar dan memang pelakon asal.......harap maaf jika tersinggung sebab mungkin saya tersasul...Salam & jumpa lagi rakan-rakan...........Insya Allah

Mokhtar Ahmad : HP 019-6567567; pejabat : 06-3522359; rumah : 06-3514775; email : mokhtar_ ahmad @ petronas.com.my