Sunday, May 3, 2009

JEJAK AMIN MENGESAN GURU MUNSHI 78


Mulai sekarang sehingga 9 Mei, kita akan mengikuti jejak perjalanan Mohamad Amin mengesan bekas guru-guru Munshi 78 untuk menyampaikan kad jemputan ke Majlis Reunion Munshi Abdullah 78.

Mula-mula mari kita menghayati pantun di dalam kad jemputan majlis reunion itu. Sila klik untuk lebih jelas.

25 comments:

  1. Design kad jemputan pun klasik, nostalgia betul kau orang ni. Syabas.

    ReplyDelete
  2. Ingatkan kad jemputan kawin siapa tadi. Cantiknya..Orang Melaka memang handal berpantun. Tahniah AJK reunion. Rasanya belum ada majlis reunion se hebat 10Mei nanti..

    ReplyDelete
  3. Janganlah kita buang tebiat... he he mudahan semua panjang umur..Razak tolong baca doa panjang umur sampai 1O mei.. Cantik lah . Ingatkan gitu-gitu je. Tahniah ajk Melaka. 3razak ,Ali dan lain2 boleh ke orang kl buat macm tu.. Aku tak terlibat dalam itu gambar.

    ReplyDelete
  4. Hebat betul pantun Amin ni. Hang jawap pantun baru aku ini.

    Hayya cik Siti perempuan banyak muda
    Ana banyak takut jalan tutup mata
    memanglah takut jalan tutup mata
    Sebab takut terpijak lubang Indah Water

    Timang tinggi2
    Sampai cucur atap
    Cucur atap tak sedap
    Cucur pisang,cucur udang, haaa tu sedap

    Kajang Pak Malau kajang berlipat
    Kajang hamba mengkuang layu
    Kain Pak Malau,Mak Limah yang lipat
    Kain aku, sipencuri yang sapu.

    ReplyDelete
  5. Haiyya ni pantun apa la. Tentu geli-geleman Amin membacanya. Tentu dia tak nak jawab punya..

    ReplyDelete
  6. Ssalam Aminn . Bagaimana pula jemputan untuk cikgu Jaafar Hamid. ?Dia dah terima undangan ke , dan dpt datang ke. Untuk makluman cikgu Hanafiah Mat cikgu English kita dengaunya pensyarah English di UITM Shah Alam .minta tolng jejak beliau.

    ReplyDelete
  7. Aku jawab pantun kau Mejar Basir.

    Makan cokodok memang sedap,
    Cicah dengan sambal belacan,
    Ditambah pula cincalok Melaka,
    Wahai Mejar apa yang kau cakap,
    Dah dekat reunion ni janganlah meraban,
    Ini mesti sah bini tak ikut sama....

    ReplyDelete
  8. Makan cokodok memanglah sedap
    Ditambah pula cincalok Melaka
    Untok jamuan orang marhaban
    Sempena dengan hari union,

    Walau dimana anda menetap
    Reunion 78 janganlah leka
    Ingatan untok rakan dan taulan
    Datanglah dengan berduyon2.

    ReplyDelete
  9. Ayoyo ni mcm bole kira pantun ka?
    Itu cigu bm saya tara aja ni mcm..
    Cigu bm cakap, kalu buat pantun tara botol
    jadi katun bukan pantun !!

    ReplyDelete
  10. Hantam saja bib, asalkan bunyi hujung sama. ha ha ha.

    ReplyDelete
  11. orang sempadan mcmAli jugaMay 4, 2009 at 6:30 PM

    Haiya itu mana punya cikgu BM ajar buat pantun itu macam hah..? Lu orang bikit rosak nama orang Melaka tau..Itu Baba Kim Teck kalau tau mesti di marah punya..

    ReplyDelete
  12. Kepada yang liat nak datang.....

    Sinar mentari menjelma sudah,
    Menanti rang bulan dilangit biru
    Batu Beremdam tempat dikenang
    Pertemuan ini suatu yang terindah
    Terasa rugi seumur hidupmu
    Kalau tidak diambil peluang

    ReplyDelete
  13. 10 Mei kita bertemu dan pergi
    lain kali belum tentu jumpa lagi
    Kalau tak mahu terasa rugi
    Jadi lu fikirlah sendiri...

    Kharis boleh ke pakai pantun aku ni.

    ReplyDelete
  14. Hasnah, bolehlah tu...orang melaka katakan...

    ReplyDelete
  15. Sorong papan tarik papan,
    Buah cempedak di luar pagar,
    Kalau ada sumur di ladang,
    aaaa, aaaa, aaaa, tak geti aku......

    Susah juga berpantun ni kan?

    ReplyDelete
  16. Razak K pantun kau tu kena habiskan macam ni

    Sorong papan tarik papan
    Buah keranji dalam perahu
    Tolonglah jangan makan buah keranji tu
    Nanti badan kau berbau..

    Pisang emas dibawa belayar
    Masak sebiji di atas peti
    Kat pasaraya tak ada hutang piutang
    kalau nak, bayau, 'Cash on delivery'

    Kalau ada jarum yang patah
    Jangan disimpan di dalam peti
    Kesian betul dengan kau ni
    Jarum patah pu kau simpan dalam peti

    ReplyDelete
  17. Pulau pandan jauh ke tengah
    Gunung daik bercabang tiga
    Hey, Basir merapu tak sudah sudah
    Tapi tak apa, asal asal kau bahagia sudah le..

    ReplyDelete
  18. bukan merapu bukan meraban
    saja nak join walau tak tau
    tak tau nak tulis, tak tau nak sebut
    asalkan meriah blog dan internet
    kharis dan basir aku nak ingatkan
    kau jangan nak rosakkan budaya melayu
    kalau nak info lanjut
    layarilah www.kesturi.net

    amacam boleh ke pantun macam ni...

    ReplyDelete
  19. bagus,aku bagi 90 markah sbb bait yg ke 2 kau ngam dgn bait ke 6,tau jauh dari melayu.
    Aku punya mungkin 90.5 markah.Cuba tengok pantun 8 kerat aku,hehehehe.
    Kesturi tu OK juga,tapi kalau nk hentam Einstein[diskusi dlm kesturi],jgn guna Quran,sbb Quran ni terpelihara,tak mungkin tersalah.
    cuba waat satu lg pantun

    ReplyDelete
  20. Bukan nak rosak budaya Melayu
    Sebab basir terikut aku
    Merepek meraban yang dia tahu
    Syokk juga melayan dia punya lalok tuuuu......

    Bukan apa, saja nak layan perasaan sementara menunggu 10 Mei ini... Tak sabau rasanya nak jumpa kao orang semua..... Aku nak tengok si Mas tu. Antara permaisuri Melaka yang terkepoh ddalam blog ini. Jgn marah Mas. Nak marah aku, nanti 10 Mei.......

    ReplyDelete
  21. Zan, Einstein kata semalam, dari kuburnya, bahawa ilmu fizik itu adalah sebahagian dari qadar Allah dalam Loh Mahfudz. Tapi masa dia hidup dulu dia tidak menghubungkan qadar dengan qada'. Jadi 10 Mei ni kita "Future To The Back", aku rasa kita mungkin slim balik, kau nyanyi le Ready For Love - Bad Company tu, aku seronok nak dengau.

    ReplyDelete
  22. Razak,kaset tu ntah mcm mana aku jumpa balik last month,tahun 73 punyer,tapi yg best kalau aku nyanyi It never rain in Southern California,kau main flute,memang cun habis.Baru betul dlm kubur kita kena siksa.Adoi!!!!!

    ReplyDelete
  23. Kau ingat tak Halim Boyan,dia kena halau kemana dari Alam Shah?Radhi budak hitam, ada hutang aku RM15,pun dah fana,kalau tak salah,umah dia dkt dgn umah cikgu madon Ageh?

    ReplyDelete
  24. Aku tak menderhaka dengan sultan Melaka tau Kharis aku berkawin dengan putera Melaka juga . Walaupun aku pernah dikenen dek lelaki Jawa . Aku tetap setia.Permaisuri Melaka ni memang kepoh sebab aku tau selok belok sejarah Jawa, Bugis dan Melaka.. Kharis sepatutnya mengikut nazab orang jawa kena kawin dengan orang minang.. Baru Ngam. Hu hu hu. Gurau je . Nanti kau jangan halang aku kat Tambak Johor tau .. Adik beradik aku masih banyak di Singapura...

    ReplyDelete
  25. Zan, bagi aku tenor sax, aku tiup Jeritan Batinku kat 10 Mei, baru yang lain semua pengsan. Tapi aku tak nak pakai cermin mata hitam. Jadi Kasim Tak Selamat aku.

    ReplyDelete